Otak Cantik Dengan 3C

Otak Cantik Otak Cerdik (OCOC) bukan gimik.

Bukan sekadar mainan bahasa. Tidak bersifat picisan.

OCOC diangkat dari puncak tertinggi pendidikan.

Dianyam kemas dengan kajian saintifik. Dibalut dengan amalan klinikal yang diteliti.

Ada tiga cara mudah untuk nikmati OCOC.

Hebatkan diri dengan 3C:

1. CONNECT: Manusia adalah makhluk sosial.

Banyak hormon dirembes apabila kita bersosial.

Bermuka buku di dalam bilik menidakkan sosialnya manusia.

Perlu keluar. Perlu berbual. Biar ada sentuhan. Ada senyum dan tawa. 

Manusia perlukan elemen ini. Baharu akan muncul bahagia di ufuk hati.

2. CALM: Manusia perlu kepada suasana tenang.

Hiruk pikuk hidup, stress melampau mengeluarkan hormone cortisol.

Cortisol halang lahirnya sel otak baharu.

Cortisol kecilkan hippocampus iaitu pusat memori manusia.

3. CHALLENGE: Otak perlukan cabaran baharu. Rutin harian lesukan otak.

Keluar dari zon selesa. Ini akan bantu otak terus berkembang.

Mulakan dengan mencipta hobi. Bentuk tabiat membaca. 

Buat perkara yang lama tertangguh. Ini dapat membantu.

3C adalah cara mudah. Cara ringkas untuk raih OCOC. Bersifat luaran asalnya. Kesannya pada otak.

Apabila dilaku secara tekal, ia menjadi Brain Reserve atau Rizab Otak.

Brain Reserve bolehkan kita depani stress. 

Brain reserve mampukan kita hadapi cabaran kehidupan.

Selamat beramal dengan 3C. Selamat datang ke Kelab OCOC.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)

9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan

Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!

Ini 10 Kebaikan Anda Dapat Jika Minum Almond Milk

19 Kebaikan Oren Navel Ramai Tak Tahu

8 Kebaikan Kiwi Merah (Red Kiwi) Selain Manis Leting!

Scroll to Top