in

Petua Mudah Pilih Udang Segar Serta Resipi Menjilat Jari!

Apabila pergi ke pasar basah.

Kena bawa sekali ilmu petua pilih bahan basah segar.

Hari ini saya nak kongsi tips pilih udang segar.

Udang adalah kegemaran ramai.

Ada bermacam jenis. Udang putih, tiger prawn, sehinggalah lobster.

Macam macam boleh buat.

Pekena rebung udang masak lemak cili padi.

Resipi kat bawah sekali.

Sumber terbaik vitamin B6, B12 dan niacin.

Semua ni untuk bina otot, bina tenaga dan hasilkan sel darah merah.

Kalau nak betul betul fresh.

Pergi ke Sabah. Dahlah murah pulak tu.

Ada rezeki, dapat yang hidup lagi.

Artikel Menarik Minggu Ini:

Okay Ke Bagi Anak Tonton Cerita Seram/Ganas?

Macam mana nak bezakan?

1) Lihat ‘black spots'

Kalau perasan, kulit udang ada bintik hitam halus.

Pastikan ia halus dan tak banyak.

Kalau bintiknya besar dan banyak, maknanya udang telah teroksida.

Sebab lama. Dipanggil ‘melanosis'.

2) Bau laut atau ammonia

Ini petua paling mudah nak kesan.

Kalau udang tu dah lama, ia keluarkan sejenis bau ammonia.

Busuk hanyir dan berlendir.

petua pilih udang

3) Tekstur isi

Udang segar kena cukup sifat. Bila pegang, kepala tak tertanggal.

Isi perlu firm dan tak lembik.

Kalau nampak isi hancur tu elakkan.

4) Kulit tak mudah terkopek

Kalau isi dengan kulit melekat dan tak mudah tertanggal. Maknanya udang fresh.

Bila dah beli, ini petua mudah bersihkan udang.

Guna pisau kecil dan buat garisan pada bahagian atas badan udang.

Kebiasaan kalau udang saiz besar.

Tujuan buang urat mengandungi bahan buang.

Kalau perasan, nampak garisan warna hitam.

Sesetengah berisiko kena alergi kalau makan udang tak dibuang urat ni.

Artikel Trending:

Kitchen Hacks – 12 Petua Patut Tahu Untuk Sihat Alami

Resipi:

Rebung Udang Lemak Cili Padi

  • Rebung fresh
  • Udang (dicuci dan disiang)
  • Cili padi (ikut nak banyak mana ikut selera pedas)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Daun kunyit (mayang halus)
  • 1 batang serai
  • Santan segar
  • Asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam bukit secukup rasa

  1. Tumbuk sekali kunyit dan cili padi sampai lumat.
  2. Ketuk serai bagi lenyek sikit.
  3. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk.
  4. Masukkan separuh santan, rebung dan asam keping.
  5. Didih guna api sederhana sampai menggelegak.
  6. Baru masukkan udang. Kacau dan masukkan baki santan serta garam cukup rasa.
  7. Biarkan selama 10 minit dan tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang.

Udang Harimau Berlada

  • 500 g udang harimau
  • 5 biji limau kasturi

Bahan kisar:

  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 5 biji tomato ceri

Bahan iringan:

  • 3 sudu besar puri cili
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula kelapa secukup rasa
  • 3 biji tomato ceri
  • Hirisan carrot

  1. Siang udang. Perah jus limau kasturi. Perap selama 1 jam.
  2. Untuk hilangkan rasa dan bau hanyir.

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Goreng sekejap.
  2. Kecilkan api dan masukkan udang.
  3. Masukkan serbuk kunyit, sos cili, gula dan garam.

  1. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tomato ceri dan carrot. Gaul rata selama 2 minit.
  3. Tutup api, siap untuk dihidang.

Udang Butter Lemon

petua udang lemon

  • 10 ekor udang
  • Garam bukit secukup rasa
  • Kunyit secukup rasa
  • Serbuk white pepper
  • 1 sudu makan unsalted butter
  • 2 sudu teh air perahan lemon
  • Bawang Holland (potong dadu)
  • Bawang putih (hiris halus)
  • 1 sudu makan chilli flakes
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1/2 cawan susu segar
  • Daun parsli

  1. Gaul udang dengan garam, kunyit dan white pepper.
  2. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak. Goreng kilas separuh masak.
  3. Toskan minyak.
  4. Cairkan butter dan tumis bawang. Masukkan sos plum dan susu.
  5. Masukkan udang tadi. Diikuti air lemon, chili flakes, sedikit garam dan daun parsli.

#DrRizal

Leave a Reply

Okay Ke Kalau Anak Kecil Tonton Cerita Seram/Ganas?

Petua Alami Halau/Bunuh Serangga Di Dalam Rumah