Rahsia Dr Rizal Cepat Bakar Lemak Hanya Dengan Berjalan Kaki!

Saya dulu dulu memang suka tidur balik lepas subuh.

Masa zaman jahiliah dulu.

Tak tidur tak boleh. Lepas solat rasa mata tak boleh nak buka dah.

Masa nak start tu memang susah.

Apa yang saya buat?

Saya tidur awal sebagai persediaan.

Harapnya bila bangun esoknya taklah mengantuk sangat.

Masa tu ada juga was was.

Jadi ke tidak.

Alhamdulillah menjadi.

Satu lagi yang saya buat ialah letak siap siap pakaian nak bersukan ni.

Saya akan letak kat tempat yang memang saya tertengok baju dan seluar sukan.

Kasut pula saya letak depan pintu dari malam lagi.

Kalau pergi masjid solat subuh saya akan pakai jubah.

Saya akan pakai baju sukan dan seluar track suit kat dalam.

Habis solat tak balik rumah. Terus ke tempat nak walking tu. Save sikit masa.

Wife saya buat benda sama. Senang gitu.

rahsia

Biasanya pukul 7 lebih saya dah siap walking sejam.

Balik rumah, mandi, dhuha dan sarapan. Studi sikit. Then pergi kerja.

Macam nilah lebih kurang rutin lagi saya.

Macam sekarang ni pagi ada slot Live di Selangor FM.

Jadi balik walking get ready untuk ke udara pula.

Apa bagusnya walking ni?

1. Tingkatkan Fungsi Otak

Walking boleh besarkan otak bernama hippocampus.

Ni pusat memori untuk manusia.

Kalau ada anak anak tengah menghafal, kena suruh walking.

2. Cegah Risiko Nyanyuk

Kalau ada mak ayah yang tak nak kena penyakit nyanyuk kena suruh walking.

Kalau nak anak pandai matematik.

Kajian kata budak yang walking.

Prestasi matematik dia lebih baik berbanding yang tak walking ni.

BACA: 6 AKTIVITI INI KUATKAN SISTEM IMUN ANAK

bakar lemak

Walking tingkatkan aliran darah dan oksigen ke otak.

Jadi efisien dan laju otak bila berfikir.

Otak juga akan jadi muda.

3. Bantu Awet Muda

Walking ni keluarkan hormon bernama BDNF.

Jadikan kita muda dari usia.

Yang ni paling rugi kalau tak buat.

4. Mood Booster

Walking jadikan mood kita baik. Muka ada sinyium.

Sebab keluarnya hormon endorfin, hormon bahagian serotonin.

Feel good hormon bernama dopamin.

Dan hormon kasih sayang bernama oxytocin.

BACA: 10 TIPS BERSENAM PALING MUDAH DIAMALKAN

rahsia

5. Kuruskan Badan

Walking boleh turunkan berat badan.

Tubuh akan gunakan lemak untuk sebagai bahan bakar.

Tukarkan lemak kepada energi.

Ada satu ‘rahsia besar’ untuk cepat turunkan lemak walaupun dah walking.

Bukan sekali ganda. Antara 5-10 kali ganda.

Bergantung ’kedegilan’ lemak tu.

Nak kena buat apa?

Ambil MCT Oil. Ni yang saya amal untuk bakar lemak dengan konsisten.

Sebelum walking telan dulu satu sudu.

Walaupun walking sejam tak rasa letih.

Yang penting lemak dibakar oleh MCT Oil.

Tak rasa lapar pula lepas tu.

Bolehlah cuba kalau nak dapat manfaat macam saya sebut ni.

Tubuh kita ni nak pakai lama. Otak pula tak ada spare part.

Kalau rajin walking ni Insyaa Allah solat tak perlu duduk atas kerusi.

Boleh elak dari jadi bakal penghuni hospital.

Cubalah ye.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top