Resipi Bunga Telang: 7 Juadah Sihat Senang Dibuat

Resipi guna bunga telang tak sesukar yang disangka.

Ini antara 7 juadah yang saya suka buat.

Bahan senang dapat.

Cara buat pun simple.

Baca:

Khasiat Bunga Telang Serta 8 Fakta Menarik Yang Patut Diketahui

1. Kaya Bunga Telang

Kalau sapu kaya dekat roti.

Kebiasaan guna perisa kaya pandan.

Apakata buat kaya bunga telang?

Resipi lain sikit. Kali ini makan kaya warna biru.

Bukan warna tiruan. Ini warna asli punya.

Sihat dan sedap pula tu.

Caranya pun mudah. Ini bahan bahannya:

    • 1 cawan air

    • 2 biji telur

    • 1/2 cawan gula kelapa

    • 1 sudu minyak kelapa

    • Bunga telang. 3 ke 4 kuntum

    • 1 mangkuk kecil santan segar

    • Daun pandan. 1 atau 2 helai

    • 1 sudu tepung ubi kayu. Untuk pekatkan

resipi: kaya

Rendam bunga telang sampai tukar warna. Tapis. Ambil airnya.

Blend semua bahan kecuali daun pandan.

Tuang dalam periuk. Masukkan daun pandan.

Kacau guna api sederhana panas selama 5-10 minit.

Pastikan sampai betul betul likat.

Tutup api dan sejukkan sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

Cicah dengan roti wholemeal memang padu.

2. Laici Madu Bunga Telang

Kalau cuaca panas lit lit.

Pekena juadah air laici bunga telang macam ni memang merecik!

Sedap takyah cakap.

Boleh hilangkan dahaga serta merta.

Ini minuman untuk relakskan badan dan minda.

Bahan-bahan paling mudah nak buat:

juadah: laici madu bunga telang

Tujuan letak limau kasturi adalah untuk naikkan rasa.

Dan ubah warna bunga telang dari biru kepada ungu.

Daun pandan nak bagi wangi.

Caranya pun mudah.

Rendam bunga telang dalam air panas sampai tukar warna.

Masukkan air bunga telang dan madu dalam jug. Kacau.

Masukkan perahan limau kasturi dan laici (daun pandan atau biji selasih).

Nak minum sejuk, tambah ais.

Laici bagus untuk hidrasi dan energy booster.

Ada anti oksida, vitamin C, vitamin E, polifenol, oligonol, epicatechin dan rutin.

Bagus untuk kulit, lindungi jantung dan rendahkan risiko kanser.

Bukan saja untuk minuman.

Tapi juga banyak guna dalam masakan Cina.

Tahu ke tak tahu?

Dapat tingkatkan mood dan tenaga. Dan redakan simptom anxiety.

Refresh balik otak yang tengah letih.

3. Tuna Wrap Bunga Telang

Ramai tak tahu.

Bunga telang boleh dimakan mentah.

Paling mudah, kalau nak buat wrap. Boleh selitkan bunga telang sekali.

Bahan-bahan:

    • 3 keping wholemeal wrap

    • 3 keping tuna filet

    • 1 biji tomato (hiris nipis)

    • 9 kuntum bunga telang (celur kilas)

    • 1/2 bawang Holland (hiris nipis)

    • Lettuce salad

    • Minyak zaitun extra virgin

Sos:

    • 2 sudu makan madu

    • 2 sudu makan mayonis

    • 1 sudu teh lada hitam

    • 1 sudu teh chili flakes

    • 1 1/2 biji limau nipis

Cara-cara:

Campur bahan sos dalam mangkuk.

Masukkan sedikit minyak zaitun untuk panggang tuna filet.

Taburkan garam dan lada hitam. Hancurkan ia.

Ambil wrap. Sapukan sos. Letak isi tuna.

Susun salad, tomato dan bunga telang. Gulungkan.

Siap untuk dimakan.

4. Teh Susu Bunga Telang

Bunga telang bunga bernutrisi tinggi.

Paling senang, minum air lemon bunga telang.

Tapi sekali sekala nak tukar selera.

Bolehlah up kan sikit resipi macam di bawah.

Pernah minum teh susu bunga telang?

Ini teh susu sihat punya.

Setiap sedutan tak akan dekatkan diri kepada diabetes.

Bahan-bahan:

    • Kiub ais

    • 2 sudu madu

    • 1 cawan susu segar

    • Biji selasih (direndam)

    • Bunga telang (4-6 kuntum. Boleh guna yang kering)

    • Homemade whipped cream (ekstrak vanila, gula kelapa, krim)

juadah teh susu bunga telang

Caranya:

Mula mula, rendam biji selasih biar kembang.

Rendam juga bunga telang. Bila tukar biru, tapis air.

Masukkan kiub ais dalam gelas. Letak madu dan susu. Kacau.

Masukkan air bunga telang dan biji selasih. Kacau.

Akhir sekali, paipkan whipped cream.

Siap untuk diminum.

Confirm anak suka.

Minuman anti oksida lawan radikal bebas yang serang sel sel.

Elok untuk insomnia. Minuman anti-aging.

5. Aiskrim Pudina Bunga Telang

Ni resipi mudah nak buat popsikel pudina bunga telang di rumah.

Elok sangat buat untuk anak.

Pemanis mulut fresh dan sesuai untuk hilangkan dahaga.

Sihat pun sihat.

Bahan-bahan:

    • Air tapis

    • Madu asli

    • Chia seeds (direndam)

    • Bunga telang (direndam)

    • Daun pudina

Optional perisa boleh tambah buah sitrus atau susu segar contoh almond milk.

aiskrim bunga telang

Caranya sangat senang.

Pastikan guna air yang direbus atau ditapis.

Masukkan kuntum bunga telang. Tunggu 30 minit sampai air tukar warna.

Tapis. Masukkan madu, daun pudina dan chia seeds.

Tuang dalam acuan dan biarkan semalaman.

Daun pudina elok untuk bersihkan mulut.

Hapuskan bakteria yang duduk di celah gusi dan gigi.

Yang ada masalah sembelit dan ketidakhadaman, ambil daun pudina.

Chia seeds ni bagus untuk perut kenyang lebih lama.

Bolehlah cuba.

6. Sagu Gula Kelapa Bunga Telang

Sedikit kelainan. Sagu warna biru.

Bahan:

    • Gula kelapa (dicairkan)

    • Santan fresh

    • Sagu (direbus dengan air bunga telang)

    • Kelapa parut

    • Garam

    • Air

Caranya cenggini.

Rendam sagu 15 minit. Toskan air.

Masak air bunga telang dengan gula kelapa sampai mendidih.

Masukkan sagu. Kacau sampai sagu bertukar jernih dan melekit.

Sapu minyak pada loyang. Isikan sagu tadi.

Kukus sagu selama 15 minit. Biarkan sejuk.

Selepas itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam.

Kukus selama 10 minit.Bila dua ni dah siap. Potong sagu ikut bentuk.

Golek dengan kelapa parut.

7. Agar Agar Santan Bunga Telang

Lupakan agar agar pandan.

Kali ini tukar selera. Buat agar agar santan bunga telang.

Orang cakap santan naikkan kolesterol.

Ikut kajian.

Tak betul sebab ada Medium Chain Triglycerides (MCT).

MCT boost metabolisma tubuh dan thyroid.

Lemak dari santan stabilkan gula dalam darah.

Kawal insulin sensitivity.

Paling dahsyat.

Kemampuan santan hilangkan craving dan naikkan tenaga.

Dah lah lactose-free.

Tak perlu risau kalau ada alergi.

Bahan:

    • 3 cawan air

    • 25 kuntum bunga telang

    • 1/2 pek agar agar tali

    • 1/2 cawan gula kelapa

    • 1 cawan santan segar

    • Garam bukit secukup rasa

agar agar

Cara cara:

Didihkan air. Masukkan bunga telang.

Tapis air. Masukkan gula kelapa dan agar agar tali.

Kacau sehingga cair.

Kemudian, masukkan santan. Kacau guna api perlahan.

Ambil secubit garam buat rasa rasa.

Tutup api. Tuang dalam acuan. Sejukkan seketika.

Baru masukkan dalam peti sejuk.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top