Rindu

27 Jun 2016. Rindu.

Tatkala ku coretkan bingkisan ini, manik-manik putih jernih memenuhi ruang mata. Semakin penuh. Semakin berat.

Seketika sahaja gugur manik-manik putih jernih ini. Menitis satu demi satu. Tap, tap, tap.

Dada berombak. Nafas kencang. Pendek.

Rindu ini sudah lama. Sudah tebal. Tatkala melihat rakan-rakan atau kenalan pergi dan pulang, makin terbuai-buai dengan rindu ini.

Sudah dua tahun tidak bertandang. Bukan menjauh diri. Jauh sekali dari rasa jemu dan benci.

Hari ini makin kuat rindu ini. Hari ini rasa mahu berlari pergi. Tetapi kenapa masih di sini?

Kenapa belum pergi?

Rindu ini bukan rindu ku seorang. Ramai mahu pergi. Ramai juga belum jejak kaki.

Rindu ini rindu pada dua tanah haram. Rindu untuk iktikaf. Rindu mencecahkan dahi ini pada dua tanah suci ini.

Di dalam hati terbit doa kudus ini “Ya Razzaq, jemputlah aku lagi. Ya Mughni, bawalah aku ke dua tanah suci ini. Ya Fattah, ruangkan seluas-luasnya untuk aku bertandang lagi”.

Air mata seolah tidak mahu berhenti. Makin deras. Makin pantas.

Ku tahu rindu ini kerja oxytoxin. Hormon yang mewujudkan rasa kasih dan rindu.

Ku sedar Dopamine juga berperanan. Hormon bahagia ini menjadikan rindu ini sayu tetapi bahagia.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Basit, Ya Ghani, undang daku dan mereka yang membaca coretan ini ke bumi bertuah mu itu. Ya Wadud Ya Halim Ya Latif, jadikan kami tetamu MU. Bawa kami pergi Ya Rabb.”

Amin.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top