21 Kelebihan Luarbiasa Salad Romaine (Yau Mak Tam)

Kalau tak mahu pening kepala fikir nak kena makan apa.

Untuk cukupkan mineral penting dalam tubuh.

Berdampinglah dengan dia ni.

Bukan biashe biashe.

Sedap dimakan sebab tiada bau kuat. Dah lah rangup.

Sesuai sangat bagi yang tengah berjinak jinak makan sayur

Mesti pernah dengar kalau nakkan Omega-3.

Ambil oily fish seperti tuna, salmon.

Tapi tak semua gemar makan ikan.

Haa dia ni sayur tinggi Omega-3 untuk jantung sihat dan sistem imun gagah!

Kalau bab kalsium tak payah cakap.

Kalau nak tulang sihat dan kuat. Makanlah dia ni.

Yang selalu exercise perlukan lebih banyak protein untuk bina otot.

Otot boleh bantu bakar lemak ye.

Yang inginkan tubuh fit lentik wajib masukkan dia ni dalam diet harian.

Sebab apa?

Sebab tinggi protein setara dengan sumber protein daripada sumber haiwan!

Ini baru sikit baru ni. Power tak power dia ni.

ARTIKEL TERBARU!

10 KHASIAT ‘SUPERFRUIT’ DELIMA IKUT KAJIAN

Nampaknya ramai tergila tergilakan dia ni.

Saya baru explain sikit di atas. Khasiatnya tak berhenti takat itu.

Dia ni lebih mesra dipanggil Yau Mak Tam

Ada yang first time dengar?

Bahasa biasa lihat di supermarket, Romaine Lettuce.

Yau mak tam ni tinggi vitamin C untuk maintain kulit kekal anjal!

Yang badan lesu memanjang. Selalu letih.

Ada masalah anemia digalakkan makan sebab tinggi iron.

Siapa senang kena alergi tanda tubuh kurang vitamin B9.

Fear not, yau mak tam tinggi folat ye.

Bukan saja elok untuk ibu hamil. Tapi elok untuk lawan respons alergi!

Lain maciam si mak tam ni!

Kalau bab fiber tak payah sembang kari.

Mak tam bantu kawal selera kaki nasi!

Makan dalam 3,4 mulut perut dah mulai kenyang!

Hasilnya, perut kenyang lama.

Tak adalah rasa nak makan makanan manis masin.

Lemak pun mencair elok. Makin meleper pula perut. Body pun melentik!

Siapa lah tak nak…

Fuhh letih nak tulis panjang panjang. Ni baru intro.

Nanti saya kena sambung lagi part 3 pasal kekuatan luarbiasa yau mak tam ni.

ARTIKEL TERBARU!

10 KHASIAT UTAMA TEMBIKAI SUSU (MELON)

Okay sambung balik bab yau mak tam.

Sebut bab vitamin untuk lindungi salur darah.

Dia ni tinggi vitamin K untuk cegah risiko atherosclerosis!

Tinggi vitamin A untuk penglihatan jelas.

Lindungi sel dari kesan radikal bebas.

Kalau tubuh nak proses karbo dan protein,

Perlukan potassium secukupnya,

Mak tam boleh setelkan hal ni!

Siap bantu kawal tekanan darah dengan lindungi organ buah pinggang lagi.

Yau mak tam juga ada manganese.

Penting ni untuk lindungi kulit akibat kerosakan cahaya matahari!

Bantu penghasilan kolagen kulit dan meneutralkan radikal bebas penyebab masalah!

Siapa yang mudah migrain. Mudah sakit kepala.

Amal lah makan mak tam. Insha Allah kekerapan akan berkurang.

Sebab ia tinggi magnesium.

Selain kalsium, yau mak tam juga tinggi copper.

Perlu untuk tulang sihat. Cegah risiko osteoporosis serta tingkatkan energi!

Mak tam masuk kategori sayur rendah GI.

Tak perlu risau kalau ambil lebih sikit. Juga bagus untuk hidrasi tubuh.

Gempak sungguh khasiat yang ditawarkan.

Kalau lepas baca, masih liat nak makan yau mak tam ni.

 

“Maka, percayalah anda berada dalam golongan orang orang yang rugi”

 

Boleh begitu?

 

#DrRizal #Neuroversiti #romainelettuce

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top