6 Jenis Teh Paling Biasa Diminum Serta Khasiatnya

Ada peminat teh di sini?

Bukan mengeteh tarik. Ini teh diminum tanpa pemanis.

Teh sebenar yang mengandungi khasiat untuk kesihatan tubuh dan minda.

Sempena Hari Teh Antarabangsa jatuh pada 21 Mei hari ini.

Berapa jenis teh Tuan/puan tahu selain teh hijau?

Kalau diikutkan,

Ada lebih kurang 1500 hingga 3000 jenis teh!

Kewujudan teh bermula di negara China oleh Maharaja China bernama Shen Nung.

Ketika itu, pembantunya sedang didihkan air di bawah pokok teh.

Apabila helaian daun daripada pokok teh berhampiran jatuh ke dalam air mendidih.

Setelah diminum, Maharaja dapati ia sungguh menyegarkan!

 

Kalau ikut kategori, ada 4 iaitu:

Black Tea, Green Tea, White Tea & Oolong Tea.

Black Tea:

Paling biasa diminum.

Daun teh teroksida (bertukar hitam).

Hasilkan rasa/bau yang kuat/padat.

 

Green Tea:

Paling tinggi nilai mineral & antioksidan.

Tahap kepekatan bergantung pada warna.

Bersifat ‘cleansing’ & ‘detoxifying’.

 

White Tea:

Daun teh dipetik lebih muda.

Nilai antioksidan lebih tinggi dari green tea.

Lawan risiko kanser, diabetes, jantung.

Awet mudakan kulit dari dalam.

 

Oolong Tea:

Daun teh separa teroksida.

Bau wangi seakan akan ‘floral’.

Gabungan rasa ‘nutty’ & ‘roasted’.

Diminum kerana bantu turunkan kolesterol.

Boost metabolisma & bantu ‘weight loss’.

 

Rooibos Tea

Daun teh ditapai & dikeringkan.

Bantu turunkan tekanan darah tinggi.

Cegah risiko kanser, diabetes.

Sokong ketumpatan tulang.

‘Caffeine-free’ semula jadi.

 

Herbal Tea

Daun teh dicampur herba seperti:

Daun pudina, serai, halia, kulit kayu manis.

Bunga kamomil, beri goji, kurma Cina dll.

Bersifat ‘relaxing’ – legakan stress/alergi.

Khasiat utama minuman teh iaitu:

1. Teh tinggi antioksidan.

2. Teh tingkatkan metabolisma tubuh.

3. Teh turunkan berat secara alami.

4. Teh perbaiki kesihatan kulit/awet muda.

5. Teh tingkatkan sistem ketahanan tubuh.

6. Teh rangsang keupayaan otak.

 

Teh paling elok diminum tanpa pemanis.

Tapi kalau nak manis, seeloknya guna pemanis seperti madu.

Belajar sesuatu hari ini?

Masa nak pilih teh, boleh rujuk info ini.

Anda Juga Mungkin Berminat

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

Scroll to Top