Apa 13 Penyebab Tekanan Darah Rendah (Hypotension)?

Kalau tekanan darah rendah pula macam mana?

Hypotension atau tekanan darah rendah sama bahaya dengan hypertension (tekanan darah tinggi).

Tekanan darah normal untuk dewasa lebih rendah dari 120/80 mmHg.

Tekanan darah rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Penurunan kecil boleh akibatkan pitam atau pengsan secara tiba tiba.

Wanita lebih berisiko kena tekanan darah rendah.

Lagi berisiko untuk ibu hamil.

Apa simptom hypotension?

  • Badan melemah
  • Pengsan
  • Sesak nafas
  • Pandangan berpinar/kabur
  • Sejuk badan
  • Muka pucat
  • Berdebar debar
  • Pening kepala

Punca tak terhad macam diatas.

Punca sebenar juga boleh disebabkan:

1. Kurang air

Badan yang terdehidrasi menyebabkan isipadu & tekanan darah berkurang.

2. Jantung bermasalah

Injap jantung bermasalah, jantung berdenyut tak normal.

Lemah jantung, radang pada otot jantung.

3. Sistem hormon bermasalah

Sistem endokrin boleh terganggu akibat gula dalam darah tinggi.

4. Pendarahan berlebihan

5. Jangkitan kuman teruk

Macam mana cara untuk cegah hypotension?

  • Minum cukup air
  • Cukupkan pengambilan garam
  • Ambil sumber kaya folat
  • Ambil sumber kaya vitamin B12
  • Makan kerap dalam kuantiti kecil
  • Kurangkan karbohidrat
  • Berehat sekejap lepas makan

Boleh amal?

 

*Peringatan

Tekanan darah bertukar sepanjang hari.

Ianya rendah bila sedang tidur dan tinggi bila bangun.

Ia boleh jadi tinggi bila badan dalam keadaan teruja, takut & aktif.

Sesetengah alami tekanan darah rendah sepanjang masa.

Mereka tiada sebarang simptom & tekanan darah rendah adalah normal.

ARTIKEL SETERUSNYA: 

10 PANTANG LARANG BAGI PENGHIDAP TEKANAN DARAH TINGGI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Biskut Raya Bahaya: Sedap Di Mulut, Senyap-Senyap Rosakkan Otak & Jantung

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Minuman Bergula Kecilkan Otak? Kajian Dedah Risiko Strok dan Nyanyuk

Hilangkan Rasa Mengidam Manis Dalam 3 Langkah Mudah

Berat Naik Selepas Raya? Ini Sebab Kenapa Makanan ‘Sedap’ Boleh Jadi Musuh Tersorok Anda

4 Tips Sihat Berhari Raya Supaya Otak Cerdas dan Badan Kekal Bertenaga

Scroll to Top