Guna 3 Tips Ini Ketika Bercakap Dengan Anak

Bercakap dengan anak-anak beza dengan bercakap dengan orang dewasa.

Tak boleh main bantai saja.

Ada sains dan seninya berkaitan dengan anak-anak ni.

Level umur anak yang berbeza juga perlukan cara bercakap yang berbeza.

Tetapi satu persamaan bab bercakap yang ramai orang tidak tahu.

Apabila bercakap dengan anak, saya akan pastikan level mata saya dengan mata anak selari.

Penting sangat benda ni.

Bukan cekak pinggang lepas itu pandang bawah.

Kalau kita berada di atas dan pandang ke bawah, anak mudah rasa terancam.

Sama posisi biasanya masa anak kena marah.

Bila pandang terus ke mata pada aras sama, tumpuan anak lebih baik.

Fokus mereka terus pada apa yang kita sebutkan.

Mereka dengar dan faham. Arahan akan dilaksanakan.

Kalau kita bercakap tanpa si anak pandang ke mata kita, fokus mereka adalah pada objek yang mereka pandang.

Dia tak fokus pada kita. Mereka seolah ‘pekak’ pada apa yang kita sebutkan.

Akibatnya kita yang kecewa.

Mereka pula kena marah sebab tidak ikut arahan yang kita berikan awal tadi.

Bila kita buat eye contact dengan anak. Kita dengar dan jangan potong atau mencelah.

Fahami bahasa badan anak.

Adakah anak mudah tantrum? Tiba tiba tak selera makan? Tiba tiba tak banyak bercakap?

Letak diri kita dalam situasi anak. Kita juga pernah berada di tempat mereka.

Belajar sesuatu?

ARTIKEL SETERUSNYA:

OKEY KE KALAU PUJI ANAK?

SIKAP SUKA BANDINGKAN ANAK ANAK

PERLU KE TUNJUK KASIH SAYANG DEKAT ANAK?

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

Scroll to Top