Tips Jalani Kehidupan Dengan Betul Menurut Dr Rizal

Realiti hari ini.

Berbeza dari zaman nenek moyang dulu.

Masa muda kita korbankan sihat untuk dapatkan duit.

Tapi bila tua kita korbankan duit.

Untuk beli kesihatan dan hilangkan kesakitan.

Malangnya kesakitan kekal. Duit dan sihat hilang.

Nak sakit ambil masa bertahun.

Sikit demi sedikit. Proses makan dalam.

Nak sihat pun sama. Ambil masa.

Bukan ambil saja makanan sihat esok baik terus penyakit.

Yang penting kita on the right path.

A journey to a healthy life.

Alhamdulillah, koleksi buku yang telahpun saya keluarkan.

Dapat bantu mereka di luar sana.

Yang betul betul nak ubah gaya hidup.

Termasuk OTAK 2.0

100 Rahsia Sihat Alami dan 60 Resipi Sihat

BACA: 4 ‘RAHSIA’ PEMAKANAN SIHAT ORANG CINA PATUT DIAMALKAN

Nikmat pagi. Dalam jalan. Dapat hirup udara nyaman.

Dijamu pula dengan pandangan yang bagi pesona.

Tapi bukan ni yang saya nak cerita. Nak story pasal jantung.

Jantung ni ‘otak’ ketiga manusia.

Dalam jantung juga dijumpai Neurotransmitter macam yang ada kat otak.

Cuma jumlah tak samalah macam di otak.

Setiap hari jantung berdenyut sebanyak 100,000 kali.

Seumur hidup dia berikan denyutan sebanyak 2.5 bilion.

Apabila kita bersenam seperti berjalan, jantung sihat dan terus jalan.

Tapi kalau jantung berhenti berjalan, kita yang ‘jalan’.

Pilih JALAN yang PERTAMA bukan ‘JALAN’ yang kedua.

Saya pilih yang pertama. Sebab tu pagi lagi dah jalan.

BACA: 8 KEBAIKAN KOMBO MAKANAN SIHAT

Hilang nikmat sihat bukan tertakluk pada pemakanan dan gaya hidup saja.

Tapi juga pada pemikiran.

Destructing Self Talk atau DST amat bahaya pada diri kita.

Bahaya pada suhu sihat otak manusia:

Bercakap tentang momen momen malang yang telah berlaku.

Banyak gunakan perkataan ‘dulu’, ‘kerana’ dan ‘sebab’.

Diulang benda yang sama.

Walaupun momen tu dah puluhan tahun berlalu.

Seolah olah baharu semalam terjadi.

Masih segar di ingatan.

Bercakap tentang macam macam kesukaran dan kegagalan yang pernah dialami.

Bila bercakap mereka seolah sedang berada pada kesukaran itu.

Seolah olah sedang alami kesukaran itu.

Bercakap tentang masa depan tetapi buat ramalan-ramalan negatif.

Seolah dunia hadapan mereka mendung sahaja.

Langit sentiasa gelap.

Bercakap dengan tujuan menganalisa kesalahan dan kesilapan pihak-pihak lain.

Banyak blame game. Salah orang.

Suka melihat orang lakukan kesalahan. Macam puas hati bila orang buat salah.

Menganggap diri telah menjadi mangsa kejahatan orang lain.

Menuduh dan persalahkan orang-orang lain atas musibah yang menimpa diri sendiri.

BACA: 17 MAKANAN SUNNAH NABI SAW UNTUK SIHAT BEBAS PENYAKIT

“Pasal dia oranglah aku jadi begini.”

“Kalau ayah tak buat begitu tak jadilah kami begini.”

Lima pattern ni jadi berakar dalam kepala.

Berulang ulang.

Sampaikan jadikan mereka manusia yang terperangkap dan hidup dalam dunia masa lalu.

Nak hidup bahagia? Elak sifat ni.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top