Kulit Cantik - Pagi tadi terdengar bicara ini. Topik utama pelajar wanita mungkin.
Hebat perbincangan mereka sehingga saya yang berkunci di dalam bilik pun dapat dengar.
Namun rata rata bicara masih sekitar aspek luaran.
“Apa yang perlu disapu?”
“Produk apa yang bagus diletak?”
Tiadapun bicara tentang aspek dalaman. Apa yang perlu diambil untuk hasil kulit lebih anjal, licin seperti baharu diseterika serta berseri.
Mahu sahaja saya keluar dari bilik dan beri syarahan perdana tentang kulit. Saya terus sabar. Seronok juga sekali sekala menadah telinga tanpa diundang ini.
Mahu tahu kunci dan rahsianya?
Apa yang BAIK untuk OTAK BAIK untuk KULIT.
TIPSnya seperti berikut:
1) AMBIL BUAH TINGGI VITAMIN C & E
Keduanya bertindak sebagai anti oksida.
Kajian dalam jurnal Experimental Neurology dapati pengambil sayur yang punya vitamin C dan E seperti bayam, ia halang dari berlakunya kesan neurodegeneratif, radikal bebas dan ketidakstabilan molekul.
i. Vitamin C
Vitamin C penting untuk tubuh. Sumber utamanya dari buah-buahan dari sayuran.
Vitamin C penting untuk kulit cantik dan pembentukan kolagen.
Vitamin C dari sumber natural dapat kurangkan kedutan pada kulit.
Ia lembabkan kulit dan lambatkan proses penuaan. Kulit jadi cantik dan muda.
Vitamin C juga adalah anti oksida. Kawal kerosakan dari serangan radikal bebas hasil dari pengambilan makanan tinggi gula, makanan segera, tinggi MSG dan bergoreng.
ii. Vitamin E
Kajian mendapati bahawa Vitamin E membantu mengurangkan inflamasi. Dalam tubuh, dan pada kulit. Bantu maintain kulit nampak muda.
Ambil kedua-dua vitamin E dan vitamin C bantu mengurangkan kesan jerawat dan ekzema.
Vitamin E juga bantu ‘healing proses’ pada kulit.
Contoh makanan tinggi vitamin E adalah:
- Kekacang seperti badam, hazelnuts dan lain-lain
- Sunflower seed
- Buah kiwi dan avokado
2) BANYAKKAN MAKANAN BERSERAT TINGGI
Makanan berserat tinggi itu penting. Bantu sistem penghadaman.
Sayur-sayuran juga termasuk dalam kategori ini. Keledek adalah contoh makanan berserat tinggi.
Menurut kajian di Journal of American College of Nutrition pengambilan makanan tinggi fiber seperti keledek bantu lambatkan proses penuaan. Kulit terus muda.
Makanan berserat tinggi bantu tingkatkan kesihatan kulit, dan juga bantu kurangkan berat badan. Selain itu ia juga bantu kurangkan risiko sakit jantung, strok, diabetes, dan juga menghalang dari kanser kolon.[1]
Dapatkan makanan berserat tinggi dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Oh ya untuk kulit cantik, cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperti ketam dan udang.
3) JAUHI GULA! JAUHI GULA! JAUHI GULA!
Makanan dan minuman bergula. Gula sendiri.
Air gas juga sangat tinggi kandungan gulanya. Donut. Coklat. Kuih muih. Roti canai. Teh tarik.
Tahukah anda lebih banyak gula dalam darah anda lebih cepat kulit menjadi tua.
Punca lebihan gula dalam darah?
Tidak lain tidak bukan kerana ambilan gula putih berlebihan.
Kajian dapati apabila bertahun kita ambil gula berlebihan, ia sebabkan proses glycation berlaku. Impaknya kulit jadi tua, berkedut dan serlahkan sisi hodoh yang mahu ditutup.
Kalau mahu kulit cantik. Jaga yang dalaman. Jauhi gula putih. Ia toksik yang mengujakan.
Beralih kepada alternatif yang lebih selamat. Alternatif semulajadi.
Alternatif yang mesra tubuh dan otak. Seperti gula kelapa OCOC.
Gula adalah makanan manis yang kedutkan kulit dan penambah jerawat pada wajah. Sangat buruk untuk otak.
Gula hapuskan collagen di dalam kulit. Natijahnya kulit jadi gelebeh dan berkedut.
Keindahan dari dalam serlahkan kecantikan luaran. CANTIK OTAK maka CANTIK KULIT.
Matematiknya mudah. Boleh boleh?
4) KATAKAN TIDAK PADA MAKANAN KARBO RINGKAS & PROCESSED FOOD
i. Karbohidrat Ringkas
Kuih muih, kek, nasi putih, mee dan gengnya, donut, dan burger adalah contoh makanan karbo ringkas.
Apabila diambil 30-40 gram setiap kali makan, gula akan meningkat di dalam darah. Asalnya bekalkan tenaga.
Apabila tidak diguna untuk kerja kerja tulang empat kerat, ia bertukar menjadi lemak.
Bukan itu sahaja, gula yang bertukar dari karbohidrat ringkas ini juga ganggu otak manusia.
Bahagian memori akan kehilangan selnya. Mati satu persatu. Kita jadi pelupa. Jadi pemarah. Dimarahi dan dibenci.
Untuk kesan pengambilanan makanan ini di pagi hari, boleh sambung baca disini: Kesan Makan Nasi Putih, Roti Putih, Kuih-Muih, Dan Makanan Diletak Gula Putih di Pagi Hari
ii. Makanan Berminyak (Deep-fry)
Gerai di petang.
Di sebelah kanan orang sibuk membeli. Sebuah gerai dikerumuni. Rupanya menjual pisang goreng dan cucur-cucur.
Masakkannya semua deep-fry. Mungkin sedap. Sebab itu ramai yang tertumpu di situ.
Dalam kepala mencongak kesan mengambil makanan itu. Berminyak. Mengandungi tepung dan bergula.
Apa khasiatnya? Mungkin tiada. Penuh kalori. Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori. Belum masuk cucur dan minuman.
Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air.
Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori.
Apa yang berlaku andai tidak senaman selepas itu? Pembentukan lemak pasti berlaku.
Peningkatan gula di dalam darah tidak terkecuali.
Kesan buruk pada CEO otak iaitu Prefrontal Cortex (PFC) jugak berlaku. Makanan-makan itu menurunkan aktivitinya.
iii. Makanan Proses
Dalam processed food ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan dan macam-macam ‘pe’ lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.
Mahu alternatif pada makanan-makanan yang perlu dielakkan ini, boleh cuba resepi disini: 5 Resepi Makanan Sihat
Makanan ringan termasuk dalam kategori processed food ini. Bukan sahaja tidak baik untuk kulit, malah melemahkan sistem imun kanak-kanak.
Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri.
Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap.
Junk food juga ganggu otak. Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar.
5) AMBIL MAKANAN INI
Ramai mahu kekal muda. Mahu nampak muda. Suka dipuji, "Masih macam dulu, tak berubah."
Misi awet muda tidak sukar. Senaman setiap hari akan bantu. Ambil makanan yang betul akan nafikan munculnya wajah tua.
Amal 5 makanan ini:
- Ikan siakap - Punya omega 3 yang tinggi. Hampir menyamai ikan salmon.
- Ubi keledek - Tinggi lycopene, bahan semulajadi halang UV matahari. Penuh dengan vitamin C, bantu hasilkan kolagen.
- Bayam hijau - ada lutein. Bagus untuk mata. Sarat dengan bahan anti-aging.
- Kunyit - ada curcumin. Terkenal sebagai anti kanser. Cantikkan kulit.
- Jagung - ada kompaun IP6. Anti kanser. Bantu anjalkan kulit.
Kelima lima ini mudah didapati. Murah dan penuh nutrisi. Jadikan amalan sehari-hari.
Pastinya awet muda dambaan akan dimiliki.
Boleh Share Artikel Ini Pada Wanita Lain?
Keindahan dari dalam serlahkan kecantikan luaran. CANTIK OTAK maka CANTIK KULIT. Matematiknya mudah.
Boleh share artikel ini pada kenalan?