Psstttt....
Tahu tak ramai berpuasa tapi cara SALAH.
Bila salah, maka yang dapat MASALAH.
Puasa apabila dibuat dengan BETUL bantu:
Tingkatkan ketajaman dan fokus otak
Lambatkan proses penuaan
Tingkatkan tahap sensitiviti insulin
Tingkatkan kesihatan jantung
Kurangkan inflamasi
Baiki ketidakstabilan emosi
Percepatkan pembakaran lemak
Macam mana nak PEROLEH semua di atas?
NEUROFAST 2023 kini dilancarkan!
Sedap pekena ubi kayu rebus cicah dengan kelapa parut.
Digaul bersama gula kelapa.
Ubi kayu kalau dilihat dari mata kasar hampir sama.
Kalau diteliti ada bezanya. Ada yang masih boleh digelar ubi.
Banyak juga yang dah jadi kayu. Nak pilih ubi dan bukan kayu ini mudah.
Ada caranya.
- Ambil yang saiz kecil. Saiz besar ada kemungkinan sudah keras kayu jadinya.
- Pilih yang nampak basah. Gelap sikit warna kulit. Kalau nampak kering, mungkin sudah berhari dicabut.
- Lihat warna isinya. Cari putih cantik. Itu tanda masih baharu.

Pasal apa ubi kayu ni kena ambil?
Dia kaya dengan zat besi. Kerjanya angkut oksigen ke seluruh tubuh.
Macam sistem pengangkutan.
Kalau sistem transport bermasalah, habis barang tak sampai ke destinasi.
Dulu kita selalu dengar.
Kononnya minum susu bagus untuk tulang dan gigi.
Sebab tinggi kalsium.
Nak kalsium senang diserap tubuh, makan ubi kayu.
Settle bab kalsium untuk kuatkan tulang.
Kalau dok cari sangat sumber ‘gluten free’, hangpa tau dak ubi kayu pun ‘gluten free.’
Ubi kayu ni juga ada ‘resistant starch.’
Bakteria baik dalam usus suka. Boleh turunkan insulin pula tu.
Baiki tahap sihat usus. Kajian sebut kurang risiko terkena diabetes dan obesiti.
Ramai fikir vitamin C banyak dalam buah sahaja.
Tahu tak ubi kayu tinggi kandungan vitamin C.
Bukan hanya ada dalam buah sitrus ye vitamin C ni.
Ia penting untuk sistem imun dan hasilkan kolagen untuk kulit.

Ubi kayu kaya dengan vitamin B atau folat.
Ini vitamin penting untuk tubuh hasilkan DNA sihat.
Ada manganese yang penting.
Untuk tubuh metabolismakan karbo yang kita makan.
Ubi kaya juga bertindak sebagai pembekal energi.
Sesuai sebagai santapan selepas buat senaman berintensiti tinggi.
Untuk cegah risiko steatosis.
Nama lain, fatty liver adalah dengan kandungan magnesiumnya.
Serta risiko kanser hati.
Ubi kayu juga tinggi kalium. Bantu kembangkan salur darah.
Elak tekanan darah tinggi.
Juga rendah kandungan natrium atau garam.
Boleh amal?
#DrRizal