Daun Saderi Serta 37 Khasiatnya Ramai Tak Tahu

Apakata baiki kesihatan usus, pembuluh darah dan sel dulu?

Caranya mudah saja. Ini petua saya selalu amalkan.

Ada banyak lagi petua detoks. Say kongsi yang ini dulu.

Untuk jaga perut. Jaga OTAK kedua iaitu usus.

Saya buat Jus Superfood Saderi Beetroot ni.

Apa hebatnya formula ni?

Tujuannya bagi usus – OTAK kedua manusia bahagia. Bagi OTAK pertama senyum gembira.

Hari ini saya akan fokuskan bab saderi

Ramai orang dok fikir saderi ni sesuai letak dalam juadah.

Macam sup. Tapi boleh juga buat jus.

Kalau boleh minum jus saderi sahaja. Memang padu.

Tapi kalau nak campur dengan superfood lain pun okay juga.

Untuk buat jus, kena pakai blender. Bukan juicer.

Penting minum dengan fibernya sekali.

Kalau pakai juicer, kita hanya minum air gula saja.

Untuk bahan-bahan:

  1. Saderi satu setengah batang
  2. Beetroot saiz kecil. Guna separuh sahaja
  3. Epal 4 biji – terpulang nak guna epal jenis apa.
  4. Air bertapis

Caranya mudah saja.

  1. Potong bahan 1-3 pada potongan kecil.
  2. Masukkan ke dalam blender
  3. Masukkan air separuh dari ketinggian bahan.
  4. Blend sehingga halus. Tambah air kalau pekat.

Kenapa kena berdamping dengan saderi ni?

12 Raja Antioksidan

Saderi ada sekurang-kurangnya 12 jenis antioksidan yang betul betul power untuk usus.

Untuk setiap batang.

Termasuk vitamin C, beta carotene dan flavonoids. Ada lunularin dan bergapten.

Antioksidan lain seperti dalam kajian Journal of Evidence-Based Complementary & Alternative Medicine (2017):

  • caffeic acid
  • p-coumaric acid
  • ferulic acid
  • apigenin
  • luteolin
  • tannin
  • saponin
  • kaempferol

Power sangat untuk usus, pembuluh darah, sel dan organ.

Satu benda lagi yang ramai tak tahu ialah seleri ni ada apium. Atau apiuman.

Bahan penting rendahkan ulcer perut.

Tingkatkan lining usus dan kurangkan risiko sembelit.

Fiber dalamnya bantu kecilkan saiz pinggang.

Apa makanan wajib diambil untuk USUS SIHAT? BACA DI SINI

25 Ejen Anti-Radang

Saderi kaya vitamin A, C, K, potassium dan folate

Dalam saderi juga ada 25 bahan anti-inflammatory.

Mereka bertindak lindungi tubuh dari inflamasi yang boleh akibatkan sakit berterusan.

Saderi ni kebiasaannya disarankan oleh doktor.

Untuk diet khusus buat pesakit arthritis dan osteoporosis.

Kaya vitamin K. satu cawan batang saderi bekalkan 30% keperluan harian badan.

Bantu tingkatkan ketumpatan tulang dan elak darah bergumpal.

Ketumpatan tulang yang tinggi rendahkan risiko tulang mudah patah.

Apabila berlakunya kecederaan.

Saderi juga ada bahan bernama phthalides.

Bantu relaks dinding arteri. Untuk lancarkan aliran darah.

Vitamin A juga penting untuk sistem imun, penglihatan dan kulit yang lebih sihat.

Nak lagi padu. Buat jus saderi nanas. Apa khasiatnya? BACA DI SINI

Turunkan Kolesterol Tinggi

Kajian sains mendapati,

Saderi mengandungi sejenis bahan unik bernama 3-n-butylphthalide (BuPh).

Pernah dengar?

BuPh ni ada kuasa rendahkan lipid atau kolesterol jahat.

Bantu besarkan lagi saluran darah.

Elakkan arteri daripada tersumbat disebabkan pembentukan plak dan lemak.

Fiber dalam saderi bantu kutip kolesterol jahat dan singkirkannya daripada sistem usus.

Juga ada ‘calming effect’ untuk sistem saraf utama.

Galakkan tidur lebih lena.

Yang menarik tentang saderi ni.

Walaupun dikukus lama. Kajian dibuat menunjukkan khasiat antioksidan dalamnya masih kekal tinggi.

83% sehingga 99% jika dibandingkan dengan rebus.

Di mana khasiat hilang 38% sehingga 41%.

Seeloknya ambil yang mentah.

Apa petanda kolesterol tinggi tapi KURUS? BACA DI SINI

Cegah Alzheimer’s

Ini yang paling padu. Bukan calang calang batang saderi ni.

Kajian mendapati ekstrak biji saderi juga ada 3-n-butylphthalide (BuPh).

Mampu tingkatkan fungsi kognitif dan memori.

Ekstrak ni juga berpotensi tinggi untuk rawat Alzheimer’s dan halangnya daripada terbentuk.

BuPh juga halang pengumpulan plak pada OTAK yang akibatkan Alzheimer’s.

Saderi juga tawarkan kesan anti-hypertensive. Redakan stres.

Sekaligus tingkatkan rendah risiko untuk terkena strok vaskular dementia.

Ikut kajian dalam Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine pada tahun 2017,

Ekstrak saderi Cina (apium graveolens) dikaitkan dengan pengurangan anxiety.

Juga digunakan sebagai alternatif untuk rawat gout, bronchitis, asthma dan psoriasis.

Tahukah ANDA badam adalah SUPERBRAIN FOOD? BACA DI SINI

Kurangkan Kortisol (Hormon Stres)

Saderi bertindak sebagai anti-anxiety.

Juga bagus untuk tidur lena serta rendahkan hormon stres kortisol.

Saderi juga salah satu daripada sayuran ‘anti-stress’

Mengandungi apigenin and luteolin:

Flavonoids yang dikaitkan dengan kemusnahan sel kanser pankreas.

Dalam saderi juga ada quercetin.

Sejenis flavonoid yang redakan bengkak. Juga dikaitkan sebagai ejen anti-kanser.

Nilai pH saderi ber-acidity rendah. Diminum untuk legakan pedih ulu hati.

Bila minum, rasa sejuk jer dada.

Ada kajian yang mana peserta yang ada masalah asid refluks disarankan untuk makan saderi.

Terutama bagi golongan berumur.

Kortisol perlu berada pada paras rendah untuk elak ketidakseimbangan hormon lain.

Contoh macam estrogen.

Elak gangguan emosi, haid tak teratur, sakit kepala. Sukar hamil dan muka berjerawat.

Apa makanan tingkatkan hormon bahagia DOPAMIN? BACA DI SINI

Rawat Sembelit & Cirit Birit

Saderi rendah kalori dan tinggi fiber. 

95% daripadanya adalah air. Sumber hidrasi yang bagus. Terutama yang berdiet.

Fiber bantu perut kenyang lebih lama. Elak mengudap bukan bukan.

Bantu penurunan berat badan berlebihan.

Elak dehidrasi penyebab kulit kering dan badan letih.

Saderi ada fiber larut dan tak larut yang tinggi.

Cukup untuk elak sembelit serta cirit birit.

Bantu lawaskan pembuangan.

Tak perlu teran kuat sangat.

Lagi padu, dalam saderi ada apiuman dan pectin-based polysaccharides.

Apa dia?

Dua ni terbukti rendahkan risiko terkena kanser ulser perut.

Baiki dinding perut. Kurangkan rembesan asid.

Apa lagi makanan atasi CIRIT-BIRIT? BACA DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0