9 Tips Awet Muda Walaupun Sudah Masuk Siri 50an

Terkedu jap dengan satu soalan ni masa sambutan Aidil Fitri OCOC.

Menu pun tak ada istimewa mana. Ada kambing golek saja.

Masa saya nak pergi rasa kambing ni, ada teman tanya.

“Dr pakai baju saiz apa?”

Jarang orang tanya soalan begini.

Kalau tanya tu nak bagi hadiah biasanya.

Saya kata,

“Saiz S. Hampir semua brand, saiz S paling cocok dengan saya. Kalau seluar pun saiz 30”

Teman tadi membalas,

“Uish tak kan kot Dr. Saya pun saiz L”

Dia tambah lagi mungkin jenis baju ni kot saiz besar.

Sambil dia halakan telunjuk ke baju Melayu.

Saya kata mungkin juga.

Untuk umur 5 siri macam saya ni.

Syukur sangat boleh kekalkan saiz baju dan seluar.

Rambut pun masih hitam, Alhamdulillah.

Tapi nak maintain macam ni bukan datang sendiri.

Kenalah jaga. Apa yang saya buat?

.

.

BANGUN AWAL PAGI

Bangun awal. Disconnect dengan manusia atau gajet.

Connect dengan Allah. Berbisik. Bercerita. Baca ‘surat cinta’ dari Allah.

BRISK WALKING

Lepas subuh saya akan pergi walking. Saya akan cuba dapatkan sejam.

Kalau hujan, cycling dalam rumah saja. Saya tak pergi gym.

Klik INI RAHSIA BAKAR LEMAK LEBIH CEPAT DENGAN BERJALAN

PUASA SUNAT

Isnin dan khamis Insyaa Allah akan cuba puasa. Kecuali musafir.

Biasanya sahur masa puasa ni saya ambil Barley Flakes OCOC.

Saya akan blend dengan Granola Bar OCOC.

Campur dengan MCT Oil untuk dapat extra energi.

Dulu tahun 2012 baru balik dari Australia, saya buat puasa Nabi Daud.

Puasa selang sehari. Dua tahun konsisten.

Even travelling pun puasa. Power bab puasa Nabi Daud ni.

Tapi ujian iman dia pun power.

Klik 11 MAKANAN PATUT MAKAN SEMASA BERPUASA

BREAKFAST KAYA PROTEIN

Kalau tak puasa saya makan breakfast tinggi protein, fiber dan smart fat.

Telur mesti ada.

Ada masanya masukkan telur dalam Mee Kari Nyonya OCOC.

Sebab tepung mi ni dari Shiribati Atta.

Ada capsaicin dari serbuk cili. Capsaicin kerja dia ialah bakar lemak.

Klik PERBEZAAN PREBIOTIK & PROBIOTIK PERLU TAHU

AIR DARK CHOCOLATE

Kalau minuman,  saya ambil dark chocolate.

Sama ada Coco OCOC atau Vegan OCOC.

Sebab ada lab test untuk flavonol, polyphenol dan ORAC values.

Kajian kata kalau ambil konsisten 30 hari, stem cells akan naik 2 kali ganda.

Saya rasa rugi kalau tak ambil.

Stem cell berganda ni bantu mudakan kita. Reverse aging tanpa hard work.

Tak kan nak buat buat kan.

Biasanya saya akan top up dengan MCT Oil.

Untuk lebih energi pada brain.

Selain bakar lemak dan bagi energi kat body saya.

Saya biasanya makan heavy breakfast.

Tengahari tak makan dah. Nanti petang pula saya akan makan.

Klik 9 SEBAB KENAPA PILIH DARK CHOCOLATE

BANYAKKAN FIBER & PROTEIN

Makan malam ni banyak sayur. Biasanya 3 jenis.

Warna beza beza. Rainbow veggies bak kata orang putih.

Saya akan makan dengan ikan atau ayam atau daging.

Poin saya ialah kena ada protein.

Lean protein lagi bagus.

Semalam masa sambutan Aidil Fitri pun saya tak makan.

Rasa rasa makan tu ada. Sebab dah terbiasa tak makan tengahari.

Saya tak makan malam. Kalau boleh sebelum maghrib tu dah ikat perut.

Kalau rasa lapar which is jarang jarang, cuba minum air.

Kalau masih lapar saya akan makan sepotong buah. Bukan sebiji.

Klik 4 PENGGANTI AIR PUTIH BOLEH DIAMBIL

AMBIL BUAH SEBELUM MAKAN

Oh buah pun kalau makan mesti sebelum makan. Bukan lepas makan.

Ni cara yang betul.

APPLE CIDER VINEGAR

Last sekali saya akan ambil apple cider lepas makan petang tu.

Apple cider ni akan halang blood sugar spike.

Insulin lebih stabil.

BANYAKKAN AIR PUTIH

Sepanjang tak makan tu, banyakkan minum air kosong.

Saya tak ada istilah kudapan pagi atau kudapan petang.

Macam tu lah lebih kurang.

Saya nak tua gracefully. Tanpa penyakit.

Biarpun umur meningkat, tetap sihat, tetap kuat.

Dan yang penting tak nak susahkan anak anak dan isteri saya dengan penyakit.

Begitulah.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Scroll to Top