Elak Dehidrasi Di Bulan Puasa Dengan 5 Makanan Ini

Masa bulan puasa.

Ada tak rasa letih, kepala berdenyut, kulit kering, rasa nak cramp?

Kalau ada mungkin anda kekurangan air.

Atau dalam bahasa Inggeris disebut dehydration

Dehydration ni beri komplikasi buruk pada kesihatan.

Antaranya ialah organ failure. Bahaya tu.

Bila saya tanya ‘kenapa tak minum air?’

Banyak jawapan saya dapat.

Ada orang kata kalau minum banyak masa sahur perut kembung.

Nak rukuk dan sujud susah. Jadi tak berani minum.

Ada pula kata malas nak ulang alik ke tandas kalau minum banyak.

Semua ni betul.

Pada yang tak nak minum banyak air jangan risau.

Anda boleh dapat air dari sumber lain.

Paling mudah ialah dari buah dan sayur.

Jom kita tengok 5 buah dan sayur yang mengandungi banyak air.

 

1.Tembikai

Tembikai ni 92% adalah air.

Kalau kita makan satu cawan tembikai dah dapat ½ cawan air

Tembikai ada banyak manfaat lain.

Bukan setakat air saja. Dalam tembikai ada lycopene.

Anti oksida yang power lycopene ni.

Lycopene bantu kurangkan kerosakan pada sel.

Ni bukan sel biasa.

Sel-sel dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes.

 

2.Rock Melon

Kalau ada bajet sikit, boleh makan rock melon.

Honeydew pun masuk kategori sama. Harga lebih rahmah.

Dalamnya ada 90% air. Satu cawan berikan kita lebih dari ½ cawan air

Banyak tu. Sama juga macam tembikai.

Rock melon ada banyak khasiat lain.

Paling orang suka ialah sebabkan kita rasa kenyang.

Tak rasa nak berkudap atau bermoreh lagi.

Rock melon juga kaya Vitamin A.

Satu cawan berikan kita 120% keperluan harian vitamin A.

Paling saya suka pasal vitamin A ialah sistem imun.

Kajian sebut Vitamin A akan boost sistem imun.

Jauhkan kita dari jangkitan.

3.Oren

Buah oren ada 88% air

Saya perasan oren dari Mesir manis sangat. Bolehlah cari.

Dalam oren ada Vitamin C dan potassium.

Keduanya juga boost fungsi sistem imun kita.

Musim virus merata ni sesuai sangat ambil oren.

Flavonoids yang halang sel rosak ada pada oren

Oren juga tinggi fiber. Jadikan kita kenyang

Dah lah dapat air, kenyang pula lagi.

 

4.Timun

Timun masuk kategori sayur. Bukan buah.

Walaupun bentuk macam buah.

95% dari timun adalah air. Dahsyat kan

Timun ni kaya dengan vitamin K, potassium dan magnesium.

Kita tahu magnesium sangat penting proses uraikan nutrisi dalam tubuh.

Magnesium juga bantu bagi dapat tidur nyenyak.

 

5.Tomato

Tomato ada 94% air.

Satu saiz sederhana bersamaan dengan ½ cawan air

Tomato ni kaya dengan vitamin A dan C.

Dalam tomato juga ada lycopene.

Anti oksida penting untuk lawan penyakit.

Kajian sebut lycopene dapat rendahkan risiko serangan jantung dan kanser prostate

Orang lelaki kena rajinlah makan makanan tinggi lycopene ni.

Bolehlah ambil masa sahur buah dan sayur-sayur ni.

Tak perlu lagi nak minum banyak-banyak sampai kembung perut.

Deme ni dah provide air dalam tubuh secara diam-diam.

Yang best ialah taklah rasa nak kena pergi tandas kerap.

Bolehlah cuba.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top