41 Khasiat Sebenar Buah Tembikai (Watermelon)

Hebat sungguh sumber dinamakan TEMBIKAI.

Antara buat feveret yang pernah dimakan Nabi SAW

Ada tembikai merah dan kuning.

Tembikai banyak dikaji oleh kajian sains dan perubatan Islam.

Ada banyak khasiat tersembunyi ramai tak tahu.

Tembikai lambang kekuatan, kecekalan dan tanda solidariti

Bagi rakyat Palestin yang sedang berjihad.

Ini 41 khasiat sebenar tembikai anda kena ambil tahu:

 

Ikut kajian dalam jurnal Health Benefits of Watermelon tahun 2019,

Tembikai ada pigmen semula jadi iaitu beta-cryptoxanthin.

Yang berupaya lindungi sendi daripada inflamasi.

Rendahkan risiko terkena rheumatoid arthritis.

Ada vitamin A lindungi kesihatan mata dari risiko katarak.

Vitamin C, antioksidan bantu menguatkan sistem imun tubuh.

Sembuhkan luka. Cegah kerosakan sel.

Ada vitamin B6 tingkatkan fungsi otak.

Tukarkan protein kepada tenaga.

Tembikai bagus untuk hidrasikan tubuh.

Kerana kandungan air lebih 90%.

Tembikai tinggi lycopene.

Lebih tinggi berbanding tomato.

Lycopene ‘perencat’ keradangan penyebab kanser/masalah jantung.

Makin ranum tembikai, makin tinggi paras lycopene.

 

Berguna untuk tingkatkan platelet darah bagi pesakit demam denggi.

Power tak power tembikai.

Tinggi sumber kalium. Bantu fungsi otot dan saraf.

Kekalkan keseimbangan pH tubuh.

Kurangkan risiko tekanan darah tinggi.

BACA 10 PANTANG LARANG TEKANAN DARAH TINGGI

 

Yang paling luarbiasa sekali, tembikai kaya amino acid Citrullin.

Citrullin akan ditukar jadi Arginine.

Tahap Arginine tinggi bantu tingkatkan peredaran darah.

Sekali gus lindungi kesihatan kardiovaskular tubuh.

Ikut kajian dalam jurnal Oilseeds & Fat Crops & Lipid tahun 2020,

Biji tembikai berpotensi sebagai ‘moisturiser’.

Lembapkan kulit yang kusam dan kering.

Ikut perubatan Islam, biji tembikai kering ditumbuk hingga hancur.

Kemudian, lumurkan pada kulit.

Juga untuk kesan sama iaitu licinkan dan haluskan kulit.

 

Nak cegah kulit berjerawat.

Jemur lebihan kulit tembikai sehingga kering.

Tumbuk lumat sampai jadi serbuk.

Blend 1 batang timun dengan 1 batang aloe vera (buang kulit).

Campur 2 sudu serbuk kulit tembikai tadi.

Sapukan pada seluruh muka. Buat 3 kali seminggu.

BACA 35 MAKANAN CANTIKKAN KULIT DIBUKTIKAN SAINS

 

Sebab biji tembikai ada fatty acids dan magnesium.

Tugasnya rendahkan hormon kortisol. Seimbangkan hormon.

Makan tembikai sebelum makan makanan berat.

Bantu bersihkan perut (detox).

Ini resepi mudah atasi sistem penghadaman bermasalah.

Kisar tembikai bersama tomato.

Minum 1 gelas 3 kali sehari iaitu pagi, petang, malam.

Perasan tak tembikai ada sedikit isi putih.

Isi putih ini sebenarnya boleh dimakan sebab ada banyak khasiat

Tapi ramai elak makan sebab tak sedap.

Dalam masakan Cina, isi putih tembikai diolah dalam masakan.

Disaute, digoreng, direbus dan dijeruk.

 

Kalau ada masalah kecacingan.

Tumbuk 5g tembikai kering menjadi serbuk.

Masukkan ke dalam ½ gelas air panas.

Kacau dan minum sementara masih panas.

Cara lain, tumbuk biji tembikai sehingga lumat.

Perah airnya kemudian minum.

BACA 14 MAKANAN SINGKIRKAN CACING USUS

 

Tembikai bagus untuk kurangkan lendir, kahak dan hingus.

Kalau badan panas atau lemau.

Makan tembikai dan kurma sebelum makan makanan berat.

Kulit tembikai elok untuk masalah akar rambut lemah.

Tumbuk isi putihnya. Lekap pada akar rambut.

Jadi, jom pakat makan tembikai!

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

Scroll to Top