Waktu itu saya di majilis graduasi SNAP. Sedang asyik dengar ucapan Tuan Saiful Nang. Tiba tiba dapat mesej dari Haikal.
Dia beritahu “Dad someone hit me. I was driving your car.”
Berderau darah. Dada terus berdebar. Dudp dup dup. Mulut terus jadi kering. Nafas pendek dengan tiba tiba. Tanda risau, anxiety mula bertandang. Marah juga waktu tu.
Risau sebab tak tahu apa berlaku. Marah sebab dah pesan “Bawa kereta lain.”
Antara perasaan bercampur baur ini, perasaan risau yang paling tinggi waktu tu. Nak tahu dia selamat atau tidak. Soalan pertama “Are you ok? Does anyone got injured?”
Bukan apa. Nak pastikan semua selamat dulu. Itu yang penting.
Lepas dapat berita tu, fikiran jadi sibuk. Macam macam difikirkan. Rosak kereta, trauma Haikal, nanti masa repair kereta nak pakai apa pula. Pendek kata memang sibuk betul waktu.
Tengah fikiran berkecamuk itu, tiba-tiba Pengerusi Majlis sebut “Sekarang dipersilakan Dr Rizal Abu Bakar untuk memberikan ucapan.”
Tiada klu. Tiada makluman awal. Terus panggil sahaja.
Dahlah fikiran kecamuk waktu tu. Nak lari malu pula. Nak minta panggil lain dulu tak boleh.
Terpaksa gagahkan juga.
Waktu kritikal itulah saya buat neuropsychological balance technique. Ini sebahagian neuro-speaking tools yang speaker perlu ada.
Teknik ini stabilkan fikiran. Tenangkan diri. Alihkan fokus pada poin untuk dikongsi
Masa berjalan ke pentas sambil beri salam tu, otak ligat fikirkan poin, akronimkan poin dan cari cerita.
Ramai fikir untuk jadi speaker belajar teknik penting. Ramai tak perasaan public speaking is psychological thingy.
Komunikasi dan bahasa adalah ilmu berkaitan otak.
Ada bahagian khas di otak yang kawal keduanya. Satu namanya wernicke area. Satu lagi Broca area.
Poin penting di sini ialah ilmu kuasai diri dahulu sebelum naik ke pentas atas berucap. Bagaimana tenangkan diri saat di sapa berita gundah gulana.
Mahu belajar bagaimana kuasa dua area otak, tenangkan diri, kumpulkan poin dengan cepat dan bungkus dengan cerita?
Kalau MAHU DAFTAR sahaja di https://neuroversiti.com/neuro-speaking/