Minum Air Tebu Sama Macam Ambil Gula Putih?

KINI DILANCARKAN buku OTAK 3.0

HARGA SPECIAL sempena launching

Harga asal ̶R̶M̶5̶9̶ kini RM39 sahaja!

Jimat sehingga 85% khas bagi yang TERAWAL!

BELI DI SINI

BELI DI SINI

Ada yang tanya,

“Minum air tebu ni sama buruk ke kesannya macam ambil gula putih?”

Menarik soalan ni.

Terima kasih kepada yang bertanya.

Mungkin ramai juga yang curious nak tahu betul ke sama kan.

Bulan puasa tak lama dah.

Kecur air liur teringat air tebu yang bakal dijual di bazar Ramadan nanti.

Yang pernah rasa mesti tahu.

Betapa manisnya air tebu. Menyegarkan tekak yang dahaga.

BACA: 4 JENIS MINUMAN SIHAT (PENGGANTI AIR PUTIH)

Kenapa air tebu ni manis?

Manis kerana hadirnya gula semula jadi iaitu sukrosa.

Selain tinggi kandungan mineral dan vitamin.

Kalsium, kalium, zat besi, thiamin, magensium, riboflavin dan manganese.

Namun, ada satu fakta ramai kurang tahu.

Gula putih adalah berbeza dengan gula semula jadi yang ada dalam tebu.

Walaupun dua dua manis.

Kenapa pulak berbeza? Bukan sumber sama ke?

Ya. Memang sumber sama tapi…

Gula semula jadi dalam tumbuhan seperti buah dan tebu.

Tak ditambah sebarang bahan kimia dan tak diproses.

Paling unik.

Gula asli dibentuk oleh serat, antioksida, air dan nutrien vitamin dan mineral.

Jadi, gula asli dihadam oleh tubuh dengan lebih perlahan.

Tak akibatkan ‘sugar spike’ iaitu peningkatan mendadak gula dalam darah.

BACA: 10 ‘HIGHLY FUNCTIONAL FOODS’ PATUT ADA DALAM SENARAI DIET

Khasiat tebu boleh dituai jika diambil secara sederhana.

Kalau masa berbuka tu sekali minum habis 1 jug air tebu. Cari nahas namanya.

Kalau nak minum, ambil 1 gelas sudah memadai.

Sebab air tebu ada jumlah gula semula jadi yang tinggi.

Jadi, kalori juga tinggi.

1 gelas ada 270 kcals atau bersamaan dengan 30-50g gula.

Elak kerap dan banyak minum air tebu.

Kerana risiko tinggi kena kencing manis. Slain sukrosa, ada gula asli fruktosa.

Bagi penghidap diabetes, mohon jauhkan diri. Lawan nafsu.

Air tebu jika kerap diminum boleh rosakkan lapisan enamel gigi.

Gigi melemah. Risiko terbentuk kaviti. Gigi terasa ngilu.

Pengambilan jus tebu berlebihan boleh sakitkan perut.

Mudah berasa pening, loya dan sakit kepala.

Juga risiko untuk tidur terganggu disebabkan kehadiran policosanol.

Policosanol juga boleh cairkan darah.

Beri kesan pada kenaikan paras kolesterol dalam darah.

BACA: SUMBER MAKANAN ‘TERBAIK’ ATASI GOUT!

Tapi, kena tahu bahawa air tebu juga ada khasiatnya.

Apabila diminum secara bedisiplin.

Sama seperti air kelapa.

1. Energy Booster

Air tebu bertindak sebagai ‘energy booster.’ Elak dehidrasi.

Bersifat alkali. Bantu seimbangkan elektrolit dalam badan.

Jika diminum secara sederhana.

2. Kuatkan Sistem Usus

Bantu tingkatkan kekebalan usus untuk lawan jangkitan.

Dengan seimbangkan paras pH dan sokong rembesan asid perut.

3. Kebalkan Sistem Imun

Kandungan kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan manganese yang tinggi.

Serta flavonoid bantu rencatkan sel kanser daripada berkembang.

Terutama sel kanser payudara dan sel kanser prostat.

4. Bersifat Diuretik

Air tebu yang dicampur bersama perahan limau dan jus kelapa.

Mengurangkan rasa sakit.

Mengeluarkan toksin daripada badan.

Bantu redakan keradangan dalam tubuh.

Disebabkan oleh jangkitan salur kencing (UTI), batu karang dan prostatitis.

5. Bagus Untuk Rambut

Air tebu juga boleh dibuat lulur rambut dan kulit kepala.

Elak kulit kepala kering.

Dan jadikan rambut lebih lembut dan lurus.

6. Atasi Jerawat

Air tebu ada glycolic acid (AHA).

Bantu buang lebihan sel kulit mata dan elak pori tersumbat.

Cegah minyak berlebihan pada kulit muka.

Belajar sesuatu?

 

 

P/S:

Tuan Puan berminat join ONLINE COURSE terbaru 2023?

Klik pautan di bawah:

ONLINE COURSE NEUROHEALTH

ONLINE COURSE NEUROPARENTING

ONLINE COURSE NEUROTHINKING

 

Atau…

 

Boleh dapatkan NEUROBOX S.E. 2.0

Sesuai untuk anak kecil dan dewasa.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top