Kenali 7 Tanda Utama Buah Pinggang Bermasalah

Apa penyebab buah pinggang rosak?

  1. Penurunan Berat Badan Mendadak
  2. Hilang Selera Makan
  3. Bengkak Pada Bahagian Badan
  4. Sukar Tidur Malam
  5. Kerap Kencing Serta Berdarah
  6. Cepat Letih
  7. Berasa Loya Ingin Muntah

Puaka ni ada macam macam nama. Yang kita tahu sucrose, glucose.

Ada lagi nama samaran lain:

Dextrose, fructose, corn syrup, high-fructose corn syrup, maltodextrin dan galactose.

Yang kita selalu sebut ialah gula putih.

Diet tinggi gula terutama gula putih. Ini saka amat merbahaya.

Gula putih rosakkan sistem tapis buah pinggang.

Sebabkan kegagalan buah pinggang. Ulang alik ke pusat hemodialisis.

Sekarang ni pusat dialisis ada di mana mana.

Sama tumbuh macam Speedmart.

Tu tandanya makin teruk bab sakit buah pinggang.

BACA: 10 MAKANAN BANTU NAIKKAN SEL DARAH PUTIH

Antara punca penyebab buah pinggang rosak.

Disebabkan oleh penyakit diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Tapi itulah, ramai sakan berpesta makanan minuman manis.

Makan tak jaga. Sebab itu sekarang ni muda lagi dah kena kencing manis.

Yang muda lagi ramai menetap di rumah sakit.

Belum masuk lagi yang ambil suplemen nak putih.

Pil nak kurus.

Jadi, apa 11 jenis makanan bagus untuk sihatkan buah pinggang?

1. Kunyit Hitam

Amal kunyit. Kalau dapat kunyit hitam lagi padu.

Kenapa kunyit hitam?

Padat antioksida.

Bantu kurangkan tekanan oxidative terutama pada sel ‘nephron’ buah pinggang.

Bantu kukuhkan struktur dan bentuk buah pinggang normal.

Tak jadi cacat.

Kunyit hitam bantu singkirkan protein berlebihan.

Cegah pengecutan salur pada pada buah pinggang.

Serta rendahkan risiko kematian sel saraf buah pinggang.

2. Keledek

Keledek tinggi potassium.

Bantu seimbangkan paras sodium (garam) dalam badan.

Kurangkan tekanan keatas buah pinggang.

Paling padu, ambil keledek ungu.

BACA: 8 KEUNIKAN BUNGA TELANG UNTUK KESIHATAN

3. Bawang Putih

Ciri antioksida dan antiradang bawang putih.

Bantu masalah Chronic Kidney Disease (CKD). Terima kasih kepada allicin.

Bersifat diuretik.

Singkirkan toksin dan lebihan garam dari buah pinggang.

Cegah masalah jangkitan salur kencing (UTI) disebabkan radang buah pinggang.

Makanan lain termasuk:

    • Epal
    • Anggur merah
    • Kubis bunga
    • Tauge
    • Terung
    • Kacang panjang
    • Sawi
    • Brokoli

Lepas ni kena berjaga jaya ye.

Ini 6 makanan yang boleh jahanamkan fungsi buah pinggang.

Paling teruk, mereka ni diambil setiap hari. Secara berlebihan boleh undang padah.

Terutama bagi penghidap buah pinggang.

    1. Garam putih
    2. Daging merah
    3. Air soda
    4. Pisang
    5. Produk tenusu
    6. Jus oren

Manakala ini 5 tabiat buruk yang jahanamkan buah pinggang.

    1. Tahan kencing
    2. Minum banyak minuman berkafein
    3. Kerap makanan makanan bergaram
    4. Tak bersenam
    5. Kerap berjaga malam
    6. Tak ambil cukup magnesium
    7. Tak ambil cukup vitamin B6
    8. Merokok

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

6 Kelebihan Daun Kucai Selain Penyedap Rasa

6 Khasiat Utama Kangkung ‘Murah’

5 Risiko Kesihatan Jika Tidur Tak Cukup

Kenapa Kena Elak Memakan Sayur Kubis Mentah?

Scroll to Top