4 Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Berkesan

Sakit tekak berlarutan.

Disusuli dengan demam dan sakit badan.

Nak telan makanan pun tak selesa.

Apa 4 cara paling mudah dan selamat untuk legakannya?

Yang pertama sekali,

Minum air teh berasaskan herba dan buah sitrus

Ada macam macam jenis resepi boleh cuba.

Buah sitrus bagus sebab kaya vitamin C – vitamin penguat immune system.

Antaranya teh limau kasturi.

Masukkan 2 ke 3 biji perahan air limau kasturi.

Ke dalam segelas air. Kacau dan minum.

Selain legakan batuk, sakit tekak dan gatal tekak.

Ini 10 Kelebihan Limau Kasturi anda boleh baca dan amal.

Selain limau, boleh juga guna halia.

Selain gabungan rempah ratus bersifat ‘anti-inflammatory’.

Kunyit, serai, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih

Bukan saja bagus untuk sakit tekak. Juga legakan sakit kepala!

Baca selanjutnya 14 Khasiat Halia

Cara kedua paling ramai liat nak buat iaitu banyakkan air putih.

Air suam ye. Bukan air sejuk.

Air putih penting sebab bila badan alami dehidrasi.

Badan tak dapat hasilkan cukup air liur.

Tak dapat hasilkan mukus untuk melincirkan salur tekak.

Jadi, kena extra sikit minum.

Ada satu petua saya selalu guna kalau sakit tekak.

Minum campuran madu dan bawang.

  1. Ambil sebiji bawang jenis Holland / Bombay.
  2. Potong kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  3. Leraikan lapisan bawang tersebut.
  4. Campurkan madu 1 atau 2 sudu ikut kadar yang kita mahu.
  5. Gaulkan biar rata dan sebati.
  6. Tutup dan biarkan selama 1-2 jam.

Bawang tadi akan mengeluarkan jus bercampur dengan madu.

Ambil satu sudu dan minum.

Sehari ambil 3 kali iaitu pagi, petang dan malam

Madu ni luar biasa khasiatnya. Disebut dalam Al-Quran.

Cuma elak terbeli madu tiruan.

Yang ni penuh gula putih. Tiada nutrisi.

Sebab itulah saya keluarkan sendiri jenama madu 100% asli.

Madu Pergunungan Uzbekistan OCOC 🍯🍯 namanya

Saya sendiri terbang ke sana.

Turun padang untuk lihat sendiri cara madu dituai.

Cara terakhir ialah jaga makan.

Ada makanan yang boleh dan tak boleh ambil.

Contoh, makanan bergoreng, makanan berproses segera

Makanan keras pun kena elak ambil.

Minyak dalam makanan ‘deep-fried’ boleh terukkan lagi sakit tekak.

Banyakkan penghasilan kahak berlebihan.

Boleh bikin bengkak dan radang semakin parah.

Sambung seterusnya di 10 Petua Legakan Batuk & Sakit Tekak

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

Scroll to Top