9 Cara Turunkan ‘Blood Pressure’ Secara Semulajadi

Tekanan darah tinggi atau high blood pressure boleh membawa maut. Sebabkan strok. Undang serangan jantung.

Tekanan darah tinggi juga punca menurunnya kemampuan berfikir.

Biasanya tekanan darah tinggi dirawat dengan ubatan. Walaupun ia berkesan, tetapi ubat darah tinggi punya kesan sampingan. 

Antara laporan kesan yang selalu diterima ialah kebas sampingan dan kaki cramp, pening dan insomnia.

Bagaimana kalau mahu tangani tekanan darah tinggi secara semulajadi. Adakah caranya?

Hasil banyak kajian tunjukkan 10 cara ini berkesan turunkan tekanan darah tinggi.

1. Jalan Laju

Kajian dapati jalan laju dapat turunkan tekanan darah sehingga 8mmHg.

Senaman bantu jantung guna oksigen dengan lebih efisien.

Jantung tidak perlu bekerja keras mengepam darah.

INI 7 KAJIAN KELEBIHAN BERJALAN KAKI

2. Bernafas Secara Dalam

Caranya ialah dengan menarik nafas melalui hidung secara perlahan pada kiraan 5.

Tahan sebentar nafas pada kiraan 4. Lepaskan perlahan pada kiraan lapan melalui mulut.

3. Ambil Makanan Tinggi Potassium

Menurut kajian dari Northwestern University, manusia perlukan 2000-4000mg potassium setiap hari.

Sumber terbaik potassium boleh diambil dari pisang, ubi keledek, beetroots, tembikai, bayam dan ikan salmon.

4. Elakkan Garam

Hati hati dengan makanan tinggi garam.

Kebanyakan makanan segera, bergoreng dan dimasak di kedai punyai kandungan garam tinggi.

Baca lanjut: BAHAYA MASIN GARAM

5. Dark Chocolate

Ambil Dark Chocolate 70% ke atas atau minuman dibuat dari Dark Chocolate 70% ke atas. 

Flavanols dalam dark chocolate jadikan pembuluh darah lebih elastik atau anjal.

6. Ambil Suplemen CoQ10

Kajian ke atas 12 penyelidikan dapati suplemen turunkan tekanan darah hingga 17mmHg/10mmHg

Sebabnya? Ia besarkan pembuluh darah.

7. Elak Kafein

Elak ambil minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein sebabkan pembuluh darah mengecil. 

Baca lanjut: KEBAIKAN MINUM KOPI SEGERA

Kajian dari Duke University dapati pengambilan kopi tinggikan tekanan darah.

8. Teh Hibiscus

Kajian dari Tuft University dapati mereka yang minum teh ini turun systolic blood pressure sebanyak 7 poin dalam masa 6 minggu.

9. Belajar Cara Kurangkan Tekanan atau Stres

Cari hobi atau buat aktiviti chill out secara terancang. 

Selain membaca, zikir, meditasi, dengar muzik juga sangat membantu.

Tekanan darah tinggi boleh mengundang maut. Bahaya yang tidak terlihat.

9 cara ini bantu sekiranya dilakukan secara konsisten.

Perubahan bermula dari diri sendiri. Cari titik kekuatan. Besarkan titik itu. Bertindaklah.

Sekiranya anda didiagnos dengan darah tinggi, dan sedang mengambil ubat, dapatkan konsultasi dari pengamal perubatan.

.

.

P/S:

Sudahkah Tuan Puan dapatkan 60 Resipi Sihat?

Resipi mudah, sedap dan sihat. Sesuai untuk semua.

KLIK DI SINI

KLIK DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Apa Dengan Diet Karnivor? [Bahagian 1]

4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

5 Tips Mudah Elak Muka Kembang (Puffy Face)

“Kenapa Berat Tak Turun?” – Bagaimana MCT Oil Bantu Weight Loss?

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Scroll to Top
0