Cuba Lihat Florist Itu

”Guys, cuba lihat florist itu”

kataku sambil tunjuk ke arah florist yang sibuk mencantas dan menyiram air di bunga-bunganya.
.
Hafiey, Haikal dan Akhyar melihat. Serentak
.
Asyik sekali florist. Tangkas. Sesekali dia mengaduh.

Jarinya tertusuk duri dari bunga mawar merah. Kulitnya tercalar.
.
Kedainya penuh dengan bunga mawar. Pelbagai warna. Ada merah. Ada putih. Hitam pun ada.
.
“Lihat cara dia bekerja”

aku sambung lagi.

“Ada ketikanya dia menghisap darah dijari. Terluka kerana mahu menjaga bunganya.”

Hafiey, Haikal, Akhyar terus lihat. Asyik. Tiada perkataan.

Aku sambung.

Florist tahu jaga bunganya. Ada ketikanya dia memangkas pangkal bunga. Ada ketikanya dia buang daun bunga.

Pada asalnya nampak seperti kejam. Tapi hasilnya bunga lebih indah. Lebih mekar. Lebih harum.

Kalau dibiarkan daun berlebihan, bunga akan mengecil. Tidak cantik. Kurang segar.

Kalau dibiar pangkalnya, akan rosak batang bunga itu. Membusuk.

”Ada ketikanya dia menghalau serangga. Ada masanya dibuang ulat yang merayap.” Sambungku lagi.

Semuanya kerana dia mahu pastikan bunga tumbuh cantik, sihat dan segar. Jadi idaman ramai. Kelihatan mahal dan berharga

tambahku lagi.

Hafiey, Haikal dan Akhyar angguk. Seolah faham tugas seorang florist.

Aku sambung. “Guys, ayah dan mak seperti florist. Ada ketikanya tidak kami benarkan you guys berkawan dengan orang tertentu.

Itu sama seperti florist menghalau serangga perosak dan ulat yang merayap. So that you guys won’t get hurt.

Tidak dirosakkan.

Ada permintaan yang kami nafikan. Sama seperti si florist nafikan daun daun terus tumbuh.

Kerana penafian itulah bunga tumbuh cantik, indah dan segar.

Sama juga dengan mak dan ayah. Kerana larangan tertentu, you guys become better and better. Grow to be the best among your peers.

Ada ketikanya jari florist terluka. Tapi dia terus membaja dan menjaga. Begitu juga kami.

Mungkin kami juga terluka. Menitis air mata. Tapi itu tidak hentikan kami untuk terus menjaga dan membela.

Yang kami mahu satu. Kita berjaya dunia dan akhirat. Mahu bersatu di syurga tinggi.

Biarpun ada ketikanya kami terluka. Berdarah. Kami redho dan rela. 

Kami mahu Hafiey, Haikal, Akhyar dan Maryam bahagia di sini dan di sana.

Hafiey, Haikal, Akhyar merunduk ke bawah. Hanya mengangguk.

Mereka melihat florist itu. Mereka melihat aku.

Tiada kata. Hanya air mata.

Tap tap tap menitis di riba.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top