Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

Talasemia penyakit genetik sel darah merah.

Penghidap talasemia tak dapat hasilkan sel darah merah berkualiti yang mencukupi untuk keperluan tubuh

Di sini juga penderma darah mainkan peranan penting.

 

Ada 2 jenis talasemia utama:

Pembawa talasemia (Talasemia minor)

Pesakit talasemia (Talasemia major)

 

Pembawa talasemia tidak tunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. 

Pengesanan hanya boleh dibuat melalui saringan ujian darah.

Seorang pembawa talasemia boleh turunkan gen talasemia kepada keturunannya.

Manakala pesakit talasemia akan tunjukkan tanda.

Bermula dari umur 4 bulan – 2 tahun

 

Tanda dan gejala termasuk:

– Tumbesaran terbantut

– Keadaan pucat, lemah, resah

– Anaemia menyebabkan kesukaran bernafas

– Kulit, mata, selaput mulut kuning

– Perut buncit disebabkan pembengkakan hati & limpa

 

Adakah ia boleh dirawat dan sembuh sepenuhnya?

Pesakit Talasemia perlu jalani ‘Stem Cell’ atau ‘Bone Marrow’ transplant.

Namun, risikonya tinggi.

Serta peluang dapatkan penderma sumsum tulang juga tipis.

 

Untuk kurangkan kesannya.

Sebab itu penting untuk pesakit talasemia amalkan:

Diet tinggi serat – buah dan sayur serta kalsium.

Serta kurangkan diet tinggi lemak. Hadkan diet tinggi iron.

Sumber vitamin D juga penting untuk bantu penyerapan kalsium.

Selain makanan kaya folic acid.

 

Contoh makanan sesuai untuk talasemia:

  • Keledek
  • Kale
  • Minyak ikan kod
  • Susu soya
  • Susu badam
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Delima
  • Nanas
  • Oren
  • Madu
  • Pisang
  • Halia
  • Timun
  • Bijirin penuh

ARTIKEL BERIKUT:

10 MAKANAN BANTU NAIKKAN SEL DARAH PUTIH

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Puasa Enam: Bukan Sekadar Ibadah, Tapi ‘Reset’ Otak & Badan Anda!

Kesan El Nino Kepada Badan: Kenapa Ramai Tiba-Tiba Cepat Letih, Sakit Kepala & Mudah Stress?

Rahsia Anak Lebih Bijak & Fokus: Aktiviti Berseni Bantu Otak Anak Perform Secara Semula Jadi!

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Scroll to Top