9 Kebaikan Saffron – Rempah Termahal Dunia

Saffron iaitu stigma kering yang dipetik dari bunga Crocus Sativus.

Yang banyak tumbuh di negara Asia Tengah.

Ia adalah rempah termahal dunia.

Mahal sebab khasiatnya.

Serta penuaian manual yang perlukan waktu dan tenaga lebih.

Kering poket nak beli beberapa gram saffron asli.

Kalau nak beli, pastikan ia asli.

Yang tak ditambah pewarna.

Kenapa saffron ni elok diamalkan?

1. Tinggi Anti Oksida

Dalamnya ada crocin, crocetin, safranal dan kaempferol.

Bersifat anti-stress dan anti neuro radang.

Elok untuk tenangkan minda yang tengah berserabut.

Lindungi sel otak dari kerosakan progresif.

Yang akibatkan masalah mudah lupa.

2. Mood Booster

Bantu kawal tahap serotonin dan dopamin.

Bantu kawal emosi dan perbaiki mood.

Serta anxiety.

Ia akan mula berfungsi untuk masalah murung.

Seawal seminggu.

Amal minum secara konsisten untuk 2 bulan pertama.

rempah

3. Turunkan Kolesterol Jahat

Bahaya menanti apabila lemak berkumpul di salur darah.

Kajian dapati.

Ia boleh bantu kawal paras kolesterol.

Dengan kurangkan kolesterol jahat.

Kekalkan salur darah sihat.

4. Atasi Insomnia

Ikut kajian klinikal di Australia.

Dewasa yang amal suplemen saffron selama 4 minggu.

Menunjukkan perkembangan.

Simptom insomnia berkurang.

Dari segi kualiti tidur. Tidur lebih nyenyak.

saffron

5. Bantu Penghadaman

Rempah ni sudah diamal sejak dulukala.

Pada zaman Ibnu Sina,

Di mana beliau ada merekodkan khasiatnya.

Menguatkan perut.

Kurangkan gastrik. Kawal selera makan.

Dan bantu penghadaman.

6. Tingkatkan Penglihatan

Ada antioksida carotenoid.

Bantu tingkatkan respons retina mata.

Bagi jelas lagi penglihatan.

Cegah katarak.

Elak mata kabur dan berpasir. Dan mata kering.

7. Turunkan Berat

Ada banyak kajian.

Bila amal minum teh saffron ni.

Selera mengudap makanan tak sihat berkurang.

Berat pun turun.

Lagi padu bila gabung dengan diet sihat.

Bukan diet berlapar.

8. Cantikkan Kulit

Rempah ni paling power.

Untuk cantikkan kulit daripada dalam.

Elak jerawat timbul.

Redakan pigmentasi dan bintik hitam.

Ruam merah pada muka.

Juga elok untuk pudarkan kesan parut.

9. Redakan PMS

Untuk kaum wanita.

Rajin rajin berdamping dengan teh ni.

Terutama ketika datang haid.

Untuk panaskan badan.

Bantu rangsang darah kotor keluar.

Lancarkan aliran darah.

Dan kurangkan sakit senggugut.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top