16 Kelebihan Buah Belimbing Ramai Tak Tahu!

Hari ni nak jamu otak dan usus dengan 5 Star Fruit- buah belimbing

Teringat masa kecil dulu.

Pokok belimbing segar hidup di belakang rumah saja. 

Berbuah sepanjang tahun. Bila dah banyak tak peduli sangat pun.

Lagipun dulu dulu mana ada ilmu pasal nutrisi ni.

Bila belajar dan praktik ilmu nutritional psychology baharu tahu.

 

Ada apa dengan buah belimbing sebenarnya?

 

Ramai yang tak tahu,

Belimbing ialah SUPERFOOD TEMPATAN sarat nutrisi dan fiber!

Bayangkan dalam belimbing ada 3 jenis anti oksida power

Ada quercertin, epicatechin dan gallic acid. 

Ketiga tiga ini adalah pahlawan lawan radikal bebas dan inflamasi.

Kena ingat! Radikal bebas yang tinggi dalam tubuh.

Membuka pintu kepada pelbagai penyakit.

Bukan itu saja, mengikut banyak kajian dari dulu hingga kini,

Belimbing bertindak sebagai anti microbial.

Bertindak lawan microbial seperti Bacillus cereus, E.coli, Salmonella typhus.

Juga bagus untuk eczema dan masalah kulit seperti psoriasis dan dermatitis.

Terima kasih kepada antioksida di atas yang bersifat anti-inflammatory.

Ada lagi kehebatan belimbing ini.

Ada vitamin A, B and C cukup tinggi.

Vitamin C dalam belimbing berikan 57% keperluan harian vitamin C manusia.

Jumlah besar ini penting untuk bantu penghasilan kolagen.

Penting untuk cerahkan dan licinkan kulit. 

Pada yang mahu kulit glowing lit lit boleh berdempek dengan makhluk ini.

Bab fiber tak payah sembang kari.

Belimbing boleh bantu boost metabolisma.

Bila makan, tak naikkan berat malah boleh turunkan berat!

Musim sekarang ni juga ramai sakit tekak.

Selain makanan seperti teh bunga telang, madu, bawang dan nanas. 

Jus belimbing juga bantu legakan sakit tekak!

Jusnya akan cairkan lendir dan kahak. Memudahkan pengeluaran.

Padu tak padu?

Menarik lagi belimbing ada thiamine, riboflavin, dan niacin.

Kesemuanya penting untuk OTAK.

Pada ibu menyusu mahu susu banyak, bersenggol sengolanlah dengan belimbing.

Ada kajian dapati,

Ibu yang ambil belimbing hasilkan susu lebih banyak berbanding yang tidak ambil.

Bagi yang ada masalah rambut.

Vitamin B kompleks yang ada belimbing mungkin berikan jawapan.

Bagaimana mahu lebatkan semula rambut.

Kajian dari International Journal of Food Science and Nutrition tahun 2014 dapati,

Fiber dalam belimbing dapat turunkan kolesterol.

Laporan dari jurnal saintifik Advance Pharmacological Science pada tahun sama.

Juga dapati ianya dapat lawan sel kanser hati.

Luar biasa betul belimbing.

Belimbing kaya potassium dan kalsium.

Penting untuk lindungi jantung.

Saya sendiri pastikan seminggu sekali mesti ambil. 

Cuma satu sahaja pantang belimbing. 

TIDAK SESUAI diambil oleh mereka yang ada MASALAH BUAH PINGGANG 

Kenapa tak boleh ambil?

Sebab dalam belimbing ni ada caramboxin.

Caramboxin ni perlu diproses oleh buah pinggang dan dikeluarkan daripada tubuh.

Bagi individu sihat yang bebas masalah buah pinggang.

Caramboxin tak datangkan bahaya.

Belimbing ini adalah superfood tak ramai orang tahu.

Sebenarnya ada banyak lagi SUPERFOOD tempatan.

Yang jarang diambil berat.

Antaranya:

Orang ingat superfood ini biasa saja sebab keluaran Malaysia.

Tapi depa tak tau produk Malaysia ni luar biasa!

Sebab deme ni orang putih dah lama tergila gilakan ye. 

Dijual pada harga sangat tinggi di luar negara.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0