14 ‘Keburukan’ Durian Belanda Untuk Kesihatan

Pernah makan soursop?

Nama lain durian Belanda. 

Sedap buat jus. Rasa tropikal masam manis dengan isinya yang lembut.

Boleh dimakan begitu saja.

Pohon soursop ni mudah tumbuh. Ambil masa juga nak berbuah.

Sekali berbuah dapat tuai hasil banyak.

Tak perlu jaga sangat. Boleh tahan kuat.

Soursop ni dicanang sebagai buah lawan kanser. Betul ke?

Nak tahu? Baca di bawah.

Ini Keburukan Durian Belanda Anda Perlu Tahu:

 

1. Kaya Vitamin C

Soursop punyai vitamin C yang tinggi untuk tingkatkan sistem imun.

Sama seperti jambu batu dan buah sitrus.

Selain mengandungi thiamine, folate, vitamin A dan juga niacin.

Soursop punyai paras pH beralkali apabila dihadam.

Menjadikannya mesra usus.

Usus yang sihat tandanya sistem imun sihat.

Senang jatuh sakit? CUBA 21 SUPERFOOD NI!

2. Hancurkan Radikal Bebas

Ada 4 antioksida power dalam soursop untuk halang radikal bebas.

Tannins, saponins, phytosterols, flavonoids dan anthraquinones.

Radikal bebas boleh akibatkan sel teroksida sekaligus mematikan sel.

Akibatkan risiko untuk diserang jangkitan.

Serta perubahan pada fizikal luaran seperti kulit tua sebelum usia.

Apa makanan anti-penuaan? CUBA 11 MAKANAN NI!

3. Rendahkan Tekanan Darah Tinggi

Soursop tinggi fiber yang rendah kalori dan lemak.

Phenols dalam soursop bantu legakan hypertension.

Ada potassium untuk bantu seimbangkan paras cecair dan garam dalam sel.

Juga bantu rendahkan tahap asid urik dalam badan.

Asid urik berlebihan dalam badan boleh akibatkan gout dan juga batu karang.

Apa makanan elak gout? INI 7 MAKANAN ANTI-GOUT!

4. Cegah Ulser Usus

Bersifat antimikrobial.

Lindungi usus daripada radang.

Beri perlindungan pada dinding usus dan esofagus.

Kajian dalam Journal of Global Pharma Technology pada tahun 2018 mendapati,

Soursop bantu kekalkan tahap cecair dalam perut.

Elak peptic ulcers seperti gastrik.

5. Anti-Tumor

Soursop banyak dikaitkan dengan ciri anti-tumor.

Sel tumor tak semestinya sel kanser.

Ada benign tumor. Jenis ni tak berbahaya.

Kebiasaannya pertumbuhan perlahan dan tidak merebak. Bukan seperti malignant tumor.

Yang tumbuh cepat. Ambil alih dengan merosakkan sel tisu.

Soursop juga bantu lawan parasit termasuk virus herpes.

6. Anti-Kanser

Ada annonaceous acetogenins. Pada daun dan juga buah.

Ekstrak soursop adalah toksid buat sel kanser payudara dan kanser pankreas.

Serta beberapa sel kanser lain. Ikut kajian makmal.

Tingkatkan sel T. Lymphocytes yang tugasnya bunuh sel kanser dan sel rosak lain.

Ikut kajian Molecules tahun 2022, daripada 50 kajian yang dikumpulkan dari tahun 1981 sehingga 2021:

Soursop bersifat anti-kanser (25%), anti-ulser (17%), anti-diabetik (14%).

Anti-protozoal (10%), anti-diarrhea (8%), anti-bakterial (8%).

Anti-viral (8%), anti-hypertensive (6%), dan anti-luka (4%).

Tahu tak nanas juga bersifat anti-kanser? INI 18 KHASIAT NANAS!

7. Anti-Inflamasi

Kajian dalam National Library of Medicine mendapati:

Soursop mampu lawan inflamasi dan jangkitan.

Kerana ada lebih kurang 200 bahan kimia aktif.

Termasuk alkaloids, phenols dan acetogenins.

Soursop digunakan dalam rawatan tradisional Afrika untuk neuralgia.

Iaitu sakit pada laluan saraf.

Kesan pengambilan ubatan,surgery dan terapi fizikal.

Serta rheumatism (pada otot, ligamen, tendon dan tulang).

8. Anti-Diabetik

Ikut kajian Biochemistry Research International pada tahun 2015:

Ada antioksidan cegah pembentukan enzim diabetes mellitus type-2 (α-amylase and α-glucosidase).

Daun soursop juga digunakan sebagai alternatif untuk legakan sakit kepala.

Yang ada kitaran tidur tak teratur atau insomnia, digalakkan untuk minum teh daun soursop.

Apa makanan cegah terkena diabetes? INI 5 MAKANAN ANTI-DIABETES!

9. Lindungi Saluran Darah

Daun soursop ada phytochemicals yang bantu lindungi saluran darah.

Sekaligus galakkan kitaran darah lancar.

Bantu berikan oksigen pada OTAK dan organ lain.

Kitaran darah yang lancar akan galakkan penghasilan sel baru.

Dan menjadikan kulit lebih sihat.

10. Rawat Penyakit Kulit

Yang ada masalah jerawat boleh ambil soursop.

Soursop bersifat anti-bakterial untuk halang kuman penyebab jerawat.

Diet tinggi gula akan tingkatkan insulin-like growth factor 1 (IGF-1).

Tinggi IGF-1 sebabkan liang roma keluarkan sebum berlebihan (muka berminyak).

Tingkatkan sel kulit keratinocytes. Akibatkan bakteria lebih tertarik.

Boleh buat lumur.

Campurkan isi dengan 1 sudu makan Madu Uzbekistan OCOC dan 1 sudu makan yogurt.

Sesuai untuk rawat papillomas (ketuat). Serta kulit gatal seperti kulit kepala.

Apa kebaikan diet tinggi gula? INI 29 KEBAIKAN GULA!

11. Baik Untuk Mata

Soursop kaya vitamin C, vitamin E, zink dan beta-carotene.

Dari beta carotene tubuh akan convert ke vitamin A.

Bayangkan kalau beta carotene tak ada. Vitamin A pun hilang juga.

Beta carotene ikut kajian penting untuk kulit cantik, paru paru sihat dan mata.

Halang macular denegeneration (kabur berpasir) serta katarak (selaput).

Berapa banyak nak ambil? Kajian sebut antara 6-15mg sehari.

12. Redakan Stres

Vitamin K dalam soursop dikaitkan dengan mencegah Alzheimer’s.

Bantu pelepasan hormon bahagia serotonin untuk legakan tekanan stres.

Ramai yang tak sedar mereka mungkin ada fibromyalgia.

Iaitu terasa sakit di setiap bahagian badan.

Badan letih. Tidur tak lena. Stres mental dan fizikal.

Akibatnya, ada yang terkena anxiety dan depression.

Teh daun soursop bantu legakannya.

13. Redakan Cirit Birit

Satu biji soursop bersaiz biasa ada 83% daripada keperluan harian fiber.

Menjadikannya buah ideal untuk sistem usus lancar.

Dikenali sebagai pelawas semulajadi.

Yang kerap sembelit boleh makan isinya.

Soursop juga bantu perlahankan penghadaman.

Dan kekalkan paras gula dalam darah pada kadar normal untuk elak craving.

Inginkan tips elak craving? INI 21 TIPS ELAK CRAVING!

14. Punyai Indeks Glisemik Rendah

Soursop ni satu keluarga dengan apple custard.

Punyai GI rendah iaitu 32.

Lebih rendah berbanding epal.

Kalau apple custard ni GI sederhana.

Soursop sediakan lebih kurang 630mg potassium untuk kawal tekanan darah.

Bagus untuk dijadikan pre-workout snek.

Bantu recovery otot tegang.

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Bahagian OTAK Ini Diaktifkan Ketika Anda Traveling!

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

Scroll to Top
0