Ketahui 9 ‘Bahaya’ Roti Putih Ramai Yang Tak Sedar

Ketahui fakta ni.

Putih itu menjadi kegilaan ramai.

Sekarang ni semua nak putih. Bukan setakat putih muka dan gigi

Bayangkan.

Kita mungkin berumur awal 30an.

Umur setahun jagung.

Tetapi, organ dalaman kita mungkin berumur 60an.

Nak tahu? Buat health checkup.

Kenapa jadi macam tu?

Akibat kerosakan yang berlaku hasil dari apa yang kita makan setiap hari

Kalau bab makanan, tak sah kalau tak pekena.

Roti putih, nasi putih, tepung putih dan gula putih.

Saya panggil sebagai 5P.

Baca: 5P Yang Perlu Elak Dalam Makanan

ketahui

1. Tinggi Indeks Glisemik

Roti putih adalah makanan ‘red light’.

Kalau boleh, elak.

Nak pastikan warna putih roti.

Pengilang keluarkan bahagian germ dan juga bran. Tinggal endosperm je

Bahagian tinggi nutrisi.

Serat, mineral dan vitamin dibuang begitu saja.

Nilai GI bagi roti putih adalah sekitar 75 ke atas

Kalau tepung putih nilainya cecah 90.

Baca: 21 Tips Mudah Elak Craving

2. Kenaikan Gula Mendadak

Makanan tinggi Gi akibatkan kenaikan gula.

Secara mendadak.

Risiko untuk tekanan darah tinggi.

Berlaku sindrom ‘insulin resistance’.

Ketidakupayaan insulin untuk bertindak balas dengan paras glukosa tinggi

Roti putih adalah sumber simple carbs.

Gula cepat diserap masuk ke dalam salur darah.

Ini juga membuka pintu gerbang penyakit kencing manis.

3. Naikkan Rasa Lapar

Simple carbs bekalkan tenaga segera.

Buatkan perut tak rasa kenyang. Sebaliknya ketagih dan inginkan lagi

Baca: Kenapa Kerap ‘Craving’ Makanan Manis & Karbo Ringkas?

Roti putih ada jumlah fiber rendah.

Buatkan kita lebih cepat lapar apabila paras gula berkurang

Bila makan, kita makan 2 kali ganda lebih banyak.

Risikp overweight dan obes.

Sebab itu kena elak makanan seperti:

    • Fastfood

    • Gula putih

    • Pasta putih

    • Pastri

    • Air bergas

bahaya

4. Tinggi Risiko Penyakit Kardiovaskular

Kerap makan roti putih boleh naikkan risiko.

Untuk kena penyakit kronik.

Dalam kajian yang dibuat di Itali pada tahun 2021:

Diet tinggi roti putih, pasta putih dan tepung putih dalam kalangan wanita

Akibatkan risiko penyakit jantung sebanyak 2 kali ganda.

Lonjakan glukosa buatkan otot jantung terpaksa kerja lebih kuat.

Ni ramai tak ketahui.

Dalam tepung nak buat roti putih ada gliadin.

Sejenis protein GMO yang tingkatkan selera makan makanan tinggi karbo

Baca: 18 Khasiat Granola Untuk Jantung Sihat

5. Pemicu Masalah Perut

Perasan tak.

Lepas makan roti putih. Perut mula buat bunyi.

Rasa bloated.

Juga penyebab sembelit, kembung perut dan asid refluks.

Ikut pakar pemakanan di AS.

Anak kecil berumur 2 tahun kebawah dilarang sama sekali untuk disuapkan roti

Kenapa?

Roti putih penyebab gangguan pembentukan dan fungsi normal sistem imun

Tapi ketahui lah.

Saya tengok zaman sekarang. Umur tak sampai setahun.

Dah bagi makan biskut tawar.

Roti putih bahaya kerana:

    • Otak jadi ‘foggy’.

    • Cepat berasa letih walaupun dah makan.

    • Risiko penyakit akibat bahan kimia untuk lunturkan tepung.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top