16 Khasiat Buah Ciku Di Sebalik Manis Luarbiasa

Padu ni kalau dapat makan yang fresh dari pokok.

Buah manis leting.

Nama tempatan, ciku. Nama Inggeris, sapodilla.

Sebiji sudah memadai.

Ciku terkenal kerana tinggi fiber untuk sistem usus sihat.

Vitamin C untuk kolagen dan sistem imun.

Buah ni ada tannin – bantu atasi masalah ceri beri dan buasir.

Ada vitamin B3 atau niacin.

Di mana 100g ciku ada jumlah niacin lebih tinggi berbanding 100g avocado.

B3 bantu lindungi sistem saraf dan usus. Juga bantu jaga kulit.

Ada jumlah copper cukup tinggi.

Untuk tumbesaran otak dan hasilkan sel darah merah baru dan sihat.

BACA: 10 KHASIAT POWER LIMAU MADU PERLU TAHU

Buah ciku ni tak boleh makan banyak.

Sebab ia agak tinggi gula seperti sukrosa dan fruktosa.

Kalau yang ada diabetes.

Elak atau ambil sedikit saja. Tapi itulah kadang kala tak boleh kawal.

Kandungan gula bertindak sebagai energy booster.

Sesuai juga untuk anak kecil dan ibu hamil.

Yang perlukan banyak tenaga.

Buah ciku juga kaya vitamin E – bikin kulit glowing.

Lembapkan pH kulit.

Bantu hapuskan radikal bebas penyebab kulit cepat menua.

BACA: 15 ‘KHASIAT UNIK‘ LIMAU CITRON (KERAT LINTANG)

Ramai tak tahu.

Biji ciku ni boleh ditumbuk dan dijadikan pes.

Untuk atasi masalah rambut.

Yang keras dan kasar. Bijinya bantu lembapkan.

Rangsang pertumbuhan rambut.

Nak lagi padu, campur dengan castor oil.

Lumur pada rambut dan kulit kepala berkelemumur.

Buah ciku kaya serat – bantu seimbangkan paras asid perut.

Selain elak sembelit.

Dan cegah risiko jangkitan bakteria pada usus.

BACA: 8 KHASIAT LUARBIASA LIMAU PURUT

Ciku kaya mineral.

Magnesium, selenium, zat besi, fosforus dan kalsium.

Untuk pertumbuhan tulang sihat dan kuat.

Rendahkan risiko terkena arthritis (sakit sendi) dan osteoporosis.

Selain vitamin A.

Untuk perlahankan penuaan.

Tahap anti oksida dalam ciku berpotensi sebagai ejen anti kanser.

Terutama kanser usus, oral dan paru-paru.

Ciku termasuk dalam kategori buah ‘anti-inflammatory’.

Cegah gastritis, radang usus dan Sindrom Usus Rosak (IBS).

Magnesium dan potassium juga penting.

Untuk kawal tekanan darah.

Bantu singkirkan lebihan garam dalam darah.

Jom berciku. Menyiku jangan. 

Boleh begitu?

 

 

P/S:

Dapatkan PROMO koleksi buku O.T.A.K sekarang!

Sementara STOK masih ada.

OTAK 2.0 [EDISI BARU]

100 RAHSIA SIHAT ALAMI

60 RESIPI SIHAT

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top