Sakit Sendi? Ini 8 Makanan Atasinya Serta Petua Semula Jadi

Apa 8 makanan atasi sakit sendi? Serta petua semula jadi.

Ramai dok fikir sebab faktor umur.

Tapi sekarang ni belum masuk 40an.

Dah mengadu sakit sana sini.

Makan ubat pun hanya boleh kurangkan sakit.

Bukan kurangkan simptom.

Apakata cuba petua natural?

Melalui makanan dan juga air herba.

Ni rahsia orang tua dulu.

Sebab itu mereka masih sihat walaupun umur dah cecah 80an.

Paku Midin

Paku midin

Pernah makan pucuk midin?

Sejenis paku pakis liar. Sering orang buat ulam.

Tahu tak pucuk midin ni boleh bikin awet muda.

Anti esteoporosis atau anti sakit sendi.

Pucuk midin mudah diserap tubuh. Dan mudah dihadam.

Dengan zat besi dan vitamin A yang tinggi.

Pucuk midin juga bagus untuk mata.

Kalau nak hilangkan lemak, turunkan berat badan.

Kempiskan bumper depan, berdampinglah dengan pucuk midin.

sayur ulam

Ulam ni juga kaya mineral.

Seperti kalium dan fosforus.

Elok untuk legakan cirit birit.

Orang dulu makan pucuk midin untuk cegah gout.

Gout ni boleh serang sendi.

Penyebab rasa ngilu dan ganggu aktiviti harian.

Bagus untuk tulang kuat dan tak rapuh.

Anti kolesterol, cegah hypertension dan sembuhkan luka lebih cepat.

Air Kunyit Dan Halia

air herba anti sakit sendi

Ramai dok mengadu sakit lutut. Sakit kat sendi.

Nak turun bangun solat tak dapat.

Kalau nak try natural remedy.

Boleh cuba minum campuran ni.

  1. 6 sudu serbuk kunyit
  2. 2 sudu serbuk halia
  3. 2 sudu cinnamon ceylon
  4. 1 sudu lada hitam
  5. 1 sudu ginseng (optional)

Caranya:

Campur semua bahan dan masukkan dalam balang kedap udara.

Gunakan 1 sudu besar campuran ni dan masukkan dalam air panas.

Bancuh macam bancuh kopi tu.

Kalau tak boleh nak telan boleh masukkan madu.

Pastikan madu ori. Saya guna Madu Uzbekistan. 

Minum waktu pagi.

Dua tiga dah boleh rasa sakit sendi tu dah berkurangan.

Bolehlah cuba.

Minyak Kelapa

MCT oil

Minyak kelapa ada anti-radang.

Bukan saja elok untuk radang pada sendi.

Tapi juga boleh kurangkan simptom dementia. Atau nyanyuk.

Nak tahu apa lagi khasiatnya? KLIK DI SINI

Selain minyak kelapa, minyak zaitun juga tak kurang hebatnya.

Terutama untuk rawat sendi bengkak.

Perlu dimakan, bukan disapu. Baru kesan lebih padu.

Lemon

lemon

Kenapa lemon elok untuk sakit sendi?

Sebab lemon ada asid sitrik.

Boleh perah dalam air herba. Selain lemon boleh guna limau kasturi.

Selain sakit sendi.

Bantu rendahkan kolesterol. Anjalkan kulit. Singkirkan toksin.

Untuk energy dan immunity booster.

Anggur

anggur

Ini petua orang putih sering guna.

Anggur tak sesuai dimakan oleh ibu hamil.

Walaupun anggur elok untuk sakit sendi.

Tapi jangan risau. Ibu hamil masih boleh ambil buah ni. KLIK DI SINI

Anggur ada pectin.

Untuk kesan lebih padu, campurkan jus anggur dengan serbuk pectin.

Redakan bengkak dan tegang.

Nanas

air herba nanas

Kalau anggur ada pectin. Nanas pula ada bromelain.

Ejen anti-inflamasi.

Kandungan bromelain adalah joint-pain reliever.

Terutama bagi yang ada masalah osteoporosis.

Redakan bengkak serta rasa sakit bagi penghidap osteoarthritis.

Lobak Kuda

air herba lobak kuda

Walaupun horseradish atau lobak kuda ni sering guna untuk rawat sinus.

Ia juga bantu redakan sakit sendi.

Ada ciri antiradang dan anti-bakteria.

Rasa sengal dan sakit otot biasa boleh dikurangkan dengan melumurnya.

Juga elok untuk jangkitan saluran kencing (UTI).

Kekacang

kekacang

Kalau untuk pelincir sendi. Amal makan kacang. Kacang ada lemak baik seperti:

  • EPA
  • DHA
  • DPA
  • Oleic acid
  • Omega-3

Bantu sel OTAK tumbuh. Elak sendi bergesel.

Kacang bekalkan mineral penting untuk anak yang sedang membesar seperti:

  • Selenium
  • Magnesium
  • Fosforus
  • Copper

Anak lebih cepat tangkap apa yang diajar. Lebih fokus dan mudah ingat.

Petua Semula Jadi Legakan Sakit Sendi

Minum air putih secukupnya.

Urut sendi guna minyak.

Buat senaman yoga. Kawal berat badan.

Jaga posisi ketika tidur dan duduk untuk elak lenguh.

Urut sendi guna cuka apple cider.

  • Campurkan 2 sudu makan cuka dengan 1 sudu makan minyak kelapa.
  • Gaul dan lumur pada bahagian yang sakit.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top