13 Khasiat Durian Ramai Terlepas Pandang

Cakap pasai durian.

Yang dijuluki King of Fruits

Dah masuk musim dia dah. Penuh lambakan durian di tepi jalan.

Macam macam jenis ada.

Ada durian kampung. Durian kunyit. Durian ceni. D24. Udang merah. 

Kalau kat sini ada sekurangnya 12 jenis.

Paling padu bila pekena pula durian dengan pulut.

Nak versi sihat sikit

Guna pulut hitam. Santan segar. 
Campur dengan gula kelapa.

Memang merecik! Makan pula masa Raya Haji.

Lagi bahaya kalau sejenis hantu durian.

Sebiji tu memang celah gigi.

Durian ni ada khasiatnya tersendiri.

Ramai terlepas pandang sebab durian ni juga ada side effect dia.

Ni memang lah kalau makan banyak.

Macam makanan lain. Kalau terlebih. Diri merana.

Apakata cuba fokus dekat khasiat yang Raja Buah tawarkan?

Khasiat Durian Ramai Terlepas Pandang

1. Energy Booster

Tahu tak durian ni kaya flavonoids, carotenoids, polyphenols.

Vitamin A dan B6 serta niacin.

Siapa sangka buah berduri tajam ni adalah booster tenaga.

Sebab ada thiamin.

Durian bekalkan 30 peratus thiamin dari keperluan badan.

Kekalkan metabolisma pemecahan karbohidrat untuk tukar kepada tenaga.

Dianggap pre-workout snack yang bagus.

2 ulas durian bekalkan kalori sama dengan sebiji pisang saiz sederhana.

Yang sakan berpesta durian tu eloklah bersenam lama.

Confirm takkan letih punya.

Sekali bakar balik yang terlebih makan tu.

Durian ni tak boleh makan banyak. Nanti bawa mudarat.

Inginkan tubuh badan dan OTAK sentiasa bertenaga dan cerdas?

Pilihan 1 KLIK SINI

Pilihan 2 KLIK SINI

Pilihan 3 KLIK SINI

2. Mood Booster

Durian ni ada trytophan.

Trytophan ni adalah ubat tidur semulajadi.

Ia juga ditukar kepada hormon gembira serotonin untuk mood booster.

Durian juga ada kandungan potassium.

Bantu kawal degupan jantung.

Untuk legakan tekanan stres dan keletihan.

Sebab tu lepas makan durian. Mata celik cerah dan rasa nyaman.

Tapi kalau makan banyak sangat. Badan takleh dok diam.

Macam cacing kepanasan jawabnya.

Tak suka durian? Tapi sukar tidur lena? BACA DI SINI

3. Immunity Booster

Tahu tak yang durian ni juga mampu tingkatkan imuniti badan.

Tapi jika makan berpada pada.

Kalau sekali duduk satu biji durian ditelannya.

Hilang ler nikmat khasiatnya.

Ikut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food.

Durian ada polyphenols.

Sejenis anti oksida power yang bantu sistem imun.

Juga ada kesan probiotik. Baik untuk usus.

Sistem imun yang kuat penting untuk elak diserang jangkitan.

Akibat virus dan bakteria jahat.

Sebab tu penting untuk jaga usus. Macam mana caranya? BACA DI SINI

4. Kuatkan Gigi & Tulang

Ketahanan dan kekuatan gigi serta tulang makin lama makin berkurang.

Tahu tak?

Durian ada kalsium, potassium, vitamin B1 dan B2 untuk ketumpatan tulang.

Serta menguatkan gigi.

Elak jangkitan gusi, plak dan kaviti.

Punyai antioksida aktif seperti polyphenols, anthocyanins, bioflavonoids dan karotenoids.

Sama macam yang dijumpai dalam koko. Teh hijau dengan buahan beri.

Yang tak boleh tahan dengan bau durian. Tapi inginkan khasiatnya?

Apakata cuba Coco OCOC? KLIK SINI

5. Stabilkan Paras Gula Dalam Darah

Khasiat durian untuk stabilkan gula dalam darah ni sebab ada kandungan manganese tinggi.

Durian juga ada indeks glisemik yang rendah berbanding buah tropikal lain.

Tapi kena ingat!

Durian ni juga tinggi glukosa dan fruktosa.

Jadi wajib elak makan berlebihan.

Seulas dua boleh diterima.

Yang ada hypertension dan diabetes kena hati hati bab makan durian.

Durian ni jika makan dalam jumlah sedikit. Boleh turunkan kolesterol jahat.

Sebab ada unsaturated fats. Bukan lemak jahat.

Ada tak buah lain yang tak berbau tapi warna kuning macam durian?

Yang boleh cegah tekanan darah tinggi? Ada KLIK SINI

6. Bantu Penghadaman

Durian ada serat fiber mudah larut yang tinggi.

Vitamin B1 dan B3 untuk usus sihat.

Bagus bagi yang ada susah membuang.

Thiamin dalam durian bantu hasilkan hydrochloric acid dalam usus.

Untuk penghadaman optimal.

Yang ada masalah pedih ulu hati. Perut kerap kembung.

Durian bantu elak usus tersumbat.

Durian juga ada fiber tak mudah larut.

Ni penting untuk yang ada masalah cirit-birit.

Bantu pekatkan bahan buang.

Takde ler setiap 5 minit asyik nak ke tandas. Sampai kena berkampung dalam tu.

Apa lagi cara atasi cirit birit secara natural? BACA DI SINI

7. Potensi Anti-Kanser

Durian banyak dikaitkan dengan merendahkan risiko untuk terkena kanser kolorektal.

Dalam International Journal of Advanced Scientific Research & Development pada tahun 2020 ada kaji:

Durian ada kesan anti-proliferative yang berpotensi untuk lawan HL-60 iaitu sel leukemia.

Kandungan antioksida dalam durian mampu neutralkan radikal bebas.

Yang mendorong pertumbuhan sel kanser.

Dalam kajian menggunakan tabung uji.

Ekstrak durian didapati menghalang bebenang sel kanser payudara daripada merebak.

8. Kurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Kajian banyak cakap pasal pengambilan durian secara berlebihan.

Mampu undang padah diabetes.

Tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.

Tapi jika diambil secara berpada pada.

Durian ni mampu kurangkan risiko kena penyakit kardiovaskular.

Durian ada organosulfur yang bantu hasilkan enzim antiradang.

Power tak power durian ni. Bukan power dari segi bau.

Durian bantu rendahkan protein berlebihan yang akibatkan penggumpalan darah.

Bantu lancarkan aliran darah dan elakkan terkena atherosclerosis:

Pembentukan lemak, kolesterol dan bahan lain di dinding saluran darah.

Menyebabkan berlakunya penyumbatan.

Kajian dalam The New England Journal of Medicine juga mendapati:

Pengambilan durian dalam kuantiti sedikit secara berkala.

Berpotensi rendahkan risiko terkena strok sebanyak 40%.

9. Kawal Tekanan Darah

Masih ramai yang dok anggap durian ni penyebab tekanan darah mencanak naik.

Sebab apa?

Sebab mereka nilah yang dok telan berpuluh puluh ulas durian sekali makan.

Mana taknya darah tak melonjak naik?

Acu cuba makan sikit? Barulah tekanan darah terkawal.

Durian tinggi potassium.

Yang bertindak sebagai vasodilator.

Bantu seimbangkan paras cecair dan garam dalam sel.

Kena faham apabila umur meningkat tanpa jaga makan dan kurang senaman.

Saluran darah iaitu vascular endothelium akan hilang kelenturannya.

Dan sebabkan jantung terpaksa kerja kuat untuk pam darah.

Ni juga boleh akibatkan hypertension.

10. Potensi Anti-Aging

German Research Center for Food Chemistry mendapati:

Durian punyai sekurangnya 44 bau aktif termasuk kombinasi bau madu.

Bau sulfur. Bawang yang dipanggang serta bawang busuk.

Spesis durio zibethinus ni ada sifat anti-aging.

Dan bantu penghasilan hormon gembira iaitu serotonin.

Durian juga kaya vitamin C.

Bantu kurangkan oxidative stress akibat radikal bebas.

Tak suka durian? Jangan risau! Ada 11 lagi pilihan makanan anti-aging BACA DI SINI

11. Potensi Cegah Anemia

Raja segala buah ni juga ada kandungan folat yang tinggi.

Folic acid ni bantu hasilkan haemoglobin dan kekalkannya pada tahap normal.

Kajian banyak kaitkan kekurangan folat dengan hemolytic anemia.

Iaitu kerosakan sel darah merah.

Simptom anemia termasuk ketidakhadaman. Migrain, letih dan anxiety.

Durian juga kaya zat besi dan copper.

Elemen penting dalam penghasilan sel darah merah.

Ingin tahu makanan kaya zat besi untuk cegah anemia? BACA DI SINI

12. Anti-Depressant Semulajadi

Durian secara semula jadinya ada vitamin B6 yang bantu penghasilan hormon serotonin.

Dikatakan boleh redakan stres, tekanan dan kemurungan.

Sebab ada trytophan dan potassium.

Trytophan ditukarkan kepada serotonin dan juga hormon tidur melatonin.

Sekali pekena durian lepas kerja. Fikiran lebih tenang dan relaks.

Kesannya bantu atasi insomnia. Perbaiki kitaran tidur.

13. Bantu Berhenti Merokok

Ni paling padu. Ramai dok tanya cara nak berhenti merokok.

Mungkin boleh cuba durian lepasni.

Durian ada vitamin B6, B12. Ada magnesium dan potassium.

Bahan ni bantu lawan ketagihan nikotin.

Ibarat buku bertemu ruas. Yang mampu berhenti tu semoga istiqamah.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top