24 Khasiat Kunyit – Bukan Rempah Biasa Biasa!

Kunyit sangat gah di mata perubatan tradisional.

Dan makin mendominasi pasaran dunia terutama di negara Barat.

Alhamdulillah, dekat tempat kita.

Kunyit ni belakang rumah pun senang dapat.

Nama sainsnya Curcuma longa

Dipanggil turmeric.

Kalau bahasa Arab dipanggil ‘kurkum

Kalau Hindi ‘haldi

Terima kasih kepada Curcumin.

Satu bahan cukup power untuk kesihatan tubuh.

Bukan sekadar pewarna ayam dan kari.

BACA ARTIKEL BERIKUT:

6 RAHSIA KEHEBATAN KUNYIT RAMAI TAK TAHU

13 RAHSIA KUNYIT HITAM – PERNAH DENGAR?

 

Curcumin ‘Raja’ Antioksidan

Apa yang menarik pada Curcumin ni?

Adalah sifatnya untuk cegah inflammation atau radang

Apa penyebab radang tinggi?

Ada banyak faktor seperti pemakanan tak sihat.

Diet tinggi karbohidrat terutama simple/refined carbs.

Yang jadi kebiasaan hari ini.

Kerap ambil makanan tinggi gula/garam/perasa.

Makanan berproses segera.

Makanan ‘ultra-processed’ yang diawet.

Serta bergoreng dan berminyak juga tak terkecuali.

Faktor lain:

 Pencemaran udara akibat asap kenderaan, kilang dan asap rokok.

Terlalu kuat bersenam juga boleh sebabkan radang.

 

Radang beri banyak masalah;

Jerawat, sakit sendi, sakit kepala, masalah kulit

Hipertension, diabetes, serangan jantung, strok otak, strok jantung, kanser

Cara kurangkan radang ialah ambil anti-inflammatory food.

Selain ambil rempah seperti kunyit dan halia.

Antara sumber yang disarankan oleh Harvard Medical School :

  • tomato
  • capsicum
  • biji labu/ kuaci
  • barli/oat/quinoa
  • minyak zaitun/MCT
  • chia seeds/flaxseeds
  • kacang (almond, pistachio, walnut, gajus)
  • sayur cruciferous (brokoli, bayam, kubis, lettuce)
  • fatty fish (salmon, tenggiri, kembung, tuna, sardin)
  • buah (kiwi, strawberi, blueberi, ceri, oren, buah naga)

Sumber lain seperti kopi tanpa sebarang pemanis.

Dark chocolate 70% keatas.

Kunyit ni ada lebih 50 jenis antioksidan lain selain Curcumin.

Apa kebaikan Curcumin tawarkan?

Ikut kajian dalam jurnal,

Curcumin: A Review of Its’ Effects on Human Health (2017),

Berupaya bantu masalah disebabkan keradangan.

Sindrom metabolik, arthritis, anxiety dan kolesterol tinggi (hyperlipidemia).

Bagi yang aktif secara fizikal.

Aktif dalam senaman, Curcumin bantu legakan muscle soreness

Kajian juga dapati Curcumin sukar diserap tubuh.

Jadi, macam mana nak tingkatkan penyerapan ? Gunakan lada hitam.

 

Curcumin & Piperine

Lada hitam atau blackpepper ada Piperine.

Bila digabungkan bersama, kadar serapan naik 2000%! 20 kali ganda

Nak kesan lagi berganda?

Ambil dua ni bersama minyak kaya unsaturated fatty acid.

Seperti MCT Oil, olive oil, fatty fish (tuna, salmon, tenggiri) dan avocado.

Curcumin juga bagus untuk mata.

Bila umur makin tua, risiko kena penyakit mata ada.

Terutama macular degeneration.

Penyakit ni boleh sebabkan hilang penglihatan.

Bahasa mudah, buta.

 

Kajian dalam jurnal,

Impacts of Turmeric & Its Principal Bioactive Curcumin on Human Health (2023),

Curcumin berpotensi kawal kepekatan glukosa darah.

Perlahankan perkembangan diabetes type 2.

Yang paling padu sekali, dalam banyak banyak rempah.

Kunyit dilabelkan sebagai rempah paling tinggi ORAC value

Iaitu paling tinggi aktiviti antioksidan.

Sangat penting untuk perlahankan penuaan awal.

Dan cegah risiko kanser.

Di mana Curcumin didapati halang proses angiogenesis.

Iaitu proses pembentukan sel darah bagi sel kanser.

Antara sel yang menunjukkan tindakbalas iaitu:

  • Sel colon cancer
  • Sel lung cancer
  • Sel prostate cancer
  • Sel pancreatic cancer

Curcumin dan Alzheimer’s juga dikaji.

Dengan Curcumin menjanjikan potensi besar.

Untuk perlahankan simptom Alzheimer’s.

Curcumin dan senaman juga turut dikaji.

Bila kita buat senaman seperti High Intensity Interval Training.

Atau HIIT boleh tingkatkan respons keradangan.

Bila tinggi, ia boleh halang proses penyembuhan (recovery).

Hasil kajian dapati,

Suplemen Curcumin bantu tingkatkan endurance performance peserta

Peserta juga rasa kurang tegang pada otot otot.

Terutama pada otot bahagian kaki.

Otot juga kurang terdedah kepada risiko cedera.

Curcumin juga beri kesan positif kepada kesihatan mental.

Stress dan anxiety dikurangkan.

Curcumin juga dikaji bersama dengan ubat anti-deppresant fluoxetine

Hasilnya dapati,

Keberkesanan Curcumin untuk kurangkan simptom depression menyamai fluoxetine.

Sungguh powerful bukan?

 

Penemuan di atas semua ni bukan sembang kari ayam.

Ini adalah hasil kajian bertahun lamanya.

Satu nikmat untuk kesihatan ramai antara kita yang tak ambil kisah.

Jadi apa lagi? Jom lah mengunyit.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top