18 Khasiat Nanas Ramai Rupanya Tak Tahu

Berbudi pada tanah. Spesis nanas Samarahan.

Ada lagi satu. Nanas MD2 makin dapat tempat. Sebab manis dan berisi.

Baca Sinar Harian. Ada cakap penanaman nanas ni mampu jana RM80,000 seekar.

Walaupun tanah saya sekangkang kera.

Tetap nak berbudi. Untuk diri dan keluarga. Biar boleh tuai hasil.

Dua spesis ni feveret saya. Buah manis dan rangup.

Nanas adalah antara buah kegemaran saya.

Saya ada tanam di belakang rumah. Dapatlah merasa hasilnya.

Nanas ni makan masa sikit nak berbuah.

Nak tanam ni senang. Bila beli nanas.

Potong bahagian atas. Rambut nanas tu kemudian biarkan beberapa hari.

Bila nampak ada keluar akar tu terus tanam.

Saya suka makan nanas dengan empulurnya. Bahagian banyak khasiat tu.

 

1- Rawat Flu & Batuk

Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh.

Kalau mampu ambillah setiap hari.

Kalau nak tanam pun boleh. Cuma makan masa nak berbuah.

Nanas sarat dengan vitamin C.

Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.

Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

Buatkan kulit terhidrasi dengan baik sebab nanas ni 87% air.

Boleh buat jus campuran nanas dengan madu.

Guna pula madu Uzbekistan 100% asli tanpa sebarang pengawet.

KLIK SINI untuk info terperinci.

2- Kuatkan Gigi & Gusi

Nanas ada jumlah manganese yang ideal untuk kuatkan gusi serta gigi.

Kebersihan gigi dan gusi juga terjaga.

Sebab nanas ada xylitol.

Bahan yang bantu hapuskan bakteria penyebab mulut berbau.

Nanas juga pemutih gigi semulajadi.

Nanas bersifat healing terutama bagi masalah gusi bengkak atau berdarah.

Atau disebabkan jangkitan.

Pastikan ambil nanas yang macam di bawah. Bukan yang dalam tin.

Nanas dalam tin ada jumlah gula dan kalori tinggi.

Sebagai pengguna, apa yang wajib diketahui tentang makanan dalam tin? KLIK SINI

3- Kuatkan Tulang

Nanas ada sejumlah fosforus. Kalsium. Manganese. Zink dan copper.

Bagus untuk kekuatan tulang yang sihat.

Manganese ni badan tidak boleh hasilkan.

Jadi kena ambil melalui pemakanan.

Serta menguatkan tisu penghubung.

Nanas juga bebas lemak. Bebas kolesterol.

Dan punyai jumlah sodium dan gula rendah.

Paling unik, nanas adalah satu satunya spesis daripada keluarga Bromeliad.

Yang hasilkan buah.

Dalam nanas juga ada satu enzim unik iaitu bromelain.

4- Anti-Kanser

Bromelain ni enzim yang bantu lawan inflamasi.

Kesannya sama efektif dengan apabila dadah digunakan.

Nutrisi yang hilangkan keradangan. Kecutkan tumor. Redakan osteoarthritis.

Namun, bukan bermaksud ia boleh sembuhkan kanser sepenuhnya.

Rawatan kanser jauh lebih kompleks.

Nanas boleh diambil sebagai langkah untuk cegah ia daripada berkembang atau merebak.

5- Anti-Obesiti

Nanas ada jumlah vitamin C yang tinggi. Serta asid fenolik dan bromelain.

Semua ni bantu atasi lemak daripada berkumpul.

6- Bantu Pencernaan

Selain tinggi serat fiber untuk lancarkan penghadaman.

Nanas orang guna untuk lembutkan daging.

Nanas juga teman serasi usus manusia.

Usus bahagia terima kunjungan nanas.

Hadirnya nanas hilangkan keluh kesah di usus.

Nanas mudahkan pemecahan makanan dan penyerapan nutrien.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Bahan bantu pecahkan protein.

Menjadikannya ideal untuk buah diet.

Apa lagi makanan bantu penghadaman? KLIK SINI

7- Baiki Penglihatan

Nanas bantu kurangkan risiko degenerasi makular.

Biasanya berlaku apabila masuk series 50an.

Mata jadi kabur. Blur apabila melihat perkataan. Perlu guna lampu lebih terang.

Kajian ada mendapati,

Mereka yang makan 3 hidangan nanas dalam sehari punyai 36% peluang untuk elak penyakit ni.

Berbanding mereka yang makan satu setengah nanas dan ke bawah.

8- Redakan Sakit Sendi

Kandungan bromelain adalah joint-pain reliever.

Terutama bagi yang ada masalah osteoporosis.

Redakan bengkak serta rasa sakit bagi penghidap osteoarthritis.

9- Cegah Tekanan Darah Tinggi

Nanas ada jumlah potassium cukup tinggi untuk bantu kawal tekanan darah.

Elak kenaikan mendadak sebabkan rasa ingin pitam.

Pesakit yang ada hypertension juga boleh makan nanas.

Sebab nanas rendah kandungan sodium.

Bagi yang obese. Nanas bantu baiki tekanan darah dengan menurunkan berat.

Nanas juga kaya copper.

Iaitu mineral penting dalam penghasilan sel darah merah.

10- Kurangkan Risiko Gumpalan Darah

Nanas tingkatkan aliran darah. Elak risiko strok. Serangan jantung.

Tinggi sumber anti-coagulant.

Elak darah bergumpal. Bantu leraikan balik darah yang telah tergumpal.

11- Legakan Muntah

Nanas ada vitamin B6. Bagus untuk kurangkan rasa ingin muntah.

Ingin muntah boleh berpunca daripada masalah ketidakhadaman.

Nanas kaya enzim pencernaan.

Bantu cerna makanan. Tidak meninggalkan perut terasa berat atau terlalu kenyang.

Bantu rawat ulcerative colitis.

Iaitu keadaan di mana kolon dan rektum alami keradangan.

12- Energiser Semulajadi

Nanas ada kandungan vitamin B6, thiamin dan manganese yang tinggi.

Mereka ni bantu penghasilan tenaga.

Kalorinya yang rendah menjadikan badan bertenaga.

Badan boleh jadi letih akibat kurang sel darah putih dalam badan.

Sistem imun merosot.

Mudah jatuh sakit.

Nanas bantu tingkatkan jumlah granulocytes.

Apa dia granulocytes?

Basophils. Eosinophils dan Neutrophils adalah sel darah putih.

Bantu lawan virus dan bakteria jahat.

Makanan ni bantu naikkan sel darah putih? KLIK SINI

13- Legakan Stres

Cara mudah stabilkan mood ialah dengan tingkatkan hormon serotonin.

Hormon penting di dalam OTAK dan otak kedua manusia – usus.

Serotonin penting untuk memori.

Selera makan dan sakit juga dipengaruhi serotonin.

Apabila suhu badan meningkat serotonin juga berperanan.

Untuk tingkatkan serotonin perlu naikkan typtrophan.

Typtophan ada dalam nanas.

14- Cegah Lupa

Menurut Experimental Neurology, bromelain boleh menghalang berlakunya Alzheimer’s.

Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

15- Rawat Kulit Muka

Nanas ada AHAs. Iaitu asid askorbik dan bromelain.

Yang bertindak sebagai exfoliator semulajadi.

AHAs banyak digunakan dalam produk skincare untuk kulit muka.

Bantu kurangkan bintik hitam di muka. Untuk kurangkan jerawat.

Redakan inflamasi pada muka.

Yang akibatkan merah, bengkak atau pedih.

Vitamin C and beta carotene dalam nanas mampu kurangkan garis halus dan kedut.

Untuk kulit awet muda.

16- Elak Keguguran Rambut

Satu petua yang boleh digunakan untuk rawat masalah rambut gugur.

Adalah dengan campurkan pes nanas dengan yogurt.

Lumurkan pes pada bahagian kulit kepala. Biarkan seketika.

Kemudian bilas.

Rambut kering juga disebabkan kurangnya vitamin C dan air dalam badan.

Nanas bantu kembalikan hidrasi pada rambut.

Kalau untuk bibir kering. Ambil jus nanas dan campurkan dengan olive oil.

Letakkan pada bibir setiap malam sebelum tidur.

Kesan boleh dilihat seawal seminggu.

17- Percepat Penyembuhan Otot

Dikenali sebagai post-workout powerhouse.

Sembuhkan kecederaan ringan dengan lebih cepat. Sebab nanas kaya vitamin C.

Salah satu peranan vitamin C ni untuk pertumbuhan dan baiki tisu.

Bromelain dalam nanas ni bantu cerna protein.

Elak inflamasi pada bahagian yang terkesan akibat cedera.

18- Elak Jerawat Bintil

Ni jenis jerawat yang bintil kecil tu. Orang panggil jerawat pasir.

Kenapa nanas ni bagus untuk jerawat berbintil?

Sebab ada alpha-hydroxy acid.

Fungsinya bantu perlahankan proses kematian sel.

Justeru lambatkan penuaan.

Kalau nak mudah. Kisar nanas dan minum sekali dengan fiber.

Boleh juga lumurkan jus pada bahagian muka yang ada bintil.

Biarkan selama 5-7 minit.

Padu bukan?

Ramai tak suka makan nanas.

Yang orang duk ingat selalu. Nanas ni boleh akibatkan keguguran.

Sisi buruk lebih diuar-uarkan berbanding sisi baik.

Lepas ni bolehlah berbaik baik dengan nanas.

Boleh begitu?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

Scroll to Top