6 Khasiat Utama Ketam Bunga Ramai Tak Tahu

Tiap kali dok pekena ketam masak lomak cili padi tu.

Pernah terbayang tak khasiat ketam?

Siapa sangka.

Ketam bunga sumber tinggi Protein antara yang terbaik!

Protein penting untuk bina dan kekalkan jisim otot.

Ketam bunga juga kaya Omega-3, Selenium dan vitamin B12

Omega-3 dalam isi ketam berbeza dengan Omega-3 dalam minyak dan sayur.

Omega-3 dalam ketam boleh terus digunakan tubuh tanpa diproses

Bantu cegah risiko pelbagai penyakit.

Bantu lindungi kesihatan jantung. Bantu perkembangan OTAK.

Isi ketam tinggi Selenium – bertindak sebagai antioksidan

Untuk sistem pertahanan tubuh. Cegah kerosakan tisu dan sel.

Isi ketam ada 3x dan 12x ganda lebih tinggi Selenium

Daripada ikan cod dan daging

Vitamin B12 atau Riboflavin tubuh perlu untuk hasilkan sel darah.

Penting untuk tumbesaran normal.

Bantu tingkatkan serapan iron dalam usus.

Lancarkan blood circulation.

Selain vitamin B12

Isi ketam juga kaya Phosphorus dan Copper

Deme ni turut sama bantu proses serapan, simpanan dan metabolisma iron.

Selain bantu menguatkan tulang.

Ketam dalam diet harian juga bantu boost mental clarity.

BACA 4 PETUA MUDAH PILIH UDANG SEGAR

Macam mana tips pilih ketam berisi?

1. Pilih ketam betina berat. Ketam betina ni bulat. Sepit pendek.

2. Elak beli yang ringan. Bila tekan macam berlohong.

3. Ketam betina punyai segi tiga besar pada bawah perut.

4. Ketam jantan ada segi tiga kecil dan runcing.

 

Ini juga petua untuk tahu sama ada ketam ni fresh atau tak.

Tengok warna cengkerang. Kalau ketam bunga, pastikan warna kebiruan.

Segi tiga bawah perut ketam mesti melekap. Bukan terkopek.

Ketam pula kena cukup sifat. Tak angkat lagi sepit dah tercabut.

Itu tandanya ketam lama. Bau pun kenalah bau air laut. Bukan hanyir semacam.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Strok Haba: Senyap Tapi Bahaya! Ramai Tak Sedar Bila Badan Dah “Overheat”

Scroll to Top