Kombo Makanan Sihat Serta 8 Kebaikannya

Kombo makanan sihat atau ‘food synery’.

Nak tahu tak?

Ini bukan kombo ayam kedai atok. Bukan kombo kedai maskot badut

Ini kombo sumber makanan semula jadi.

Apabila digabungkan, khasiat maksimal dibekalkan untuk tubuh badan.

Badan umpama kereta.

Nak pastikan ia bergerak laju, kenalah bubuh minyak.

Sama juga manusia.

Nak teruskan hidup. Bebas penyakit.

Kena bubuh makanan elok untuk tubuh dan otak

Sebab itu saya keluarkan buku 60 Resipi Sihat ni.

Resipi yang diubahsuai ke arah lebih sihat dan bebas 5P’s.

8 Kebaikan Ditawarkan:

1. Lancarkan penghadaman.

2. Tingkatkan penyerapan nutrien.

3. Elak makanan tertapai dalam usus.

4. Elak ‘bloating’ dan ketidakselesaan perut.

5. Kekalkan berat badan ideal.

6. Elak terhasilnya lebihan asid perut.

7. Kurangkan asid refluks.

8. Elak pembentukan toksin.

7 Kombo Makanan Power:

.

.

1. Avokado & Tomato

Sedap dibuat salad.

Atau buat sandwich. Boleh tambah protein telur.

Monosaturated fat dari avocado.

Bila dicampur dengan cancer fighting lycopene dalam tomato.

Jadi 4 kali ganda lebih power!

nak tahu

2. Tomato & Buah Zaitun

Anti oksida lycopene untuk jantung sihat.

Cegah masalah penglihatan dan rendahkan risiko kanser kolon.

Digabungkan dengan buah zaitun.

Kaya lemak mono tak tepu yang bantu lycopene diserap dengan lebih efektif lagi.

kombo

3. Kekacang & Brown Rice

Brown rice ada methionine untuk bantu lawan lemak.

Kekacang ada lysine – asid amino untuk hasilkan sel dan tumbesaran.

Boleh tambah rempah.

Seperti buah pelaga, kulit kayu manis atau cengkih.

4. Telur & Tomato

Vitamin C dalam tomato bantu penyerapan zink dalam telur.

Padat dengan lycopene.

Rendahkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Makan ketika waktu pagi.

5. Bayam & Kacang Kuda

Karbohidrat, zat besi dan fiber dalam kacang kuda.

Ni serasi bersama kalsium dan vitamin C dalam bayam.

Kacang kuda ada raffinose.

Bantu pencernaan nutrien agar diserap oleh sel.

Rendahkan kolesterol.

Makanan rendah indeks glisemik. Dicerna perlahan.

6. Telur & Bayam

Kajian dapati.

Mereka yang amal makan telur dan bayam secara konsisten.

Mampu serap anti oksida dan carotenoid.

9 kali ganda lebih banyak!

Resepi paling mudah dibuat iaitu omelet bayam.

makanan sihat bayam telur

7. Daging & Bawang

Lebih dikenali sebagai ‘steak’.

Bawang bantu tubuh serap zink dan mineral lebih banyak.

Tapi yang ada thalassemia.

Kalau boleh, elak sebab tinggi zat besi.

Steak biasa guna daging lembu.

Kaya protein untuk fungsi tenaga dan otot.

kombo steak

.

.

.

P/S:

Siapa cakap makanan sihat tak sedap?

Buku 60 Resipi Sihat keluaran Dr Rizal kini dilancarkan!

KLIK DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top