Pegang 5 Tabiat Ni Untuk Stay Fit!

Ramai yang cakap,

Susah nak maintain gaya hidup sihat.

Nak makan sihat. Nak bersenam. Tak konsisten.

Untuk aku, susah bila tiada ilmu bab kecergasan. Bab makan.

Dulu aku pun selalu langgar dinding.

Maklumlah masa muda. Tiada pengalaman.

Ibarat kelapa muda tiada berminyak.

Tapi aku belajar. Dan terus belajar sampailah sekarang.

Sebab ilmu itu luas. Tiada penghujungnya.

Sihat dan cergas memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Makanan dekat Malaysia pula PERGHH!

Pelbagai jenis lauk pauk. Berkuah berlemak berminyak semua ada.

Namun, kena sentiasa istiqamah.

Jangan makan berlebihan.

Ingat rutin Nabi iaitu berhenti makan sebelum kenyang.

Macam mana nak kekal cergas dan sihat.

Cara MUDAH dan SENANG.

.

.

.

1- Sebelum makan, minum air terlebih dahulu

Aku pernah tengok orang Jepun makan.

Setiap kali nak makan.

Mesti mereka akan minum segelas air terlebih dahulu.

Lepastu, mereka makan tanpa minum air.

Tunggu dalam 10 minit.

Baru lah mereka akan minum satu gelas air.

Elakkan tabiat makan sambil makan.

Kalau tak perut kembung.

Kenapa ya agaknya?

Ni sebab bila minum air dulu sebelum makan.

Perut akan berasa lebih kenyang.

Jadi bila makan tu takkan makan secara berlebihan.

Minum air 15-20 minit sebelum makan ni bantu sistem penghadaman.

.

.

.

2- Bersederhana dalam pemakanan

Bila makan ni kena bersederhana. Kenapa?

Sikap semasa makan menunjukkan akhlak diri.

Bersederhana ketika makan sangat bagus.

Kerana perut tak dapat tampung segala jenis makanan dalam satu masa.

Boleh cuba makan 5 kali sehari. Dalam kuantiti sederhana.

Elak diet tinggi gula putih. Tinggi garam dan minyak.

Lebihkan fiber. Dan protein.

.

.

.

3- Jangan malas untuk bergerak

Ni memang paling penting.

Macam mana nak kekal cergas kalau bergerak pun malas.

Tak perlu habiskan berjam jam di gim.

Kekal aktif dan produktif di tempat kerja.

Jangan jadikan kerja satu alasan.

Sebab ramai orang di luar sana yang boleh bahagikan masa antara kerja, family dan diri sendiri.

Kena buat jadual. Bijak urus masa.

Kalau kat rumah kena produktif.

Contohnya sidai kain, mop lantai, siram pokok, kemas rumah.

.

.

.

4- Kurangkan gula, garam dan minyak

 

Gula dan garam.

Sang saka putih yang perlu dijauhkan.

Sila rujuk bawah:

https://neuroversiti.com/1001-fakta-gula-putih/

Banyak tersembunyi dalam bahan harian seperti kicap.

Minuman kotak seperti jus buah.

Kenapa?

Ketahuinya di https://neuroversiti.com/bahaya-minum-jus-buah/

Makanan dalam tin juga adalah tempat persembunyian dua beranak di atas.

Terokai kisahnya di:

https://neuroversiti.com/apa-anda-perlu-tahu-tentang-makanan-dalam-tin/

Namanya pelbagai.

Had garam seharian sepatutnya kurang dari satu sudu teh.

.

.

.

5- Konsisten dalam senaman dan pemakanan

Jadikan senaman tu sebahagian daripada hidup.

Cari waktu yang sesuai untuk bersenam.

Tak perlu lama.

Cukup 15-30 minit sehari pun dah kira OK.

Dari segi diet.

Mulakan secara perlahan untuk elak simptom withdrawal.

Bila dua-dua ni seimbang.

Calorie in calorie out.

Maka tubuh badan kita pun akan meningkat tahap kesihatan dan kecergasan.

.

.

.

Kesimpulannya,

Mula-mula nak amalkan 5 tabiat ni memang susah tapi ingat!

Practice makes progress

Jadi, cuba yang terbaik untuk baiki hidup dengan menjaga tubuh badan.

Mereka yang mengamalkan makan secara sihat dan kerap bersenam.

Akan punyai sistem pertahanan badan yang lebih kuat.

Stay safe. Stay healthy. Say fit.

.

.

.

P/S:

Tuan puan ingin kenalpasti bahagian OTAK yang mungkin bermasalah?

Serta cara untuk atasinya?

Klik https://neuroversiti.com/tips/ untuk ketahuinya

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top