10 Resipi Mudah Guna Susu Kambing

Susu kambing boleh juga guna dalam masakan.

Tak semestinya susu lembu jer.

Kalau mampu, guna susu kambing organik.

Teksturnya lebih pekat berkrim. Baunya agak kuat tapi boleh tahan.

Khasiat lagi padu berbanding susu kambing dalam kotak.

Ikut kajian terbaru, ini dia 17 KHASIAT SUSU KAMBING  ramai yang tak tahu:

Mee Kari Nyonya OCOC kini KEMBALI LAGI! Stok TERHAD!

Berminat? KLIK DI SINI

1. Waffle Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur

  • 2 cawan tepung wholewheat

  • 1 3/4 cawan susu kambing

  • 1/2 cawan minyak sayur

  • 4 sudu teh baking powder

  • 1/4 sudu teh garam

  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila

  • 3 sudu makan mentega susu kambing

  • 1/2 cawan buah segar

  • 1/4 cawan kekacang dipanggang

  • Secubit serbuk kayu manis.

Cara-cara:

  1. Panaskan waffle maker. Pecahkan telur dan pukul sehingga berbuih.
  2. Pukul tepung, susu kambing, baking powder. garam dan ekstrak vanila dalam mangkuk. Apabila menjadi bater lembut, letak tepi.
  3. Sapukan mentega atau minyak untuk elak melekat.
  4. Tuangkan satu senduk bater ke dalam waffle maker dan tutup.
  5. Biarkan selama 4-6 minit (sehingga butang merah bertukar hijau).
  6. Untuk topping, letakkan mentega, buah, kacang, madu dan serbuk kayu manis.

2. Keledek Lenyek Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 4 biji keledek manis

  • 1/4 cawan kekacang yang dicincang halus.

  • 1/2 cawan susu kambing

  • 2 sudu makan mentega susu kambing

  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis

  • 1/4 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
  2. Tuskan. Letakkan keledek ke dalam mangkuk.
  3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
  4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu.
  5. Hidangkan bersama kacang yang dicincang tadi.

Apa khasiat gula kelapa ramai tak tahu? BACA DI SINI

3. Cinnamon Rolls Susu Kambing

Bahan-bahan:

Rolls:

  • 1 cawan susu kambing

  • 1/2 cawan mentega susu kambing (dicairkan)

  • 3 1/2 cawan tepung wholewheat

  • 1/2 sudu teh garam

  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

  • 1 paket yis

  • 1 biji telur

Inti:

  • 1/2 cawan mentega susu kambing (dicairkan)

  • 2 sudu teh serbuk kayu manis

Frosting:

  • 2 sudu teh ekstrak vanila

  • 4 sudu makan susu kambing

Caranya:

  1. Panaskan susu kambing dan 1/4 mentega dalam microwave selama 1 minit.
  2. Sejukkan.
  3. Campurkan tepung, gula kelapa,garam dan serbuk kayu manis dalam mangkuk berasingan.
  4. Masukkan susu suam tadi ke dalam dough mixer. Masukkan yis dan kacau selama 10 minit.
  5. Masukkan bahan kering tadi. Selepas itu masukkan telur dan kacau selama 5 minit.
  6. Uli doh tadi menjadi bentuk bola.
  7. Biarkan ia mengembang selama 1-2 jam.
  8. Gulungkan doh tadi jadi bentuk segi empat. Potong doh setebal 1/4 inci.
  9. Beruskan mentega susu yang dicairkan ke atas doh. Taburkan serbuk kayu manis dan gula kelapa.
  10. Gulungkan doh menjadi bentuk rolls.
  11. Biarkan mengembang selama 25 minit.

Untuk membakar:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 degree Celcius.
  2. Bakar rolls tadi selama 25-30 minit sehingga keperangan.
  3. Untuk frosting, pukul gula kelapa, ekstrak vanila, dan susu kambing.
  4. Setelah siap bakar, titiskan frosting tadi.
  5. Sedia untuk dihidang.

4. Mac & Cheese Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makaroni (wholemeal)

  • 2 sudu makan mentega susu kambing

  • 2 sudu makan tepung wholewheat

  • 1 cawan air rebusan stok ayam

  • 1/2 cawan keju susu kambing (cheddar)

  • Secubit garam

  • Secubit lada hitam

  • Campuran herba (cayenne, paprika, flakes lada merah)

Cara-cara:

  1. Rebuskan makaroni dalam air mendidih.
  2. Cairkan mentega. Masukkan tepung. Pukul selama beberapa minit.
  3. Masukkan stok ayam sehingga memekat.
  4. Masukkan keju yang telah diparut dan kacau sehingga melekit.
  5. Taburkan garam dan lada hitam serta herba cukup rasa

Dapatkan resipi sihat menggunakan gula kelapa BACA DI SINI

5. Puri Bunga Kubis Kunyit Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 4 cawan stok sayur

  • 1 cawan susu kambing

  • 1 jambak bunga kubis (dicincang)

  • 1 biji bawang besar (dicincang)

  • 1 susu makan halia (disagat)

  • 2 ulas bawang putih (dihancurkan)

  • Separuh lemon (ambil jus)

  • 1 sudu makan mentega susu kambing

  • 2 sudu teh serbuk kunyit

  • 1 sudu teh garam laut

  • 1/4 sudu teh cayenne

  • Daun ketumbar (diracik halus)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven suhu 230°. Masukkan bunga kubis ke dalam baking tray ditutup dengan aluminium foil.
  2. Taburkan minyak kelapa dan masukkan ke dalam oven selama 20-25 minit 9(sehingga kuning keemasan).
  3. Masukkan mentega susu kambing dalam periuk. Diikuti bawang besar, halia, bawang putih, garam. serbuk kunyit dan serbuk cayenne.
  4. Masak selama 10 minit guna api perlahan.
  5. Masukkan stok sayur dan rebus selama 5 minit. Masukkan bunga kubis tadi.
  6. Kemudian, masukkan susu kambing dan jus lemon. Didih selama 5 minit.
  7. Masukkannya ke dalam blender dan kisar sehingga menjadi puri.
  8. Hidangkannya bersama daun ketumbar.

6. Matcha Latte Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu kambing

  • 1 sudu teh serbuk teh hijau matcha

  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Masukkan serbuk teh hijau matcha ke dalam gelas atau cawan tahan panas.
  2. Tuangkan air panas ke dalamnya. Kacau selama 2 minit.
  3. Masukkan susu kambing dan kacau sehingga bertukar hijau susu.
  4. Masukkan madu atau gula kelapa ikut selera.

Boleh diminum panas ataupun sejuk.

Dapatkan resipi mudah & sihat menggunakan cacao BACA DI SINI

7. Krimer Kopi Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk susu kambing (organik)

  • 1 1/2 sudu teh ekstrak vanila asli (berbatang)

  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-cara:

  1. Kisarkan serbuk susu kambing, gula kelapa, ekstrak vanila dan kayu manis sehingga mencapai tekstur serbuk.
  2. Kemudian, masukkan MCT oil dan gaulkan selama 2-3 minit.
  3. Masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalm peti sejuk atau kabinet.
  4. Tahan selama 3 bulan.

8. Smoothie Hijau Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu kambing

  • 3 cawan bayam, seleri dan timun (dicincang halus)

  • 1 biji epal hijau (dipotong dadu)

  • 1 biji avokado (dibuang biji dan dikupas kulit)

  • 1 biji pisang (dipotong dadu)

  • 1/4 cawan ais.

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Kisarkan.
  2. Tuangkan ke dalam gelas atau mangkuk.
  3. Boleh tambah bijirin seperti barli, oat, chia seeds dan kekacang.

9. Flourless Kek Coklat Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega susu kambing

  • 1 bar dark chocolate (dipatahkan jadi ketulan kecil)

  • 6 biji telur

  • 2 sudu makan ekstrak kopi asli

  • 1 sudu makan ekstrak vanila

  • 1/3 cawan serbuk cacao asli

  • 1 cawan tepung badam

Cara-cara:

  1. Panaskan oven suhu 175°. Letakkan parchment paper dalam springfrom tray. Lumurkan tepi tray dengan mentega yang dicairkan.
  2. Cairkan serbuk cacao dan mentega guna kaedah double boiling.
  3. Asingkan kuning telur. Pukul putih telur selama 5 minit. Masukkan 1 sudu makan gula kelapa. Pukul lagi selama seminit.
  4. Selesai yang ni. Pukul kuning telur selama 5 minit. Masukkan gula kelapa dan pukul selama seminit. Tambahkan kopi, vanila dan gaulkan. Tambah mentega cair dan serbuk koko (ditapis). Kacau.
  5. Campurkan kedua-dua tadi dengan tepung badam. Kacau sehingga tiada bintil.
  6. Tuang ke dalam tray. Bakar selama 30-35 minit (cucuk guna toothpick untuk tahu masak ke tak)

10. Smoothie Tropikal Susu Kambing

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu kambing

  • 1 biji pisang

  • 1 cawan nanas (dipotong dadu)

  • 1 cawan mangga (dipotong dadu)

  • 1 cawan air kelapa muda

  • 1 cawan ais

Cara-cara:

  1. Masukkan susu kambing dan air kelapa muda ke dalam blender. Boleh guna serbuk susu kambing.
  2. Kisar selama beberapa saat. Masukkan buah dan ais.

Ingin tahu apa 18 khasiat nanas? BACA DI SINI

 

#DrRizal

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top