Susah Nak Tidur? – Ketahui 7 Tips Ini Untuk Tidur Awal!

Tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan

fizikal dan mental. Namun, ramai yang menghadapi masalah

susah nak tidur malam, akhirnya memberi kesan kepada

produktiviti dan kesihatan mereka.

 

Jika anda sering mengalami masalah tidur,

cuba ikuti tips ini bagi membantu anda

mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti.

1. Tetapkan Rutin Tidur Yang Konsisten

Badan kita mempunyai jam biologi yang mengawal kitaran tidur.

Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari

membantu tubuh menyesuaikan diri dengan pola

tidur yang lebih teratur.

Menurut kajian dari National Sleep Foundation, individu yang

mengekalkan jadual tidur tetap, mempunyai kualiti tidur

yang lebih baik dan risiko insomnia yang lebih rendah.

Cuba elakkan tidur pada waktu siang yang berlebihan

kerana ia boleh mengganggu waktu tidur sihat pada waktu malam.

2. Kurangkan Pendedahan Cahaya Biru Sebelum Tidur

Cahaya biru dari skrin telefon, tablet, atau komputer

boleh menghalang pengeluaran hormon melatonin,

yang penting untuk tidur nyenyak.

Kajian diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism menunjukkan bahawa pendedahan kepada cahaya biru sebelum tidur boleh menunda pengeluaran melatonin dan mengurangkan kualiti tidur.

Sebaiknya, hentikan penggunaan peranti sekurang-kurangnya 30-60 minit sebelum waktu tidur.

3. Persekitaran Tidur Yang Selesa

Suasana bilik memainkan peranan besar dalam

membantu anda tidur lebih cepat.

Pastikan bilik tidur gelap, sunyi dan sejuk untuk

menggalakkan tidur yang lebih lena.

 

Anda juga boleh menggunakan aromaterapi seperti;

minyak lavender yang terbukti membantu rutin tidur yang baik.

Kajian dari Frontiers in Behavioral Neuroscience mendapati

aroma lavender boleh meningkatkan kualiti tidur

dan membantu individu tidur lebih cepat.

4. Kurangkan Pengambilan Kafein & Makanan Berat pada Waktu Malam

Kafein dalam kopi, teh, dan minuman tenaga boleh mengganggu

tidur walaupun diambil beberapa jam sebelum tidur.

Kajian Journal of Clinical Sleep Medicine mendapati bahawa pengambilan kafein sehingga 6 jam sebelum tidur boleh menjejaskan kualiti tidur. Begitu juga dengan makanan berat atau pedas yang boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan susah tidur malam.

Sebaiknya, elakkan kafein selepas jam 4 petang dan ambil snek ringan seperti pisang atau susu suam sebelum tidur.

5. Lakukan Aktiviti ‘Tenangkan Diri’ Sebelum Tidur

Amalan seperti membaca buku, mendengar muzik yang

menenangkan atau melakukan senaman pernafasan

boleh membantu otak dan badan bersedia untuk tidur.

Meditasi dan teknik pernafasan 4-7-8 juga terbukti dapat

mengurangkan stres dan membantu cara tidur lebih awal.

Tahukah anda?

Dalam kajian dari Harvard Medical School menunjukkan

bahawa teknik pernafasan dan meditasi boleh mengurangkan

tahap kortisol (hormon stress) dan membantu tidur lebih lena.

6. Elakkan Tidur Dengan Perut Kosong atau Terlalu Kenyang

Kelaparan boleh menyebabkan anda terjaga

pada waktu malam, manakala makan berlebihan

boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Jadi, pilih makanan ringan yang mengandungi triptofan,

seperti badam atau yogurt, kerana ia membantu badan

menghasilkan melatonin untuk tidur lebih nyenyak.

Menurut kajian dari American Journal of Clinical Nutrition, makanan yang kaya dengan triptofan boleh meningkatkan tempoh dan kualiti tidur.

7. Lakukan Senaman Secara Konsisten

Senaman membantu mengurangkan stres

dan meningkatkan kualiti tidur.

Kajian dari Sleep Medicine Reviews mendapati bahawa; senaman berkala boleh meningkatkan keupayaan untuk tidur lebih cepat dan tidur dengan lebih lena.

Namun, elakkan senaman berat terlalu dekat dengan

waktu tidur kerana ia boleh meningkatkan kadar degupan

jantung dan menyukarkan anda untuk tidur!

 

Kesimpulannya

Dengan mengamalkan tips untuk tidur awal ini,

anda boleh meningkatkan kualiti tidur dan menikmati

kehidupan yang lebih sihat dan produktif.

Tidur yang mencukupi bukan sahaja membantu tubuh berehat

tetapi juga meningkatkan daya tumpuan

dan kecergasan sepanjang hari.

 

Jika masalah susah tidur ini berterusan,

mungkin sudah tiba masanya untuk berjumpa dengan

pakar kesihatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

 

Semoga artikel ini membantu anda untuk mendapatkan tidur

yang lebih lena dan berkualiti setiap malam! 😊

 

ARTIKEL BERKAITAN

4 Rutin Penting Perlu Dilakukan Sebelum Tidur

4 Makanan Tingkatkan Kualiti Tidur Nyenyak

8 Kebaikan Ambil Minyak Zaitun Extra Virgin Sebelum Tidur

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Kelebihan Sayur Taugeh Ramai Tak Tahu!

Ini 5 Khasiat Timun Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Ketahui 11 Makanan Karbohidrat Yang WAJIB Anda Tahu!

17 Makanan Tinggi Serat Anda Perlu Ambil

Hati-Hati! Ini 7 Makanan Tinggi TIRAMIN Anda Perlu Tahu

Ini 9 Makanan Tinggi Vitamin A

Scroll to Top