4 Tips Elak Terbeli Makanan Membahayakan Kesihatan

4 tips ni wajib kena buat.

Bila pergi beli belah di supermarket.

Kena scan dulu setiap bahan yang ada pada produk.

Bukan setakat cari logo Halal.

Halal tak semestinya sihat.

Ini 4 tips elak terbeli makanan tidak elok untuk kesihatan:

4 tips: added sugars

1) ADDED SUGARS

Yang ini memang ada dalam hampir kesemua jenis makan dijual.

Nak manis punya pasal.

Gula ringkas untuk naikkan selera. Buatkan lidah nak lagi.

Sekali beli, nak lagi.

Mastermind di sebalik semua ni – gula putih.

Kalau kena beli juga, cuba cari makanan yang added sugars 5g dan kebawah.

Paling banyak pun tak lebih 10g.

Kalau perkataan ada tulis ‘-ose’ tu gula lah tu.

  • high-fructose corn syrup
  • invert sugar
  • lactose
  • malt syrup
  • maltose
  • raw sugar
  • sucrose
  • crystalline fructose
  • dextrose
  • evaporated cane juice
  • fructose
  • glucose

label: potato chips

2) SODIUM

Kalau nak jemput tekanan darah tinggi. Silakan ambil sodium.

Jumlah garam setiap hari tak boleh lebih 2300mg.

Lagi rendah lagi elok.

Tahu tak 70% jumlah garam harian adalah daripada makanan berproses.

Makanan yang kita dok beli di kedai.

Di pasar raya. Di gerai gerai.

Dekat label, nak tahu kalau itu garam, ada tulis ‘-ate’ dan ‘-ide’.

  • monosodium glutamate
  • sodium citrate
  • yeast extract
  • sodium alginate
  • sodium phosphate

3) LEMAK TEPU

Saturated fats dan trans fats ni sangat tak bagus untuk tubuh.

Kalau dekat label, 5g dan kebawah.

Bolehlah beli kalau terpaksa beli.

Dalam sehari, jumlah saturated fats tak boleh lebih 16g.

Lebih nanti undang kolesterol tinggi.

4) SENARAI PANJANG BERJELA

Macam saya cakap sebelum ni.

Kalau senarai bahan tu panjang dan kompleks. Tak faham.

Contoh, satu pek potato chips ada 25 bahan. Nuget ada 32 bahan.

Tak payah susah susah.

Balik rumah. Guna keledek, sedikit salt and pepper.

Bakar dalam oven. Sedap, sihat dan segera.

Sihat itu jihad. Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top