in

Cute LOL Love OMG

5 Nutrisi Penting Untuk Remaja – Bentuk Otot, Bantu Tidur, Kulit Cantik, Kuat Dalaman dan Jadi Lebih Tinggi.

Semalam masa tengah bercangkul, Hafiey anak sulung datang dekat. Dia tengok aktiviti mencangkul saya. Dalam hati saya dok sebut “Tak nak tolong ke,” tapi suara jer tak keluar.

Dekat lima minit juga saya buat aktiviti solo. Dia perhati jer. Lima minit juga saya rasai nikmat membantung tulang ni. Baharulah faham makna membanting tulang.

Kemudian Hafiey memecah bunyi suara mencangkul saya dengan suaranya.

“Dad.” Pendek sahaja bunyinya.

Saya panggung kepala. Lihat ke atas. Peluh menitis ke tanah. Peluh dari dahi hampir masuk ke mata. Saya sapu peluh itu.

“Yes.” Jawab saya pendek. Saja nak cakap orang putih juga. Baru ada class sikit.

“Do you remember you taught me about nutrition when I was in Year 7 at Wallan’s?”

“Oh time Hafiey nak makan snickers tu ye?” Tanya saya pendek. Cuba kaitkan balik dengan kisah lepas.

“Yes that one!” Balas Hafiey cepat.

Waktu itu saya tinggal di Wallan Victoria Australia. Hafiey dah meningkat remaja. Kira Tingkatan 1 waktu tu.

Nak bawa bekal healthy food pergi sekolah dia rasa malu. Nanti kawan kawan perli. Sebab kawan-kawan bawa macam macam junk food. Kalau makanan lain macam tak geng.

Waktu tu rasa macam nak hancur hati sebab Hafiey nak bawa snickers, energy bar macam kawan kawan. Sedih macam apa yang saya perjuangkan macam hanyut macam plastik bungkusan dalam longkang.

Tak kan nak benarkan. Kalau tak benarkan kena fikir macam mana cara nak counter balik.
Kalau benarkan macam aniaya anak sendiri.

Kalau dia sakit kita juga susah nanti.

Saya mulakan ceramah sikit kat Hafiey waktu tu. Saya kata, “Ya Hafiey ada sikit nilai dalam benda yang Hafiey nak bawa pergi sekolah. But the rest are poison.”

Saya sebut dia perlukan 5 nutrisi penting sebagai remaja. Untuk bantu bentuk otot, bantu tidur, bagi kulit cantik, jadi kuat secara dalaman dan jadi lebih tinggi.

Bila lima ni cukup, dia jadi lebih bagus. Main sukan jadi bagus.

Sebagai remaja waktu tu, saya terangkan Hafiey perlukan:

1. Potassium Penting untuk otot. Baru tak melidi. Nampak muscle sana sini. Dia suka bila sebut bab ada muscle.

Potassium baik untuk tekanan darah. Baik untuk otak apabila tekanan darah stabil. Otak perlukan aliran darah untuk bawa nutrisi. Dia akan jadi smart student. Bab ni pun dia senyum sampai ke telinga.

Masa sebut smart student tu saya tepuk bahu dia. Biar jadi muscle memori. Bab ni ramai orang tak tahu.

Nak dapat potassium kita ambil secara semulajadi dari ubi keledek, pisang dan avocado.

2. Magnesium – Bantu dapat tidur nyenyak. Tidur itu kunci untuk dapat kesihatan otak yang baik. Hadang penyakit dari muncul tanpa diundang.

Ambil secara natural dari kacang pea, almond dan whole grains. Hafiey angguk. Sebab dia suka almond kot.

Satu isu remaja ialah kurang tidur waktu malam. Sebab tu magnesium ni penting. Remaja suka tidur lewat dan bangun lewat. Susah nak ke sekolah.

Siapa yang pernah jadi remaja dan anak remaja tahu sangat bab ni.

3. Vitamin D – Penting untuk sistem imun. Tubuh jadi sihat dan kuat. Masa remaja rasa kuat ni penting.

Vitamin D ni diperlukan oleh Otak. Penting untuk otak.

Sumber dari ikan makeral, kuning telur dan cendawan.

Paling murah dapatkan dari sumber matahari.

Sebab itu pagi buat aktiviti di luar bukan sambung tidur lepas subuh. Hafiey dengar jer time ni. Angguk pun tidak. Mungkin sebab terkantoi tidur lepas subuh waktu cuti sekolah.

4. Kalsium – Cukup kalsium dapat hindar dari tekanan darah tinggi apabila cukup potassium dan magnesium. Perlu untuk gigi, tulang dan jantung. Boleh peroleh dari brokoli. Kalsium diserap apabila cukup vitamin D dalam sistem.

5. Vitamin C Sejenis anti oksida. Bantu bentuk tisu dalam tubuh. Kulit cantik dengan halang sel dari rosak. “Siapa tak nak kulit cantik?” Saya tanya dan lihat Hafiey. “Mesti semua orang nak kan?”

Hafiey angguk lagi.

Bagusnya sumber vitamin C mudah dan banyak di dalam buah dan sayur. Cuma perlu ambil secara konsisten.

Saya kata pada Hafiey “Kalau bawa bekal buah ok jer kan.” Dia macam biasa angguk lagi.

Settle lah ceramah saya. Nak bantu anak saya buat brain based bar sendiri. Ala ala energi bar yang fokusnya pada keperluan nutrisi di otak. Bagi Hafiey bawa bekal.

Bab brain based bar pernah saya kongsi dengan ibubapa masa kelas FUTURE BRAIN dulu. Buat terus masa dalam kelas.

Kalau ada rezeki kita komersilkan.

Nutrisi ini penting untuk damai hidup. Penting untuk hilang serabut. Penting untuk hidup bebas sakit.

Oh ya. Nutrisi ni bukan saja orang remaja saja. Yang rematua macam mak ayah pun penting. Yang bawah dari remaja juga perlu. Senang cerita, penting untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Makan Betik Untuk Dapatkan 33 Nutrien Penting Untuk Tubuh

Nak Kekalkan Motivasi Bersenam? Jom Baca 7 Tips Mudah Ini!