Ada yang tanya,
“Boleh ke berbuka puasa dengan minuman tenaga?”
Ramai tak tahu.
Selain kandungan GULA TAMBAHAN yang cukup mengejutkan.
Aspartame, sucralose, sucrose, high fructose corn syrup, glucose dan inositol.
Minuman tenaga juga punyai jumlah KAFEIN yang tinggi.
Boleh akibatkan degup jantung laju,tekanan darah meningkat.
Paras asid meningkat, paras kalsium berkurang.
Kesan lain seperti insomnia, kejang (muscle twitching).
Sawan, sakit kepala, ketar dan anxiety.
1 tin energy drink sahaja sudah bersamaan dengan 28g gula.
ARTIKEL BERKAITAN: 25 KEBAIKAN MINUM KOPI SEGERA
Ikut kajian dalam jurnal European Society of Cardiology.
Minuman tenaga ada perangsang lain selain kafein.
Perangsang paling biasa digunakan iaitu lebih 50% taurine, lebih 30% glucuronolactone.
Selebihnya, vitamin.
Perangsang lain juga termasuk ephedrine, guarana dan ginseng.
Yang boleh sempitkan saluran darah jantung.
Menyebabkan risiko terkena ‘killer stroke’ meningkat sebanyak 5x ganda!
Selain menyebabkan insulin resistance. Risiko kencing manis.
Bukan ini je.
Kerap ambil minuman tenaga boleh hakiskan gigi.
Enamel menipis dan gigi jadi kuning.
Sebab kandungan citric acid juga tinggi dalamnya.
Energy drinks tak bekalkan elektrolit dan akibatkan efek ‘crash-and-burn’.
Di mana tenaga naik mendadak.
Dan bertahan kurang dari sejam. Kesannya? Badan bertambah letih.
ARTIKEL BERKAITAN: 3 JENIS MAKANAN PENYEBAB ANXIETY WAJIB ELAK
Ini fakta yang perlu Tuan Puan tahu. Energy drinks sebenarnya:
Beri tenaga tambahan
Legakan haus dahaga
Hidrasikan badan
Cegah keletihan
Tingkatkan mood
Apa beza energy drinks dengan sports drinks?
Sports drinks:
- Minuman untuk pulihkan keseimbangan cecair.
- Tujuan cegah dehidrasi terutama selepas intense exercises.
- Saranan terbaik adalah minum AIR PUTIH selepas senaman.
Energy drinks:
- Sering disalah anggap bantu tingkatkan prestasi atletik.
- Padahal ia TAK BAGUS kerana boleh sebabkan dehidrasi.
Jadi, elakkan terus daripada minum energy drinks.
Yang 3-in-1 tu pun mohon jauhkan.
Boleh ganti dengan 4 Minuman Penggalak Tenaga Semula Jadi ni.
Boleh begitu?