Ada yang menghasilkan irama motorbot.
Ada yang keluarkan bunyi lori. Tak kurang juga bunyi seperti bas dan motorsikal.
Ramai beranggapan berdengkur itu biasa.
Ada berkata sekali sekala sahaja. Berlaku sewaktu penat sahaja.
Ada berkata ‘aku peduli apa’.
Berdengkur mudah berlaku apabila tidur terlentang.
Tidur berdengkur bukan tanda tidur sihat dan berkualiti
Ia sebaliknya. Bukan setakat penyebab pencemaran bunyi bagi orang sekeliling.
Berdengkur mungkin tanda ‘sleep apnea’ –
Gangguan tidur di mana nafas terhenti sejenak ketika tidur.
Berdengkur beri kesan negatif kepada kesihatan mental.
Termasuk mengecilkan saiz otak. Cerdiknya menurun.
Berdengkur juga jadikan pendengkur terdedah kepada ‘mati pucuk’.
Masalah berdengkur turut ‘meragut’ nyenyak tidur si pendengkur dan pasangan.
Pengidapnya seolah-olah berlari marathon sepanjang malam
Bangun esok pagi terasa penat sekali
Antara ‘side effect’ berdengkur ialah sakit kepala disebabkan kurang tidur.
BACA 11 TUMBUHAN BANTU TIDUR NYENYAK
Sakit kepala juga disebabkan tekanan darah tinggi dan kurang aliran oksigen dalam darah
Berdengkur bukan sekadar bunyian.
Ia boleh bahayakan pendengkur yang secara konsisten otak dinafikan oksigen.
Berdengkur mengundang masalah jantung, hypertension dan obesity.
Ramai tak tahu, berdengkur boleh jadi pencetus masalah GERD
Disebabkan perubahan pada tekanan udara dalam salur tekak yang kejap tutup kejap buka.
Masalah berdengkur boleh dikurangkan dengan:
1. Turunkan berat badan jika overweight/obes
2. Hilangkan lemak di bahagian laluan oksigen di leher
3. Elakkan tidur terlentang/meniarap
4. Guna bantal tak terlalu tinggi atau rendah
5. Kalau kronik, pakai topeng oksigen
Kajian dalam jurnal Cureous (2021) ada kaji pasal diet Mediterranean.
Dan kesannya pada Obstructive Sleep Apnea (OSA).
Kajian dapati makanan tinggi anti-inflammatory seperti EVOO.
Bantu tingkatkan ‘upper airway neuromuscular control’.
Selain bersenam dan tidak merokok/minum.