15 Makanan Patut Ada Dalam Anti-Anxiety Diet

Tips saya kekal PRODUKTIF & BERTENAGA pada bulan Ramadan?

1 sachet Barley Flakes

1 sachet Dark Chocolate Vegan

1 petak kecil Granola Bar

1 sudu MCT Oil dan air secawan

Kisar semua bahan ini. Lepas tu minum. 

Kenyang bertenaga sampai berbuka.

Tak percaya? Cuba sendiri.

Ramai tak tahu, apa yang dimakan beri kesan pada emosi.

Anti-anxiety diet jadi fokus utama.

Tahun lepas, statistik dikeluarkan.

Kira kira 8 juta rakyat Malaysia berusia 18 – 60 tahun alami anxiety.

Anxiety ialah isu kesihatan mental. Bukan penyakit mental.

Dua ni bawa makna berbeza. Tak perlu malu.

Anxiety boleh dibaiki dengan mula ubah gaya hidup.

Kalau sebelum ni tak pernah bersenam, mula bersenam.

Kalau kurang minum air putih, mula jadikan air putih sebagai peneman setia di sisi.

Kalau selalu makan makanan tak sihat. Mula tukar sedikit demi sedikit.

Ambil makanan tertentu yang ada sifat ‘anti-anxiety’.

Contohnya, makanan tinggi Magnesium.

Ada dalam sayur berdaun hijau gelap seperti brokoli, sawi, kale, bayam, kailan.

Asparagus juga tinggi ciri anti-anxiety.

Selain avocado, berries dan spices seperti halia, kunyit.

Magnesium juga banyak dalam nuts

Almond, walnut, kuaci labu. Dalam bijirin penuh, dark chocolate seperti Coco Vegan OCOC.

 

Selain Magnesium, ambil makanan tinggi Zinc dan Omega-3.

Ada dalam kuning telur. Ada dalam kacang gajus. Dalam seafood.

Dalam kerang kerangan. Kalau buah, delima dan guava.

Omega-3 ada dalam ikan. Kalau plant-based – flaxseeds, chia seeds, walnut.

 

Bagaimana pula dengan makanan pro-anxiety?

Hadkan atau elak ambil minuman tinggi kafein seperti kopi atau energy drinks.

Kafein halang penghasilan hormon gembira Serotonin.

Bila jumlahnya berlebihan dalam tubuh.

BACA MINUM KOPI BOLEH SEBABKAN OSTEOPOROSIS?

 

Sama juga dengan diet tinggi makanan bergula.

Makanan sebegini kurangkan penghasilan protein Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF).

Protein penting yang kawal depression dan anxiety.

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

Scroll to Top