Author name: Dr Rizal Abu Bakar

Kita & Otak

“Kenapa perlu jaga otak?” Soalan yang tersembur keluar dari anak muda yang duduk di sebelah saya tadi. Katanya dia mengenali saya dari FB. Katanya saya banyak berbicara tentang otak. “Perlu ke saya jawab? Saudara sudah menekuni FB saya. Jawaban sudah ada di sana?” Balas saya. “Ya perlu. Secara verbal. Lebih menarik.’ Katanya lagi. Mungkin ada …

Kita & Otak Read More »

Ubat Batuk & Otak – Apa alternatif lain ?

Perubahan cuaca yang ekstrem mengundang pelbagai penyakit. Antaranya ialah batuk. Hampir kesemua dari kita pernah batuk dan pernah mengambil ubat batuk. Lazimnya apabila batuk, tempat yang dituju ialah farmasi atau klinik. Yang akan dijinjing balik adalah sebemban ubat. Ubat utama semestinya ubat batuk. Pelbagai warna dan perisa. Menjadi kesukaan kanak-kanak terutamanya. “Ubat batuk ok apa …

Ubat Batuk & Otak – Apa alternatif lain ? Read More »

6 Tips Kekalkan Motivasi Ketika Mahu Kurus

Ramai mahu kurus. Ada yang yang jalan mudah. Ada yang bersusah. Pelbagai kaedah dicuba. Ada sahaja sebut pasal ubat kurus pasti terliur mendengarnya. Habis semua dicuba. Dari satu produk ke satu produk. Jenis diet bertukar ganti. Semua dicuba. Harapan menggunung tinggi. Moga moga berjaya. Kejayaan pelbagai. Ada berjaya sekejap. Ada berjaya terus. Untuk berjaya perlu …

6 Tips Kekalkan Motivasi Ketika Mahu Kurus Read More »

Otak Biru

Saya terkejut. Tatkala terlihat di muka depan tajuk akhbar tabloid. Tajuknya Otak Biru. Paparan statistiknya meresahkan. 10% dari 26, 871 remaja yang yang ditemubual ketagih menonton bahan lucah. Ada di antara mereka mula menonton seawal usia lima tahun. Saya juga banyak menerima private message dari pelajar belasan tahun menceritakan perihal masalah yang sama. Antara soalan …

Otak Biru Read More »

Makanan Tidak Berkhasiat

Jajan Jajan Jer

Jajan atau makan ringan memang menggiurkan. Cara pembungkusannya menggoda. Warna diguna menggiurkan. Tarikan utama pada kanak-kanak. Lambakannya di sekolah. Duit saku diberi diguna membeli jajan ini. Tahun lepas universiti tempat saya belajar dahulu iaitu the Australian National University (ANU) dan Deakin University membuat kajian bersama. Kedua-duanya mengkaji kesan pengambilan makanan ringan ke atas otak. Berikut …

Jajan Jajan Jer Read More »

Tips Bersihkan Sayuran & Buahan Dari PESTICIDE

Sayur sayuran dan buah buahan adalah makanan sihat. Wajib ambil setiap hari. Keduanya sarat dengan nutrisi dan gizi. Disebalik saranan dan kajian tentang pentingnya sayur dan buah di dalam diet, timbul persoalan, bagaimana dengan racun tumbuhan atau pesticide yang disembur ke atas keduanya. Adakah selamat? Pastinya TIDAK. Pesticide bahaya. Banyak kajian kaitkan pesticide dengan kanser, …

Tips Bersihkan Sayuran & Buahan Dari PESTICIDE Read More »

Makan & Hidup

Hidup kita untuk makan? Atau kita makan untuk hidup? Bunyinya hampir sama. Tetapi keduanya berbeza. Sedari tinggal di Melbourne, kagum dengan bangsa Eropah yang menyukat makanan. Kecekalan mahu berubah. Konsisten dalam amalan. Seorang rakan bernama Victoria hanya membawa sayuran segar. Diletakkan dalam bekas kedap udara. Waktu makan dikeluarkan, dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam mulut. …

Makan & Hidup Read More »

Komplen & Otak

Perkataan ini lazim didengar. Komplen ada di mana-mana. Sentiasa meniti di bibir-bibir manusia. Mungkin juga perbuatan yang acapkali kita lakukan. Antara sedar atau tidak. Dalam mahu atau tidak. Apabila berbual dengan pelajar, pasti komplenlah yang keluar. Macam-macam rasa yang muncul. Rasa-rasa inilah yang menghalalkan komplen. Petang tadi disapa Omar. Pelajar tahun akhir. Tinggal dua semester …

Komplen & Otak Read More »

Pantang Jumpa !

Pagi tadi terserempak dengan Salman. Jalan terhenjut-henjut. Pun begitu masih laju meluru keluar dari masjid. Ketika berpaling untuk memaki kasut, Salman terlihatku. Dia mengangkat tangan dan menggamit memanggil aku. Salman muda beberapa tahun dari aku. Bapa dua orang anak ini makin berisi. Perut maju ke depan. Kami bersalam. Ku terus lontarkan soalan tentang jalan terhenjut-henjut …

Pantang Jumpa ! Read More »

12 Tips Mudakan Otak

Apabila otak lebih muda dari usia, kelajuannya akan meningkat. Harvard Medical School beri 12 tips mudakan otak. 1. Get Mental Stimulation.  Caranya ialah membaca. Selesaikan puzzle. Melukis juga boleh mudakan otak. 2. Senaman. Bersenam tingkatkan aliran darah ke otak. Cara mudah bersenam ialah berjalan kaki. Mulakan secara berperingkat. Hari pertama berjalan 10 minit. Berjalan laju. …

12 Tips Mudakan Otak Read More »

Scroll to Top