Author name: Dr Rizal Abu Bakar

Kafein & Kesannya

Mengopi itu nikmat. Rasanya pula pekat berlemak. Ada kaitan & kesan pada otak & tubuh badan. Soalan : Kalau minum benda berkafein, bahagian otak mana yang aktif? Jawapan: Tiada bahagian tertentu yang aktif. Kafein mengaktifkan hampir keseluruhan otak. Tugasnya menghalang bahan kimia bernama ADENOSINE. Bahan ini menyebabkan kita mengantuk. Apabila Adenosine disekat, kita tidak mengantuk. …

Kafein & Kesannya Read More »

Tidur Nyenyak VS Berdengkur

Tidur nyenyak adalah idaman. Juga keperluan. Penting untuk kesihatan tubuh dan otak yang optima. Asalnya tiada niat mahu bekerja di Canberra Sleep Laboratory (CSL). Ketika itu sudahpun menjadi Clinical Psychologist di PPC Worldwide, penyelia utama perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kakitangan kerajaan di Australia. Semuanya bermula dengan penyelidikan Phd. Mahu mengkaji kesan berdengkur ke atas …

Tidur Nyenyak VS Berdengkur Read More »

Strok & Otak

Tadi menonton klip video. Kisah anak dan ayah. Sang anak membawa ayah ke restoran. Mahu belanja makan tengahari. Ayah dipandu. Duduk sahaja sang anak bawakan makanan. Dipersilakan ayah makan. Sang anak berlalu. Sang ayah gagahkan diri mengangkat tangan. Berat terasa. Sehabis kudrat tangan cuba diangkat. Terketar-ketar. Terangkat jua tangan. Tapi menjengah gelas di hujung meja. …

Strok & Otak Read More »

Obesiti & Otak

Hasil tinjaun terkini mengejutkan. 47% rakyat Malaysia adalah obes. Melihat dan mendengar kesan obesiti menakutkan. Menyeluruh. Bukan sahaja pada fizikal tetapi kepada otak manusia. Perubahan cara hidup masyarakat Malaysia menggusarkan. Lambakan kedai makan 24-jam tidak membantu mengurangkan fenomena ini. Kedai atau warung makanan menyaji makanan sedap pasti diserbu. Nikmat makanan sentiasa diseru. Ramainya yang makan …

Obesiti & Otak Read More »

Emosi & Otak

Manusia ada pelbagai emosi. Rencamnya menguja dan meresahkan. Ada suka ada duka. Tempoh hari ada pelajar bertamu. Ceritakan isu berkenaan rakan. Katanya emosi tidak stabil. Nama pelajar ini Sahlan. Berada di tahun 2. Bidang berkaitan ekonomi dan kewangan. “Ada kena mengena dengan OTAK ke Doktor?” dengan senyum dia bertanya. “Perli saya ke?” soal saya pula, …

Emosi & Otak Read More »

Perkataan Negatif & Otak

Perkataan negatif seperti TIDAK bukan sekadar perkataan. Bukan juga sekadar ucapan. Ianya resapan. Meninggalkan kesan kepada insan. Menyebabkan otak mengeluarkan lebih dari 12 hormon stres. Ya. Banyak sekali. Hormon-hormon ini tugasnya mengganggu. Otak terbantut fungsinya. Logik akal jadi kendur. Komunikasi juga tergugat. Kurang lancar. Kata-kata terputus-putus. Memproses bahasa juga menjadi kacau. Ada kajian mendapati bahawa …

Perkataan Negatif & Otak Read More »

Mindset Bagaimana ? 3 Tips Ini Akan Membantu Dapatkan ‘Growth Mindset’

Selesai melengkapkan sesi 2 jam bersama pemimpin pelajar. Bicara tentang grooming asalnya. Saya tukar kepada Grooming Your Mind. Mindset atau set minda perlu diteroka. Perlu dipandu arah. Perlu dibaja dengan bahasa indah. Set minda kita bagaimana? Jenis yang berkembang atau jenis tetap? Itu antara kategori set minda seperti yang dipelopori oleh Carol Dweck. Pemilik Set …

Mindset Bagaimana ? 3 Tips Ini Akan Membantu Dapatkan ‘Growth Mindset’ Read More »

5 Makanan Yang Pantang Pada Kulit

Mahu Kulit Cantik? Kulit secantik bayi idaman ramai. Antara azam baru ‘Kiah’ ialah mahukan kulit glowing, bersih tiada jerawat dan jeragat antara ciri cirinya. Menurut ‘Kiah’ dia sanggup berhabis duit untuk dapatkan kulit begini. Mahu kulit ciri seperti di atas, beri jamuan yang sesuai dengan kehendak kulit. 5 Makanan berikut adalah pantang pada kulit: 1. …

5 Makanan Yang Pantang Pada Kulit Read More »

Scroll to Top