7 Punca Batuk Berpanjangan Perlu Diambil Serius

Nak legakan batuk ada caranya.

Ambil sesudu makan madu yang diperap bersama bawang Holland.

Ini ‘cough syrup’ semula jadi.

Rasanya persis ubat batuk yang dijual di farmasi.

 

Ada satu lagi resepi bantu legakan batuk boleh diamalkan.

Yang ini sesuai untuk batuk kering.

Campur extra virgin olive oil dengan jus perahan lemon dan madu.

Ambil sesudu pagi, sesudu tengah hari, sesudu malam.

 

Apa 7 punca utama batuk tak menghilang pergi?

Alergi

Batuk alergi ialah tindak balas sistem imun tubuh.

Terhadap debu, bulu, serbuk, asap.

Antara tanda tanda lain batuk alergi termasuklah:

Batuk kering gatal di dalam tengkuk.

Hidung berair, tersumbat dan kerap bersin.

Mudah lelah dan sakit kepala.

Biasanya, batuk sebab alergi boleh dilegakan.

Dengan lembapkan udara sekitar melalui air purifier atau humidifier.

 

COPD

Batuk tak mejauh pergi tanda awal Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD).

COPD ialah masalah berkaitan paru paru termasuk:

Emphysema dan chronic bronchitis.

Chronic bronchitis iaitu batuk produktif lebih 3 bulan.

Emphysema berlaku apabila kantung udara paru-paru rosak.

Dan hilang ketegangannya menyebabkan berlakunya sesak nafas.

Disarankan untuk segera jumpa pakar.

 

GERD

Batuk malam atau batuk selepas makan.

Mungkin berpunca daripada reflux-induced cough.

Kebiasaan ia batuk kering.

Bagaimana cara legakan batuk GERD?

Kekalkan berat badan pada BMI normal

Jika merokok, berhenti segera

Letak kepala pada kedudukan sedikit tinggi sewaktu tidur

Makan malam awal

Apa Kebaikan Makan Sebelum Jam 7?

Elak makan gelojoh

Elak baringkan badan setelah makan

Elak pakaian terlalu ketat

Elak makanan berkafein

Elak makanan berminyak, berlemak

Elak makan ketchup/sos tomato

 

Jangkitan Salur Pernafasan (RTI)

Laluan udara pernafasan sensitif dan meradang.

Antaranya – pneumonia, jangkitan kulat, tuberculosis (TB).

Legakan batuk dengan petua campuran madu dan bawang.

Langkah cegah jangkitan saluran pernafasan:

Jaga kebersihan dan kesihatan diri

Berhenti merokok

Cuci tangan/pakai sarung tangan

Guna mask di tempat awam

Amalkan pemakanan sihat

Elak suasana sesak dan pencemaran dalam rumah, tempat awam.

 

Pertussis

Pertussis ialah nama sains bagi batuk kokol.

Batuk kokol ini serupa dan acapkali disamakan dengan batuk kering.

Kerana bunyi yang terhasil ketika tarik nafas.

Bahaya pasal batuk kokol ni dia senang merebak dan berjangkit.

Dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘whooping cough’.

 

Pencemaran Udara

Ada orang terbau minyak diesel.

Boleh sebabkan tekak batuk, berlendir dan paru paru dijangkiti.

Lagi satu, kulat dekat dinding rumah. Ini bahaya.

Kulat keluarkan bahan bertoksid.

Penyebab bersin, batuk, gatal kulit, brain fog.

 

Merokok@Vaping

Penyebab no 1 kanser paru paru ialah rokok.

Tak perlu ulas banyak lah bab rokok mahupun vape – rokok moden.

Semua ni jahanamkan tubuh.

Tiada langsung kebaikan tubuh peroleh daripada tabiat ni.

Sakit dada, kerap bersin, kerap batuk sampai berdarah.

Ini semua tanda tanda kanser menyapa.

Apa Berlaku Pada Tubuh 7 Hari Berhenti Merokok?

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0