Betul Ke Jerawat Tumbuh Jika Makan Kacang? Ini Perkongsian Dr Rizal

Ramai tanya,

“Bukan ke makan kacang ni boleh sebabkan jerawat tumbuh dekat muka?”

Adakah mitos atau fakta?

Kacang ada banyak jenis contohnya:

Pistachio

Kacang tanah

Walnut

Macadamia

Hazelnut

Pecan

Kacang Brazil

Kacang gajus

Orang Malaysia terutama golongan akak akak sering bebelkan isu ni.

Tapi ramai tak tahu,

Sebenarnya jerawat yang naik dekat muka tu.

Tiada kaitan secara langsung pun dengan makan kacang.

Tapi!

Kalau lah makan kacang lepas itu jerawat tumbuh rancak.

Ia mungkin disebabkan keadaan pH kulit tak seimbang seperti,

Kulit terlampau berminyak atau kulit terlampau kering.

Ditambah pula dengan gaya hidup harian anda.

Kacang adalah sumber kaya protein dan fiber sesuai dijadikan snek harian.

Nak kurus, berdampinglah dengannya.

BACA 4 KACANG INI PALING TINGGI ‘ANTI-KANSER’

BACA NAK ACNE-FREE SKIN? ELAK 2 BENDA NI

Cuba check.

Kerap tak ambil makanan bergoreng, berminyak?

Masa main fon, kerap tak tangan tu singgah dekat muka?

Sumber air mandi tu bersih ke tak?

Kerap tak tidur lewat malam?

Kerap tak minum kopi?

Selalu tak ambil makanan bergula?

Skincare dipakai tu sesuai tak dengan kulit?

Sering tak bertukar tukar produk?

Berus makeup tu cuci ke tak?

Ini adalah punca punca biasa penyebab jerawat.

 

Kalau dari segi pemakanan,

Kurang vitamin D juga boleh jadi punca jerawat mudah naik.

Ada orang sensitif dengan produk susu haiwan.

Sensitif dengan seafood. Sebab tu kena tahu tubuh ada alergi tak.

Keadaan kulit yang sudah pun berada dalam fasa ‘inflamed’ disebabkan punca di atas.

BACA 10 MAKANAN TURUNKAN RADANG

Boleh jadi makin teruk lagi.

Apabila makan kacang dalam kuantiti berlebihan.

Tapi diingat sekali lagi!

Kacang BUKAN penyebab utama jerawat tumbuh.

Segenggam kacang sehari bekalkan kebaikan pada kesihatan.

Bukan bekalkan segerombolan jerawat.

Boleh begitu?

BACA 35 MAKANAN CANTIKKAN KULIT DIBUKTIKAN SAINS!

Anda Juga Mungkin Berminat

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Scroll to Top