9 Kelebihan Walnut – Kacang Menyerupai OTAK

Sesiapa di sini merupakan peminat walnut? 

Walnut dianggap kacang prehistoric. Senior dalam kalangan kacang lain.

Puak Native Americans anggap walnut sebagai sumber fokus dan kejelasan.

Pokok walnut ni boleh hidup sehingga 400 tahun! 

Sebab apa? Sebab walnut hanya dituai sekali sahaja dalam setahun.

Nama sainsnya juglans regia

Walnut ni geng supernuts.

Pistachio, badam, hazelnut, kuaci, flaxseeds.

Perasan kan walnut punyai bentuk menyamai OTAK.

Dijuluki sebagai brain food. Sebab memang padu kesannya.

Walnut ada jumlah lemak poli tak tepu, mineral serta vitamin tinggi.

Padat fiber dan antioksida.

Sejak dulu lagi walnut sudah dikenali.

Kerana cirinya dalam rawatan untuk nafas berbau dan sembuhkan luka.

Tahu tak nanas juga berfungsi untuk hilangkan mulut berbau? BACA DI SINI

Apa lagi kelebihan walnut?

Kaya Omega-3

Walnut ni lebih kurang sama dengan sepupu sepapatnya seperti badam, pistachio dan kuaci.

Ada kandungan Omega-3 dikenali sebagai α‐linolenic acid (ALA).

ALA ada dalam sumber tumbuhan.

Kalau Omega-3 dalam ikan berlemak dan makanan laut.

Dipanggil eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA).

Fungsi mungkin sama tapi EPA dan DHA lebih efektif.

ALA ni sebagai suplemen tambahan.

ALA selalunya akan ditukar kepada EPA dan DHA.

Tapi ada sebahagian yang tak ditukar.

Jadi ALA tadi akan ditukar untuk isi struktur membran sel. Untuk bentuk tenaga.

Ikut kajian dalam jurnal Nutrients pada tahun 2020:

Walnut punyai kandungan ALA yang tinggi iaitu 11.6% berbanding kacang lain.

Hampir menyamai flaxseed sebagai sumber ALA paling tinggi.

Ketahui tentang kacang pistachio serta khasiatnya! BACA DI SINI

Metabolism Booster

Mereka yang punyai metabolisma perlahan boleh tingkatkannya melalui walnut.

Jadikan walnut sebagai diet harian. Segenggam sudah mencukupi.

Walnut tinggi asid berlemak sihat.

Lemak poli tak tepu (polyunsaturated), α‐linolenic acid (ALA) serta linoleic acid.

Semua ni merangkumi 8 sehingga 14% jumlah lemak.

Bantu tingkatkan metabolism dan pertumbuhan.

Rangsang pembakaran lemak. Dan kekalkan berat badan normal.

Walnut juga dikenali sebagai ejen appetite-control.

Ikut kajian dalam jurnal Nutrition Research and Practice pada tahun 2019:

Pengambilan walnut setiap hari selama 16 minggu.

Tingkatkan status sindrom metabolik dengan mengembalikannya kepada status normal.

Baik Untuk Tulang

Walnut punyai jumlah kalsium dan copper cukup banyak.

untuk kekalkan ketumpatan tulang.

Walnut bantu pertumbuhan tulang.

Bantu pembentukan kolagen dan elastin.

Melalui penyerapan kalsium.

Ketika proses metabolik, walnut bantu kurangkan pembuangan kalsium.

Walnut juga ada manganese cukup tinggi untuk cegah osteoporasis dan arthritis.

Kesan lagi padu apabila bergabung dengan kalsium dan copper.

Walnut juga ada Omega-3 macam saya beritahu di atas tadi.

Mereka ni juga berupaya kurangkan bone resorption.

Iaitu keadaan di mana tisu tulang dimusnahkan menyebabkan tulang jadi rapuh.

Bantu lawan radang tulang. Power tak power?

Baik Untuk OTAK

Yang ni takyah sembang banyak.

Bentuknya pun dah sama dengan OTAK.

Memang padu untuk pastikan OTAK sentiasa dilindungi.

Tahu tak selain ALA.

Walnut juga ada kandungan DHA yang cukup tinggi untuk fungsi OTAK?

Ikut kajian dalam jurnal Public Health Nutrition pada tahun 2021,

DHA didapati mampu lindungi OTAK bayi baru lahir.

Tingkatkan prestasi kognitif OTAK dewasa.

Dan rendahkan risiko masalah penuaan OTAK tak selari dengan perkembangan umur.

Satu suku cawan walnut mampu beri hampir 100% keperluan harian DHA.

Walnut ada sifat anti-inflammatory cukup padu.

Lindungi OTAK daripada kerosakan akibat teroksida serta kecederaan.

Walnut juga tingkatkan memori.

Tingkatkan kelajuan OTAK berfikir. Dan rangsang mental flexibility.

Keupayaan OTAK untuk adapt dengan situasi ataupun fahaman baru.

Baik Untuk Kesuburan

Siapa sangka walnut ni baik untuk kesuburan. Terutama lelaki.

Bagaimana cara tingkatkan hormon testosteron? BACA DI SINI

Kajian sains mendapati:

Nutrisi yang dibekalkan walnut boleh bantu tingkatkan tahap kesuburan.

Dari segi tahap kecergasan, bentuk dan pergerakan sperma.

Kalau nak serap khasiatnya, ambil yang unsalted. Dan slightly roasted.

Kalau nak ambil mentah pun boleh.

Kajian dalam jurnal Biology of Reproduction pada tahun 2020:

α‐linolenic acid (ALA) dalam walnut dikaitkan dengan berkurangnya bilangan sel sperma cacat kromosom.

Kajian libatkan seramai 117 peserta lelaki. Dibahagi kepada 2 kumpulan.

Kumpulan A diberi 75g walnut setiap hari selama 12 minggu.Kumpulan B tidak diberi walnut.

Hasilnya, terdapat peningkatan sperma subur dalam kumpulan A berbanding B.

Current Developments in Nutrition pada tahun 2019 juga peroleh keputusan sama.

Walnut kaya omega-3, protein, vitamin B dan E.

Bantu tingkatkan kesihatan endometrium wanita. Bantu lindungi kesihatan uterus.

Mesra Usus & Rambut

Usus sihat penting untuk elak masalah sembelit. Sukar membuang.

Walnut tingkatkan jumlah bakteria baik Lactobacillus.

Yang dikaitkan dengan probiotik.

Ini menjadikan walnut makanan bersifat prebiotik.

Prebiotik penting untuk naikkan jumlah bakteria baik sahaja. Dan singkirkan bakteria jahat.

Walnut juga berfungsi sebagai pelawas semulajadi.

Yang susah nak berak tu. Acu try makan walnut. Biar lancar membuang.

Kajian dalam jurnal Nutrients pada tahun 2018 mendapati:

Impak positif pada mikrobiom usus menjadikan walnut bagus untuk sindrom Leaky Gut.

Probiotik baik bertambah. Dan bakteria penghasil butyric acid juga ditingkatkan.

Selain brain food, walnut dijuluki sebagai hair food.

Sumber terbaik biotin.

Nutrien yang cukup dikenali untuk kuatkan rambut.

Lebatkan rambut dan kurangkan rambut gugur.

Rendahkan Kolesterol Dalam Darah

Walnut ada ALA dan polyphenols. Bantu kawal tekanan darah.

Menyokong kesihatan OTAK

Dengan membantu jantung pam darah ke seluruh sel OTAK.

Ikut kajian dalam jurnal Hypertension pada tahun 2019:

Pengambilan walnut rendahkan paras kolesterol dalam darah.

Dan dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular.

Ketika kajian dijalankan.

Peserta yang ambil walnut tidak perlukan kenaikan dos untuk anti-hypertensive.

Serta punya tekanan darah yang lebih terkawal.

Pengambilan walnut secara berkala dan ikut jumlah yang disarankan.

Juga kurangkan tekanan darah sistolik.

Dalam kalangan peserta berumur khususnya yang menghidap mild hypertension.

Kajian baru dalam jurnal Circulation yang dibuat tahun lepas juga mendapati:

Mereka yang makan separuh cawan walnut setiap hari selama 2 tahun.

Menunjukkan pengurangan kolesterol jahat.

Apa tanda ANDA berkolesterol tinggi tapi KURUS? BACA DI SINI

Anti-Kanser

Radang kronik dikaitkan dengan risiko untuk terkena kanser.

Termasuk kanser payudara.

Satu kajian yang dibuat di Marshall University pada tahun 2019:

Walnut mampu bantu wanita yang menghidap kanser payudara.

Pengambilan walnut sebanyak 56g setiap hari selama 2 minggu.

Menunjukkan pertumbuhan sel kanser lebih perlahan.

Juga kurangkan risiko untuk bentuk kanser tersebut.

Power tak power walnut ni.

Walnut kerap dimasukkan ke dalam cancer-preventive diet.

Kajian yang dibuat di Yale pada tahun 2018:

Mereka yang telah terkena kanser kolon yang ambil walnut secara berkala.

Didapati punyai risiko lebih rendah untuk kanser itu berulang. 

Walnuts ada sejenis bahan dipanggil pedunculagin.

Badan akan pecahkan pedunculagin kepada urolithins.

Urolithins ni komponen yang akan melekat di reseptor estrogen.

Dan akan lawan sel kanser yang mulai terbentuk.

Soursop ni dicanang sebagai buah lawan kanser. Betul ke? BACA DI SINI

Sokong Penuaan Sihat

Kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2020:

Walnut ada ALA, polyphenols dan elemen lain yang banyak dikaitkan untuk lawan radang dan sel teroksida.

Dalam jurnal Nut and Healthy Aging Study yang dibuat tahun lepas:

Peserta wanita berumur antara lewat 50an sehingga awal 60an yang memakan walnut.

Sekurang kurangnya 2 hidangan dalam seminggu.

Didapati punyai skor penuaan lebih sihat berbanding peserta yang tidak makan walnut.

Dari segi fungsi kognitif OTAK, walnut beri kesan positif terhadap peserta berumur yang lebih kerap merokok.

Kajian dalam Frontiers in Aging Neuroscience pada tahun 2017:

Pengambilan walnut secara berkala selama 2 tahun.

Menunjukkan kesan memberangsangkan terhadap kesihatan fungsi kognitif.

Dan kesihatan mata dalam kalangan peserta berumur.

Apa lagi makanan lain untuk sokong penuaan sihat? BACA DI SINI

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top