25 Kebaikan Minum Kopi Segera

Dulu masa zaman PKP.

Manusia ada lebih banyak masa terluang. Sampai pishang terperap dalam rumah.

Macam macam trend muncul di medsos.

Yang paling menarik perhatian aku ialah,

Trend dari negara Kpop iaitu trend buat kopi dalgona.

Pernah dengar dan pernah rasa bukan?

Jadi viral dekat Malaysia.

Aku berminat untuk tahu. Aku lihat visualnya. Step by step prosesnya.

Ada yang bikin handmade. 
Pakai otot tangan untuk memukul campuran instant coffee.

Campur dengan gula putih. Atau susu.

Ada yang guna hand mixer. Lenguh tangan duk pukul.

Produk akhir tambah topping karamel. Whipped cream.

Ikut citarasa masing masing.

Ramai cakap sedap giler. Pekat manisnya memang on point.

Macam beli dekat coffee shop. Yang tak minum pun tertarik nak cuba.

Hebat penangan kopi dalgona ni.

Namun, sejauh mana kopi yang digunakan itu beri kebaikan untuk kesihatan?

Kopi asli sudah semestinya ada kebaikan.

Yang jadi masalah kenapa nama kopi telah tercalar adalah bagaimana kopi tersebut dibuat.

Apa yang dimasukkan dalam minuman berkopi.

Susu. Gula putih. Krim. Pemanis tiruan. Added sugars.

Benda manis ni jadi penyebab khasiat kopi hilang sedikit demi sedikit.

Kalau sebut kopi. Bukan hanya terhad pada kafein.

Asid klorogenik. Diterpenes. Melanoiodin. Kafestol and kahweol.

Ada vitamn B3. Potassium dan magnesium.

Semua di atas dikaitkan dengan risiko rendah untuk kena penyakit kardiovaskular.

Diabetes type-2. Neurodegeneratif. Dan kemurungan.

BACA: 7 SUMBER MAKANAN DIET TANPA PERLU BERLAPAR

Kopi: Berapa Banyak Perlu Minum?

Aku yakin bagi penggemar kopi.

Mereka mungkin akan persoalkan status kopi yang diminum.

Ada yang lebih suka minum kopi pure. Tanpa sebarang tambahan.

Gula. Krimer mahupun susu.

Ada juga yang lebih gemar minum kopi O. Yang ni ada gula.

Cicah pula dengan biskut memang ummphh.

Kalau zaman sekarang, orang lagi suka minum instant coffee.

Yang dalam tin. Yang dalam paket kecil.

Tinggal letak air panas. Siap untuk dihidang.

Ada macam macam perisa.

Espresso. Mocha. Latte. Cappucino. Macchiato. Affogato.

BACA: RAHSIA DR RIZAL KEKAL CERGAS TANPA MENGADUH SAKIT SENDI!

Kopi adalah antara minuman yang paling banyak diminum di seluruh dunia.

Pada tahun 2016, statistik menunjukkan 60% rakyat Malaysia suka dan kerap minum kopi.

Statistik yang dikeluarkan oleh Statista 2022:

Malaysia terkenal dengan budaya minum kopi serta teh.

Seiring dengan pertumbuhan kafe kopi yang menyajikan pelbagai jenis kopi.

Kalau yang tersohor antaranya,

McCafe. Starbucks Coffee. Costa Coffee. Eight Ounce Coffee. The Coffee Bean.

Memang tidak asing lagi bagi peminat tegar kopi.

BACA: 10 MANFAAT BUAH PALA – ANTI DEPRESSANT SEMULA JADI 

4 Jenis Kopi

Kandungan kafein berbeza mengikut jenis kopi.

Biji kopi terbahagi kepada 4 jenis.

Iaitu Arabica. Robusta. Liberica dan Excelsa.

Yang paling banyak didapati adalah Arabica dengan Robusta.

Liberica dan Excelsa sukar didapati dan harganya lebih mahal.

Pengambilan kopi berlebihan iaitu minum lebih daripada 5 cawan per hari.

BACA: 4 ‘RAHSIA’ PEMAKANAN SIHAT ORANG CINA PATUT AMAL

Kandungan Kopi Segera

Kopi segera ni ada kurang kafein berbanding jenis kopi lain.

Lepas ni dah boleh tukar ayat,

How do you like your coffee?

Kepada,

How do you like your SUGAR?

Kalau kopi asli. Ada banyak antioksidan tapi bukan kopi segera.

Kopi segera ibarat gula putih. Versi hitam.

Journal of Advanced Research pada tahun 2019:

Asid klorogenik (CGAs) iaitu polyphenols tinggi antioksidan diukur dalam pelbagai jenis kopi.

Antaranya kopi panggang tidak dikisar. Kopi dikisar.

Hasil mendapati kandungan CGAs paling rendah dalam kopi segera.

Kopi tak banyak. Bahan lain macam aku terangkan di atas.

Akan akibatkan penambahan kalori dan lemak tepu.

BACA: 17 MAKANAN SUNNAH NABI SAW UNTUK SIHAT BEBAS PENYAKIT

2 Kaedah Penghasilan Kopi

Macam mana kopi segera dihasilkan?

Ada 2 kaedah iaitu,

  1. Spray Drying
  2. Freeze Drying

Spray Drying di mana ekstrak kopi disemburkan ke udara panas.

Menyebabkan ia bertukar menjadi serbuk halus.

Freeze Drying ni ekstrak kopi dibekukan.

Kemudian dipotong jadi cebisan dan dikeringkan di dalam suhu rendah.

Ada satu bahan kimia yang terbentuk ketika proses memanggang iaitu,

Acrylamide.

Yang juga ada dalam asap rokok.

Gula Dalam Kopi Segera

Ramai yang lebih suka bancuh kopi segera.

Mudah didapati di rak pasar raya.

Harganya jauh lebih murah berbanding kopi yang dibru khas.

Ramai ingat kopi segera ni sama kandungannya dengan kopi bru.

Tapi sebenarnya tak.

Bezanya ibarat langit dengan bumi.

Kandungan kopi dalam kopi segera tidak lebih pun 10%.

Terlalu sedikit kesannya.

Bahan paling banyak dalam kopi segera adalah GULA.

BACA: 24 SEBAB KENA BERDAMPING DENGAN BARLI

Tak percaya?

Cuba tengok dekat paket kopi segera 3-in-1.

Kopi (7-9%). Gula. Sirap glukosa. Minyak yang dibekukan. Gula karamel.

Penstabil. Susu protein. Garam. Maltodextrin. Emulsifier.

Perasa natural dan tiruan.

Minyak beku dan susu protein tujuannya untuk hasilkan bau dan rasa lemak pekat berkrim.

Tapi di sebalik nikmat berkrim ni.

Ia boleh naikkan paras kolestrol LDL.

Kolesterol jahat.

Apa yang jadi bila kolesterol tinggi dalam badan?

Saluran arteri tersumbat. Lemak terbentuk dalamnya. Bila darah tak cukup mengalir.

Boleh akibatkan strok dan serangan jantung.

Antara pembunuh no. 1 di Malaysia.

Bahan Kimia Dalam Kopi Segera

Acrylamide

Acrylamide adalah bahan kimia yang datangkan bahaya pada manusia.

Kandungannya paling tinggi dalam kopi segera.

Dua kali ganda berbanding kopi yang dipanggang.

Terbentuk semasa proses dipanggang dalam suhu tinggi.

Bersifat neurotoksik dan karsinogenik.

Kajian dalam jurnal Nutritional Neuroscience pada tahun 2014:

Acrylamide terkumpul dalam badan dan bentuk gejala neuropati.

Iaitu kerosakan pada sistem saraf.

Kerap terdedah pada acrylamide juga tingkatkan risiko terkena kanser.

Menurut kajian dalam jurnal Current Opinion in Food Science pada tahun 2022:

Acrylamide paling tinggi didapati dalam produk serbuk kopi segera atau minuman kopi segera.

Diikuti produk berasaskan bijirin dan ubi kentang.

Mungkin tuan puan boleh renungkan kembali.

Banyak mana dah terminum?

Kesan Buruk Kopi Segera

Kajian dalam Nutrition Journal pada tahun 2016:

Individu sihat tunjukkan beberapa kesan selepas minum kopi segera.

Antaranya kejang perut. Kepala berdenyut.

Tekanan darah naik serta timbul rasa cemas.

Mereka yang kerap minum kopi segera juga alami:

  • Simptom gastrousus
  • Stres meningkat
  • Tekanan darah tinggi
  • Degupan jantung laju
  • Kitaran tidur terjejas
  • Migrain
  • Strok otak
  • Kolesterol jahat meningkat
  • Gigi kuning
  • Enamel rosak
  • Risiko asid refluks
  • Hiperaktif

Kajian baru dalam Biological Trace Element Research (2022):

Kopi segera dan pengganti kopi mengandungi unsur cadmium dan plumbum.

Sejenis logam berat.

2 bahan ni punyai jangka hayat panjang.

5 ke 30 tahun bagi cadmium.

30 hari ke 10 tahun bagi plumbum.

Seiring masa berlalu. Dua beranak ni berkumpul dalam sel tisu dan tulang.

Aku kerap ditanya,

“Saya rasa tak mampu nak berhenti minum kopi.”

“Adakah lebih baik kalau kurangkan jumlah pengambilan sebab ia ganggu corak tidur saya?”

Untuk soalan di atas, aku masukkan sekali kajian dari Wayne State University.

Mahu tahu kesan ambil minuman berkafein ke atas tidur.

Ia termasuk minuman selain kopi. Minuman yang mengandungi kafein.

Hasil kajian dapati 6 jam sebelum tidur perlu elak kafein.

Sebab kafein halang dari dapat tidur nyenyak.

Kajian dalam Jurnal of Clinical Sleep Medicine juga mendapati,

Pengambilan dos 400mg kafein 3 ke 6 jam sebelum tidur menyebabkan gangguan.

Apa kesan tidur tidak nyenyak?

Penuaan. Kedut. Uban. Prestasi otak terganggu. Obesiti.

Risiko terkena serangan jantung dan strok.

Apabila kualiti tidur tak bagus, badan akan stres. Letih.

Bekalan darah tak sampai ke otak. Oksigen berkurang.

Sebab tulah kalau tengok berita, ramai yang tahap kesihatannya bagus.

Tiada sejarah penyakit kritikal.

Tiba-tiba kematian mengejut.

Kerap minum kopi boleh buat gigi jadi kuning.

Sebab kopi ada tannins. Sejenis polifenol yang larut dalam air.

Boleh rosakkan enamel gigi iaitu salutan yang meliputi gigi.

Bila rosak gigi jadi sensitif.

Akibatkan kerap ngilu dan sakit gigi.

Gigi berlubang dan bernanah.

Terdedah pada jangkitan kuman pada akar gigi serta gusi.

BACA: 6 ‘KEBAIKAN’ SUKA MENGUNYAH AIS

Kesan Kafein Pada Otak

Kalau minum benda berkafein, bahagian otak mana yang aktif?

“Tiada bahagian tertentu yang aktif.”

Sebab kafein aktifkan hampir keseluruhan otak.

Tugasnya halang bahan kimia bernama ADENOSINE.

Bahan penyebab mengantuk.

Apabila adenosine disekat, kita tidak mengantuk.

Jadi, persoalaannya ialah, bagus ke minum air berkafein?

Kalau cakap tak. Nanti kena serang dengan geng kopi.

Habislah.

Jadi macam nilah.

Kafein bantu fokus. Namun tidak bertahan lama.

Sebab ia sempitkan pembuluh darah.

Sama seperti lebuhraya empat lorong ditutup tinggal satu.

Apa akan jadi andai ditutup jalan pada waktu puncak?

Fikirkan.

Jika kerap minum kopi segera.

Kerap nak kencing sebab kafein bersifat diuretic.

Keluarkan air dari tubuh.

Pada sesetengah orang kafein menyebabkan rasa ingin buang air besar.

Andai air terus-terusan dibuang,

Kulit jadi kering. Nampak kedut. Nampak tua.

Nikmat sementara diberi kafein. Ada sisi deritanya.

Kalau memang tak boleh tahan. Dalam seminggu tu wajib kena minum.

Andai dah nikmati kafein perlu minum air. Guna tips ni.

Satu cawan minuman berkafein, disulam dengan 2 cawan air kosong.

Kafein ni kesannya secara langsung ke?

Kesan dilihat selepas 30 minit.

Kalau minum air kosong dalam masa 30minit, kesan boleh dikurangkan.

Mengopi itu nikmat. Pekat lemak yang membahagiakan deria rasa.

Namun jangan jadikan ia sebagai pendamping.

Kerana di akhir waktu bakal memakan diri.

Boleh hadam?

Anda Juga Mungkin Berminat

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

Scroll to Top