Ada Apa Dengan Minuman Manis Dalam Tin, Botol & Kotak?

Pagi pagi ni nak pesan. Elak dari jerat racun manis ni.

Ada kajian dari UCLA pasal bahaya gula putih

Lebih spesifik.

High fructose corn syrup yang ada dalam minuman tin, kotak dan botol.

Kajian bukan ini saja. Ada banyak lagi.

Kita tak perasan. Kita ditarik oleh penangan ‘sweet death’

Biasanya bila makan atau rasa sedap kita jadi lupa pasal bahaya ni.

Dah sedap kan. Cap cap cap mulut.

Kita jadi tak perasan sebab kesan bahaya dia tak nampak dengan mata kasar

Bukan immediately. Bukan serta merta.

BACA: 1001 Cerita Gula Putih

manis

Kesan bahaya dia perlahan lahan.

Yang rasa ialah organ dalaman

Yang kena tempias bahaya ialah organ dalaman

Menangis sakan ialah organ dalaman.

Contoh mudah ialah otak.

Dalam kajian UCLA, pengkaji dapati gula sebegini tukar fungsi 900 genes di dalam otak

Bayangkan berapa banyak genes yang terganggu.

Bahagian yang terlibat ialah hippocampus.

Pusat memori dan hypothalamus – pusat yang uruskan metabolisma tubuh

BACA: Nikmat Gula Putih Dan Susu Pekat

air bergas

Lebih dahsyat lagi.

Mereka dapati, gula tingkatkan risiko penyakit mental

Seperti Bipolar Disorder dan Alzheimer’s

Tambah gerun lagi.

Gula putih dan high fructose corn syrup ini ganggu komunikasi antara sel otak

Tingkatkan toxin dan turunkan prestasi berfikir manusia.

Poinnya mudah.

Jauhi minuman dan makanan yang diletakkan gula putih

Dan high fructose corn syrup

Sebelum beli, semak senarai bahan dahulu: KLIK SINI

Tukar gula putih kepada alternatif lebih sihat.

Contoh stevia, pes kurma, monkfruit sweetener dan gula kelapa

Kenapa gula kelapa?

Gula Perang VS Gula Kelapa VS Gula Putih: Mana Yang Baik?

Boleh boleh?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Scroll to Top