7 Petua Homemade Atasi Kulit ‘Sunburn’

Petua mudah berasaskan fiber untuk kulit sunburn.

Mudah dibuat.

Sumber asli tanpa bahan kimia.

Artikel: 8 Khasiat Laici

1. Skrub Betik & Susu

Boleh bikin stres apabila muka kena sunburn.

Risiko untuk kena kanser kulit.

Jika kerap terdedah pada cahaya matahari terik.

Orang putih bila berjemur, setakat muka jadi pinkish.

Kalau saya hitam legam jawabnya.

Ada petua mudah kurangkan kesan sunburn.

Nak cerahkan balik kulit yang terkesan.

Artikel: Dark Chocolate Ni Sejenis Dadah? Biar Betul?

petua betik

Bahan-bahan:

  • Betik ranum (lenyek)
  • 1 sudu makan madu
  • Sedikit perahan jus lemon
  • 1 sudu makan susu sejuk @ yogurt

Lenyekkan betik. Campur madu, jus lemon dan susu sejuk.

Kacau sampai jadi pes.

Letak pada muka selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk.

Amal 3 kali seminggu. Kulit akan kembali ke asal.

Susu bantu cerahkan kulit.

Yogurt ada lactic acid untuk brightening.

Madu aktifkan kolagen.

Untuk elak pigmentasi serta halang jerawat tumbuh.

Betik ada anti-radang untuk kulit glowing.

Lemon kaya anti oksida dan vitamin E.

Percepat proses kulit kembali ke warna asal.

Artikel:

10 Kebaikan Minum Almond Milk

6 Alternatif Terbaik Gantikan Susu Lembu

2. Skrub Tomato & Betik

Betik ni adalah skrub semula jadi untuk tanggalkan sel kulit mati degil.

Buah lain seperti pisang, lemon, tembikai dan oren.

Gabungkan dengan tomato. Bukan sahaja untuk kulit cerah.

Tapi untuk kulit licin.

Kurangkan kulit gatal dan ruam merah kesan kulit terbakar.

Enzim dalam buah ni sangat gentle pada kulit.

Tak akibatkan kakisan dan pedih.

  • Lenyekkan betik dan tomato sampai jadi pes.
  • Lumur pada muka selama 20 minit.
  • Cuci guna air sejuk.

kulit terbakar

Artikel:

8 Khasiat Teh Bunga Telang

33 Nutrien Penting Dalam Betik

3. Skrub Timun & Pudina

Nak buat skrub timun mudah saja.

Pastikan timun dan pudina disejukkan dulu. Baru blend buat pes.

Dua bahan ni ada ciri cooling.

Untuk redakan kesan kulit terbakar dan relakskan kulit.

Amal sebelum tidur.

Artikel: 11 Khasiat Timun Batang

4. Skrub Oat & Cuka Epal Cider

Sifat ‘astringent’ dalam cuka epal.

Ternyata terbukti berkesan untuk redakan sunburn.

Acetic acid dalam cuka bantu kurangkan gatal pada kulit dan inflamasi.

Oat pula bagus untuk moisture.

Elak kulit kering dan gelupas.

Amal seminggu 2 kali.

Artikel: Macam Mana OTAK Beritahu Nak Undi Siapa?

kulit terbakar

5. Skrub Matcha & Aloe Vera

Bahan:

  • 1 sudu teh serbuk matcha
  • 1 sudu teh madu
  • 2 sudu makan gel aloe vera
  • 1 sudu makan plain yogurt

Campur je semua ni. Lumur pagi selepas bangun.

Matcha tingkat penghasilan sel kulit.

Percepat proses sembuh.

Aloe vera untuk hidrasi dan moisture. Kulit lebih lembap.

Artikel:

Kenapa MSG Bahaya Untuk Otak?

9 Manfaat Gel Aloe Vera Untuk Kulit

6. Skrub Kunyit & Pudina

Ciri ‘cooling’ dan anti radang dalam pudina.

Bantu kulit kering dan kawal minyak.

Manakala kunyi bantu atasi kemerahan dan jerawat.

Caranya:

  1. Ambil segenggam daun pudina. Tumbuk sampai lumat.
  2. Campur dengan 1 sudu besar serbuk kunyit.
  3. Lumur pada muka dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit.
  4. Bilas dengan air suam.

7. Skrub Avokado & Timun

Timun tinggi kandungan air.

95% moisture, anti oksida dan nutrien anti radang.

Skrub avokado dan timun sesuai untuk tenangkan kulit merah.

Cara:

  1. Kupas avokado dan buang biji. Masukkan dalam blender.
  2. Potong separuh timun. Masukkan dalam blender tadi.
  3. Letak sedikit air. Blend sampai jadi pes.
  4. Lumur pada muka dan tengkuk. Biarkan selama 20 minit.
  5. Amal seminggu 2 kali.

Artikel:

Bahaya Kurang Vitamin D

14 Kelebihan Buah Avocado

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top